My Follower

Isnin, 16 Disember 2019

MENJADI CLOSE CIRCUIT DENGAN ALLAH

Bagaimana seorang guru atau pendidik boleh menerapkan pengajaran hidup BerTuhan ketika proses pembelajaran berlangsung.

Contoh: Saudara lihat gambar di atas. Apakah yang anda boleh kaitkan sebuah kehidupan dengan litar di di atas? (Litar Close Circuit)
Di dalam litar ini ada bateri (pembekal tenaga), wayar dan juga mentol. Untuk menjadi mentol yang terbaik, mentol mestinya memiliki keboleharapan (reliability) yang maksimum.

Keboleharapan alatan adalah keupayaan alatan itu berfungsi sepertimana seharusnya ia berfungsi. Baik mari kita mengambil pengajaran daripada sebuah litar ringkas itu.

Bateri adalah pembekal tenaga memiliki beza upaya tenaga yang lebih tinggi berbanding mentol. Mentol adalah sekadar BEBAN yang hanya menyala jika memiliki tenaga elektrik. Mentol tidak boleh memiliki BEZA UPAYA yang lebih tinggi daripada bateri.

Allah SWT adalah Tuhan Yang Menciptakan kita. Kita ini menerima segala tenaga dan didayakan (Kudrat) oleh Allah SWT. Seharusnya untuk kita berfungsi dengan baik iaitu boleh harap, kita seharusnya menjadi hamba yang merendah diri.

Kita hanya mampu berfungsi dengan adanya Allah. Malah wujudnya kita ini kerana wujudnya Allah SWT. Untuk mentol bernyala, ia harus sambung dengan sumber tenaganya iaitu bateri.

Untuk kita sentiasa berfungsi dengan baik, kita seharusnya sentiasa sedar akan Allah SWT setiap saat. Barulah kita akan menjadi seorang yang sangat ‘reliable’ = 'boleh dipercayai'.

Satu perkara yang sangat menarik adalah setiap litar elektrik mesti dikembalikan kepada sumbernya. Ia dikenali sebagai ‘close loop’ atau ‘close circuit’. Litar elektrik yang masuk ke peralatan mesti kembali semula kepada sumbernya dan barulah ia akan berfungsi. Litar yang terbuka ‘open circuit’ tidak mampu mengalirkan tenaga elektrik.

Nah! kita adalah hamba Allah SWT.

Untuk kita berfungsi dengan baik, kita perlu kembali sentiasa kepada Allah SWT. Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Kembali yang saya maksudkan di sini bukanlah sebuah kematian. Tetapi kembali di dalam firman Allah SWT bermakna kita perlu sedar sentiasa akan Allah SWT setiap saat dalam hidup ini. Segala-galanya dari Allah. Rezeki, Ilham, masalah, tenaga dan semuanya, lalu, kita seharusnya kembali kepada Allah SWT sentiasa.

Inilah yang selalu saya katakan sebagai HIDUP BERTUHAN. KEMBALI HIDUP BERTUHAN!

Rendah diri dan hati dengan Allah, pasti akan juga merendah diri dengan manusia dan seisi alam.

Bila kita bertawadduk, Allah dan alam akan merestui kita, dan semuanya akan menjadi mudah mudah sahaja.

Bila kita Ego, sombong dan tidak ada tawadduk, maka bila Allah dan alam tidak merestui kita, semuanya akan menjadi sukar, sangkut-sana sini.

Sentiasa sedar akan Allah, kita pasti akan berfungsi dengan baik sepertimana seharusnya kita berfungsi. Kata lainnya, kita akan menjadi hamba yang ‘reliable’.

Kita bukan sekadar ‘menyala’ tetapi kita juga menerangi keliling kita. Walau kita berada dimana pun atas bumi ini.

Inilah pengajaran ringkas bagaimana hanya dengan sebuah litar yang ringkas, kita mampu mengambil pengajaran besar tentang kaedah untuk hidup berTuhan.

Andai kita nak memahami erti hakikat sebuah kehidupan, maka belajarlah melihat kain hingga ke kapas.

Wallahualam...

Semoga kita semua di sini berada di bawah lembayung limpahan rahmatalamin..

Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusakan kita semua hari ini...mudah-mudah dan sehabis mudah. InsyaAllah.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sama2 kita hijrah diri. Dengan mula hijrah amalan dan hati. Perbanyakkan selawat dan istighfar. Moga jadi bekalan sebenar-benar diri kita kelak.

Jom kita belajar lagi tentang Magnet Rezeki Cara Allah

"Ilmu ini bukan tentang saya, tapi ianya tentang Anda, bagaimana diri Anda menjadi SUPER MAGNET REZEKI. Ianya satu ilmu di mana kita menarik rezeki dengan cara Allah. Hanya duduk diam, rezeki akan datang menghampiri. Kalau dengan diam sahaja, rezeki sudah berkejaran datang menghampiri, bagaimana kalau kita bergerak, berkerja dan berbisness..??" - SOP 555, Rahsia Amalan 100 Hari, Magnet Rezeki Cara Allah

Ingin me RASA inya sendiri?

Selalu kita sukar nak istiqamah dalam berbuat satu-satu amalan kan? Jom kita dapatkan panduan ini dan buat secara bersama dalam berjemaah(group). InsyaAllah lebih mudah untuk sebati dengan diri, kita buat amalan yang lebih fokus tersusun dan mudah nak istiqamah.





Jom sama2 muhasabah diri dan hijrah diri.




Nak tips PERCUMA Rahsia Magnet Rezeki? Klik link ini dan download:


Nak dapatkan ilmu sharing(copywriting ilmu) seperti ini dan Copy Paste Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my sekarang 

Tiada ulasan: