My Follower

Jumaat, 30 November 2018

LAKSA IKAN CENCARU






Bahan Utama
  • Laksa lembut 1 paket
  • Ikan cencaru besar 3 ekor
  • Gula melaka (agak2)
  • Garam

Bahan Kisar
  • Cili kering 10 tangkai
  • Bawang merah 15 biji
  • Bawang putih 8 biji
  • Halia 2 inci
  • Lengkuas 2 inci
  • Belacan 2 inci
Bahan Kuah
  • Bunga kantan 4 kuntum
  • Daun kesum (Ambik daun je)
  • Asam keping 10 keping
  • Serai 2 batang (ketuk)

Bahan Hiasan
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Telur rebus
  • Timun

Cara Penyediaan
  1. Rebus Laksa.. toskan
  2. Rebus ikan..Blend isi..tulang blend pastu tapis..Air rebusan ikan jgn buang guna utk kuah
  3. Satukan bahan kisar dengan bahan kuah dan jugak ikan..masukkan garam dan gula melaka. renehkan.. tambah apa yg patut.
  4. Dah masak bolehlah dihiaskan


okey siap..






7 Zikir Tarikan Rezeki

Biar rezeki itu sedikit asalkan ia cukup jika dibandingkan ianya banyak, tapi sering tidak mencukupi. Tiada persoalan sama ada ada rezeki itu banyak ataupun sedikit. Apa yang lebih penting ianya mencukupi. Rezeki yang diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tapi tak diberkati.

Izinkan saya kongsikan...7 ZIKIR TARIKAN REZEKI:

  1. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah - Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)
  2. La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin - Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
  3. Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil 'Adziim - Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
  4. Surah Al-Ikhlas - Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR. At-Tabrani)
  5. Surah Al-Waqi'ah - Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup. (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
  6. Selawat ke atas Nabi - Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat".
  7. Beristighfar - Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)


Jom kita amalkan, semoga rezeki kita berlimpah ruah. Aamiin.


Jangan terlepas untuk Kelas Online "Rahsia Amalan Tarikan Wang" dengan Zikir Asma Budduhun pada 14/12/2018.


RM10 pun susah jual jika anda tidak kenali ini...



Kawan saya kata dia ada potensi bisnes 4-5 angka sebulan, pasti berjaya kali ini sebab harga jualan cuma RM10 sahaja, pasti mudah dijual.

Secara logik memang senang dijual sebab murah. Tetapi setelah 1 bulan saya jumpa dia dan tanya pasal bisnes dia.

Dia pula kata "Adoi, susahlah mau jual walaupun cuma RM10, saya kasi free pun tak de orang mau. Kenapanya??"

Pernahkah anda fikir adakah barang tersebut adalah diperlukan oleh mereka. Dan pernahkah anda mnejelas produk ini bagaimana dapat membantu mereka.

Sebenarnya ini yang lebih penting daripada harga produk tersebut.

Resepi Sambal Tumis Udang Petai




Bahan bahan:
  • 10 ekor udang kuning
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
  • 1 sudu besar gula
  • Garam
  • Air asam jawa

Cara cara:



  1. Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan.
  3. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.
  4. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.






Seludup

Aman Shah dan Anisah, dua individu terpelajar,terlibat di dalam kancah penyeludupan wang haram dan dadah, di sempadan Malaysia-Thailand. Sifat tamak dan haloba lantaran terlalu memuja kebendaan menjadi pencetus utama penglibatan mereka berdua di dalam aktiviti haram ini.


Anisah secara licik mengheret kekasihnya, Amri, seorang pegawai kastam, tanpa disedari Amri, ke dalam kumpulan penyeludup. Amri yang akhirnya menyedari dirinya menjadi kuda tunggangan Anisah, cuba menyisihkan dirinya dari gejala ini. Tetapi upahan lumayan yang diagihkan kepadanya, Berjaya mengembirikan segala iltizamnya hendak menjadi pegawai kastam yang bersih.


Akhirnya Amri terselamat daripada cengkaman aktiviti haram Anisah apabila dia dilantik menjadi ahli jawatankuasa petugas memberantas aktiviti penyeludupan dadah di perbatasn Malaysia-Thailand. Tugas yang membahaya ini dilakukan dengan jaya walaupun banyak nyawa terkorban.


Ikutilah adventure Amri, Aman Shah dan Anisah yang mendebar, melibatkan tauke-tauke dadah antarabangsa, termasuk Khun Sa, raja dadah yang terkenal itu.



Keputusan UPSR 2018

Alhamdulillah   ... nie cerita semalam tau .....

Punyalah excited ibunya nak ambil keputusan anaknya ...... alhamdulillah keputusannya sungguh baik n lulus....

Setelah bertungkus lumus hadis kelas tusyen anjuran sekolah ... penat mmg penat itu blum sekolah agama lagi .....

Setiap ibu akan membuat yg terbaik untuk anaknya ....