My Follower

Sabtu, 22 Disember 2018

Bagaimana Memilih Model Bisnes Terbaik?

Kita amat risau melihat perkembangan perkembangamn bisnes di Malaysia di mana terlalu banyak skim cepat kaya yang muncul akhir-akhir ini.



Bak kata orang, ia ibarat tumbuh bak cendawan.

Sayangnya kerana ramai yang tertipu. Ada yang sampai keluarkan modal RM10,000 - RM30,000 banyaknya. Sebabnya ada pihak upline yang janjikan untung 10% hingga 20% setiap bulan.

Melihatkan ramai yang dah berjaya, mulalah si kawan ni percaya dan terjebak.

Sebenarnya ...Konsep bisnes yang "Menjamin" keuntungan adalah bisnes yang berbahaya. Orang Islam sendiri mengharamkan bisnes yang MENJAMIN keuntungan secara tetap.

Sedangkan 'nature' sebuah bisnes adalah 'ada untung dan ada risiko rugi'. Jika tak, bukan bisnes namanya.

Saya beri nasihat ni, bukanlah paksaan. Tetapi ianya nasihat yang ikhlas sebab sudah ramai yang terkena. Ada kawan yang ditipu belasan ribu ringgit. Belum kira yang sudah ditipu sampai RM30,000.

Ini kisah benar. Ramai rakyat Malaysia yang dah terkena. Kawan kepada saya pun kena. Ini juga nasihat dari pakar kewangan, tuan Azizi Ali.

Saya berikan anda 2 petua untuk elak ditipu dalam bisnes atau pelaburan.

Elakkan terlibat bisnes yang menjanjikan keuntungan TETAP seperti 10% daripada pelaburan atau RM1,000 sebulan. Semua keuntungan bisnes hanya boleh ada anggaran keuntungan, sebab semua bisnes ada risiko. 

Elakkan terlibat bisnes yang bermodalkan belasan ribu atau puluhan ribu ringgit. 

Bukan tak boleh, tapi diri sendiri mesti kaya dan kukuh dulu. Baru boleh keluar modal banyak. Itupun jangan sesekali buat pinjaman bank semata-mata nak berbisnes.

Sebabnya pinjaman bank hanya untuk mereka yang nak kembangkan bisnes sedia ada yang dah berjaya.... pinjaman bank bukan modal untuk mereka yang baru nak mula bisnes. Sebabnya risiko terlalu tinggi.





Tiada ulasan: