My Follower

Isnin, 28 Januari 2019

8k-12k Jualan dengan 2 Niche ni ...

Sebelum tu nak bagitahu, ini adalah Panduan Raja Dropship Shopee..



Shopee lagi .. hehehe ..opps NANTI DULU 

Panduan ni AMAT BERBEZA dengan panduan lain ..Apa yang bezanya ?

1. Dihasilkan oleh AGEN DROPSHIP sendiri yang AKTIF! 

Jika anda mahu mahir dalam membina kapal, belajar lah dari tukang buat kapal yang sudah ada pengalaman supaya anda dapat ilmu yang betul dan tepat. Panduan ini memang 100% dihasilkan dari pengalaman dari agen dropship yang aktif!

2. Pembelajaran dalam FORMAT VIDEO! 

Dengan format video, anda ibarat ada seseorang COACH yang tunjukkan apa langkah yang patut anda buat, anda cuma perlu follow sahaja step by step.

Anda seorang newbie atau seorang yang BUTA IT sekalipun boleh follow! 

3. Group Support & BIMBINGAN disediakan

Anda akan dimasukkan ke dalam Facebook Group khas untuk support dan bimbingan. 

FB group lebih mudah untuk anda buat sebarang rujukan kemudian.

4. Senarai HOT SUPPLIER didedahkan!

Lebih dari 50 SUPPLIER dah sedia untuk anda. Ini adalah senarai listing yang digunakan sendiri oleh Tuan Alfa, anda tak perlu lagi spent masa berhari-hari untuk dapatkan contact supplier dropship yang berkualiti! 

Setakat ni dah ada 21 VIDEO keseluruhan. Video-video tambahan akan diUpdate dalam grup.


Jadi sila klik di link untuk baca






7 Rahsia Sedut RM12k Setiap Bulan Tanpa Henti!

Apa Beza Panduan Ini Dengan Panduan Lain? 


Dihasilkan oleh AGEN DROPSHIP sendiri yang AKTIF! 

Jika anda mahu mahir dalam membina kapal, belajar lah dari tukang buat kapal yang sudah ada pengalaman supaya anda dapat ilmu yang betul dan tepat. Panduan ini memang 100% dihasilkan dari pengalaman dari agen dropship yang aktif! 

Pembelajaran dalam FORMAT VIDEO! 

Dengan format video, anda ibarat ada seseorang COACH yang tunjukkan apa langkah yang patut anda buat, anda cuma perlu follow sahaja step by step. Anda seorang newbie atau seorang yang BUTA IT sekalipun boleh follow! 

Group Support & BIMBINGAN disediakan

Anda akan dimasukkan ke dalam Facebook Group khas untuk support dan bimbingan. FB group lebih mudah untuk anda buat sebarang rujukan kemudian.

Senarai HOT SUPPLIER didedahkan!

Ini adalah senarai listing yang digunakan sendiri oleh Tuan Alfa, anda tak perlu lagi spent masa berhari-hari untuk dapatkan contact supplier dropship yang berkualiti! 

Untuk Info Lanjut Boleh BACA DISINI



Sabtu, 26 Januari 2019

Kenapa Perlu Berniaga di Platform Ni?

Kalau anda nak tahu, nak bisnes di Shopee ni tak semestinya kita perlu pegang stok. Nak buat dropship pun boleh. Ada order baru kita order kat supplier.


Tapi kenalah ada modal untuk buat 'rolling'. Sebab Shopee akan hold dulu payment tu sampai pembeli terima barangya.

Ini 5 sebab kenapa perlu bisnes di Shopee.

  1. Murah - Harga murah dan berpatutan. Kalau anda cari barang sama di platform lain, akan ada perbezaan harga yang tinggi sehingga anda akan secara automatik terus beli di Shopee tanpa fikir panjang.
  2. Free Shipping - Ramai penjual yang offer free shipping dan kalau ada caj pun, masih rendah.
  3. Zero Scammer - Risiko untuk jumpa dengan “scammer”  di Shopee adalah 0% dengan adanya Shopee Guarantee Policy. 
  4. Duit Selamat - Sistem Shopee akan 'hold' dulu duit & hanya akan diberikan kepada penjual sebaik sahaja pembeli mengesahkan penerimaan barang jualan.
  5. Proses “refund and return”  - Jika di platform lain, sukar untuk anda dapatkan semula refund jika barang  yang diterima tak seperti kondisi yang Di Shopee jika anda penuhi terma dan syarat, proses ini sangat mudah dan pantas. 

Banyak lagi sebab yang buatkan ramai orang berjual beli di Shopee. Jika anda buat kajian sikit produk dan pasaran, mungkin anda mampu jual apa sahaja  di Shoppe dan berpotensi untuk jana sehingga 4angka sehari, InshaAllah.

Untuk itu, anda perlukan ilmu dan guru yang betul. Nak dapatkan coaching atau pergi kelas mungkin anda perlu laburkan kos yang banyak. Tapi, ada satu lagi cara untuk dapatkan ilmu danguru yang tepat pada kos yang sangat-sangat berpatutan iaitu Raja Dropship.

Segala persoalan anda mengenai bisnes dropship di Shopee akan terjawab dalam panduan ni. 




Instant Hijab Lubna Berdagu














Jumaat, 25 Januari 2019

UNTUNG KE TAK UNTUNG KALAU BUAT DROPSHIP DI SHOPEE?

Kebiasaannya, ramai yang sarankan untuk anda yang baru bermula dalam bidang bisnes ni untuk jadi dropship dulu. Sebab apa?

  • Tak perlu keluarkan modal yang besar
  • Tak perlu simpan stok
  • Tak perlu ada produk sendiri
  • Tak perlu lakukan kempen pemasaran yang gila-gila
Tak berapa jelas point-point di atas? Relax. Saya akan explain satu-satu. Ok?

TAK PERLU KELUARKAN MODAL YANG BESAR

Modal tu sebenarnya tetap anda perlu keluarkan bila anda berbisnes ni. Idea, masa, tenaga dan wang ringgit tu sebenarnya sebahagian daripada modal yang anda perlu keluarkan. 

Bezanya dengan dropship ni adalah, modal wang ringgit tu mungkin anda perlu keluarkan sedikit atau tak perlu langsung. Bila masanya modal wang ringgit jadi sedikit dan bila pula masanya tak perlu langsung?

Kalau anda merupakan seorang yang famous di media sosial, berkulit cantik, muka handsome, dan sado, kalau anda pandai memanfaatkan kelebihan diri anda, anda tak perlu keluarkan modal wang ringgit untuk buat dropship ni.

Tapi, kalau anda bukan termasuk dalam kategori tersebut, cara lain yang ada adalah menerusi kempen pemasaran berbayar. FB Ads, Google Ads, Instagram Ads dan sebagainya mungkin penyelesaian terbaik buat anda.

TAK PERLU SIMPAN STOK

Kadang-kadang, ada juga pembekal yang memberikan syarat untuk anda membeli 3-12 unit atau lebih produk sebelum anda boleh menjadi dropship produk tersebut. Biasanya, anda akan jadi over excited dengan janji-janji manis bahawa produk tersebut akan meletup dan mudah untuk anda promote. 

Realitinya, kalau anda tak tahu macam mana nak pasarkan produk anda, anda still takkan dapat buat sales. Nak berjaya dengan dropship ni mudah kalau anda gunakan platform macam Shopee. Kenapa Shopee? Nanti saya terangkan.

TAK PERLU ADA PRODUK SENDIRI

Haa.. Yang ni pun antara sebab terpenting kenapa anda patut buat dropship. Biasanya, yang akan membantutkan impian anda untuk memulakan bisnes adalah, anda tak tahu nak jual apa. Setuju?

Kalau anda tahu nak jual apa, masalah seterusnya yang akan timbul adalah, anda tak ada produk tersebut. Nak buat produk sendiri ni sebenarnya makan masa dan modal yang sangat banyak. 

Kenapa nak susah-susah sedangkan anda boleh je promote produk orang lain sebagai dropship. Lagi-lagi sekarang ni ada pula platform macam Shopee yang memang memudahkan anda selaku dropship untuk buat sales kencang. 

TAK PERLU LAKUKAN KEMPEN PEMASARAN YANG GILA-GILA

Ada dua sebab kukuh yang menyokong statement ni. Satu, owner/pembekal biasanya akan melakukan kempen pemasaran. Ramai yang akan ada awareness mengenai produk tersebut dan anda cuma perlu bertindak sebagai penjual yang memudahkan mereka untuk memiliki produk tersebut sahaja. 

Sebab yang kedua pula hanya valid dengan Shopee sahaja. Kos ads dengan menggunakan Shopee adalah berkali-kali ganda lebih murah berbanding dengan platform lain.

Yang lagi best bila anda gunakan platform Shopee ni adalah, kesemua yang melayari Shopee memang dah plan untuk membeli. Tak sama dengan Facebook yang mana iklan anda akan naik kepada semua orang yang anda target dan bukan kesemuanya dalam mood membeli. Maybe ada yang saja-saja je buka Facebook, tengah cari informasi dan sebagainya yang bukan membeli. 

Sebab tu kalau ada yang tanya saya untung ke tak untung kalau buat dropship di Shopee ni, jawapan saya cuma satu. Sangat-sangat untung! Kalau anda nak tahu cara terbaik untuk anda buat untung gila-gila sebagai dropship di Shopee, anda boleh KLIK SINI


TUGAS ANDA SEBAGAI DROPSHIP

Jom kita recap maksud dropship ni. Dropship merupakan sebuah bentuk bisnes mudah tanpa modal atau tanpa modal yang besar yang tidak memerlukan anda untuk menyimpan barang/stok dan melakukan penghantaran.


Mudah kan kerja dropship ni? Segala urusan yang berkaitan barang akan diselesaikan oleh owner atau pembekal produk. Disebabkan oleh hal ini, ramai yang memilih untuk melakukan dropship. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. 

Yang berjaya, mudah je sebab yang membawa kepada kejayaan dia. Dia tahu apa tugas dia sebagai dropship. Yang gagal? Dia tahu tugas sebagai dropship tapi cara pelaksanaannya salah atau dia tak tahu langsung tugas dia sebagai dropship. Jadi, anda termasuk dalam kategori mana?

TUGAS DROPSHIP #1 : PEMASARAN 

Apa yang anda perlu fokuskan adalah melakukan pemasaran sesuai dengan modal yang anda ada. Banyak je teknik pemasaran yang ada dalam dunia ni. Ada yang berbayar. Ada yang percuma. Ada juga yang menggabungkan kedua-dua teknik ni. 

Setakat ni, dah berapa teknik yang anda tahu? Kalau tahu saja tak cukup. Dah berapa teknik yang anda tahu dan pernah apply? Kadang-kadang tu, anda tak perlukan teknik gempak-gempak pun untuk anda berjaya sebagai dropship ni. Mungkin teknik yang paling simple pun dah cukup untuk anda. Apa yang penting adalah, anda tahu cara nak maksimumkan potensi teknik tersebut dan teknik tersebut sesuai dengan produk anda.

TUGAS DROPSHIP #2 : CARA MENJUAL

Ramai dropship yang mengambil mudah bahagian ini. Ramai yang menyangka cukup dengan hanya display produk yang ingin dijual dan orang ramai akan terus contact untuk membeli.

Ramai juga yang post di media sosial dan tulis entah apa-apa yang dia “rasa” prospek dia nak tahu. Nak berniaga ni tak boleh main rasa-rasa. Anda kena tahu apa yang anda buat tu betul atau salah. 

Anda kena ingat satu perkara. Untuk produk tersebut, bukan anda seorang sahaja yang jadi dropship, ejen, stokis dan sebagainya. Ada kemungkinan puluhan lagi, atau ratusan dan mungkin juga ribuan penjual lain yang menjual produk yang sama seperti anda.

Apa sebab orang nak kena beli daripada anda? Special sangat ke anda ni? Haa.. Bila dah timbul persoalan ni, anda wajib baca tugas dropship yang seterusnya.

TUGAS DROPSHIP #3: NILAI 

Nilai atau value merupakan elemen terpenting yang membezakan anda dengan penjual lain yang menjual produk yang sama seperti anda. So, tugas anda yang seterusnya adalah cari satu nilai yang penjual lain tak dapat tiru.

Saya bagi contoh ye. Kalau ada sesiapa yang membeli dengan anda, dia akan dapat satu kad dan satu cop. Cukup 10 cop kat atas kad tu, dia boleh claim hadiah daripada anda. 

Kalau dropship, anda boleh cop sendiri kad tersebut dan update pelanggan anda berapa cop dah dia dapat. Sebabnya, kalau anda nak hantar kad dan cop tu macam susah sangat kecualilah kalau anda ada kedai yang pelanggan boleh walk-in. 

Mudah kan tugas sebagai dropship ni? Kalau anda nak belajar cara yang lagi mudah sebagai dropship, saya cadangkan anda untuk fokus pada platform Shopee. Kalau anda nak tahu lebih lanjut, anda boleh KLIK SINI.




Khamis, 24 Januari 2019

MACAMA MANA NAK PILIH PEMBEKAL DROPSHIP?

Biasanya bila anda dah nekad nak buat dropship, masalah seterusnya yang akan anda alami adalah, macam mana nak cari pembekal dropship. Peratusan kejayaan bisnes dropship anda banyak bergantung pada siapa pembekal dropship anda.


Pembekal yang bagus akan meningkatkan lagi sales anda dan pembekal yang tak berapa bagus pula akan menjadi salah satu daripada punca kegagalan bisnes dropship anda. So, kali ni saya akan kongsikan dengan anda cara macam mana nak pilih pembekal dropship.

Sebelum tu, saya nak ingatkan anda bahawa anda perlu pastikan anda membuat kajian yang terperinci terlebih dahulu untuk memastikan anda mendapat pembekal yang memberikan servis yang terbaik. Jangan ambil mudah pesanan saya ni ye?

Masa penghantaran

Kan dropship ni tak perlukan anda melakukan penghantaran. Pembekal yang akan lakukannya untuk anda. Jadi, anda perlu memeriksa dulu masa yang diambil oleh pembekal tersebut untuk melakukan penghantaran.

Bayangkan segala usaha sebagai seorang dropship telah anda lakukan dengan sebaiknya, tapi spoil kat bahagian penghantaran. Pembekal anda lambat hantar barang kepada pelanggan. Anda tahu tak siapa yang akan dimarah dan menanggung feedback buruk? Pelanggan tak akan salahkan pembekal. Mereka akan salahkan anda. 

Background pembekal

Cara termudah untuk anda dapatkan info mengenai background pembekal adalah menerusi dropship yang lain. Ramai pembekal yang cakap tak serupa bikin. Lain yang dijanji, lain yang diberi.

Anda perlu dapatkan feedback daripada seramai mungkin dropship untuk memastikan anda tidak tersilap dalam memilih pembekal. Anda perlukan pembekal yang serius dan komited dalam bisnes mereka. Anda juga perlukan pembekal yang melayan semua orang bawahannya sama penting tanpa mengira anda ni stokis atau dropship.

Polisi pembekal

Polisi yang berkaitan hal-hal seperti pemulangan, kerosakan dan penukaran produk perlu anda titikberatkan. Bukan apa, kalau dari awal lagi anda tak ambil tahu perkara-perkara ini, risau di kemudian harinya anda akan terpaksa menanggung berbagai jenis risiko yang akan merugikan anda.

Tanya siap-siap jika berlaku masalah sekian-sekian, apakah tindakan daripada pembekal. Mudah untuk anda membuat keputusan dan mengambil tindakan jika masalah-masalah tersebut berlaku. 

Mana nak cari pembekal?

Bila anda dah tahu kriteria, anda mesti nak tahu kat mana anda boleh cari pembekal kan? Ada beberapa tempat yang anda boleh cuba:

  • Google - Contoh : Dropship kasut, dropship baju, dropship (nama produk)
  • Media sosial - Facebook/Instagram

Platform apa paling sesuai?

Pemilihan platform untuk anda menjual pun penting sebab ia akan menentukan kejayaan bisnes dropship anda. Kalau saya, saya suka cadangkan bagi anda yang baru bermula dengan bisnes sebagai dropship ni untuk menjual di Shopee.

Shopee ni banyak sangat kelebihannya untuk dropship. Apa kata kalau anda belek satu panduan ni yang memang confirm tak susah nak faham dan memang confirm menjadi. Anda boleh KLIK SINI.





Rabu, 23 Januari 2019

KENAPA DROPSHIP ANDA GAGAL?

Rasanya ramai yang dah pernah dengar dan tahu apa itu dropship. Sekarang pun makin banyak tawaran untuk menjadi dropship bagi sesebuah produk. Lagi best, ada tawaran yang berani claim akan dapat sekian-sekian angka jualan dalam sekian-sekian masa.


Anda pun apa lagi, rasa excited nak cuba disebabkan oleh claim tersebut. Tapi realitinya, tawaran tersebut tak beritahu pun sebenarnya laluan yang anda kena tempuh untuk dapatkan pulangan lumayan tu.

Semua cerita benda manis-manis je. Perit susah dropship, tak pernah pulak orang nak cerita. Kalau betul mudah, kenapa dropship anda boleh gagal? Kalau dikaji balik, peluang untuk anda berjaya dengan dropship ni lagi tinggi dari peluang untuk anda gagal. 

Kat bawah ni saya akan share dengan anda beberapa sebab kenapa dropship anda boleh gagal.

1. Teknik menjual yang salah

Ramai yang menggunakan platform media sosial untuk terus menjual. Platform tu dah nice. Tapi cara anda yang tak nice. Anda terus menjual tanpa mengkaji dulu samada friends/followers anda sesuai ke tak dengan produk tersebut. Hasilnya? Segala post anda akan krik krik. Awal-awal mungkin ada ramai yang klik, tapi bila dah lama-lama, orang pun dah mula meluat dan ignore post anda. 

Copywriting atau cara anda menulis manfaat produk pun perlu ditulis dengan ilmu, bukan main rasa sedap sendiri je. Sebab tu kalau anda tanya saya, saya akan recommend platform lain untuk anda menjual seperti di Shopee sebabnya anda tak perlukan kemahiran copywriting yang tinggi tapi anda boleh terus buat sales dengan banyak.

2. Zero product knowledge

Product knowledge atau pengetahuan anda mengenai produk yang anda jual pun sangat-sangat penting kalau anda nak buat sales lebih banyak. Anda sendiri tak pernah tengok, tak pernah guna dan tak pernah pegang produk tersebut. Jadi, macam mana anda nak cerita kebaikan produk tersebut kepada orang lain?

Satu, cara paling mudah adalah anda beli dan guna dulu produk yang anda nak jual tu. Tu cara terbaik dan terpantas untuk anda belajar mengenai produk anda. Dua, cara lain yang saya boleh kongsi dengan anda adalah, tengok testimoni. Biasanya owner produk atau pembekal pasti akan berikan anda testimoni dan bahan-bahan lain sebagai marketing tool. Gunakan testimoni tersebut untuk tambahkan product knowledge anda.

3. Anda ambil mudah mengenai bisnes

Ramai yang anggap berbisnes ni mudah. Kalau jual online, anda menganggapnya semudah post di media sosial dan orang akan terus contact anda untuk membeli. Kalau jual offline, anda ingat buka kedai dan orang akan terus datang.

Bukan macam tu. Kalau semudah tu, ramai dah yang berjaya. Tapi, ia tidaklah sesusah yang anda sangkakan. Ia akan jadi mudah kalau anda ada ilmu dan panduan yang betul.

Kalau saya, saya lagi prefer buat dropship di Shopee berbanding platform lain sebabnya saya cuma perlu kuasai beberapa basic skills sahaja dan ia tidaklah terlalu rumit dan susah macam skil-skil di platform lain.

Kalau anda nak belajar macam mana nak buat dropship paling mudah di Shopee, anda boleh KLIK SINI



KELEBIHAN DROPSHIP DENGAN SHOPEE

Siapa kat sini yang tak tahu Shopee tu apa? Rasanya hampir semua orang pernah dengar pasal Shopee kan? Shopee ni merupakan sebuah marketplace (tempat berjual beli) yang semakin popular di Malaysia.


Dalam Malaysia ni, banyak je marketplace yang ada. Antaranya ialah (selain daripada Shopee) :
  • Lazada
  • Mudah.my
  • 11street
  • Lelong
  • Carousell
  • Zalora
  • Ebay
  • Facebook

Kalau yang lain-lain ni mesti anda pernah dengar kan? Shopee ni pun sama je dengan yang lain. Tapi, Shopee ni lagi banyak kelebihannya. Lagi-lagi kalau anda baru nak bermula sebagai dropship, Shopee ni memang merupakan platform yang terbaik.

So, baik saya terus straight to the point mengenai kelebihan Shopee ni. Okay? 

1. Scammer susah nak cari makan di Shopee

Shopee memang terkenal dan tidak disukai scammer sebab pelanggan perlu buat bayaran terlebih dahulu dan duit tersebut akan disimpan didalam sistem Shopee sehinggalah anda selaku penjual menghantar barang tersebut dan disahkan sendiri sebagai telah diterima oleh pelanggan.

Kadang-kadang pelanggan lupa nak sahkan. Tapi, Shopee akan trace rekod penghantaran daripada kurier (contoh: poslaju) samada barang tersebut dah selamat sampai atau tak. Disini kiranya win-win situation untuk pelanggan dan juga anda yang menjual sebagai dropship.

Satu nasihat saya, lakukan segala urusan menerusi Shopee sebab anda akan menerima mesej yang mengajak anda melakukan urusan menerusi whatsapp dan sebagainya daripada scammer.

2. Tak perlu pening kepala nak “closing”

Closing ni merupakan satu skil yang susah untuk anda kuasai kecuali owner produk atau pembekal produk menyediakan kelas khas untuk anda melakukan closing. Di Shopee, anda cuma perlu belajar cara untuk menghasilkan description produk yang menarik dan betul je.

Selebihnya, pelanggan anda akan dengan sendirinya melakukan pembayaran dan pembelian. Agak jarang sebenarnya untuk pelanggan menghantar chat kepada anda di Shopee. Kecuali pelanggan anda memang betul-betul tak faham.

3. Iklan Shopee sangat-sangat murah

Part ni merupakan kelebihan Shopee yang tak dapat ditandingi marketplace yang lain. Anda fikir balik. Anda buat dropship sebab anda tak ada modal yang besar untuk buat kempen pemasaran - iklan! 

Kenapa anda perlu buat iklan? Kalau anda tak buat, anda tak boleh duduk dan berharap orang akan datang kepada anda dan beli produk anda. Agak mustahil untuk berlaku macam tu kalau ada ramai lagi yang menjual produk yang sama dengan anda. 

Cara nak buat iklan pun mudah. Tak pening, tak rumit dan tak leceh. 

4. Ada panduan super duper mudah untuk dropship dengan Shopee!

Ni satu lagi kelebihan Shopee yang anda boleh dapat. Panduan untuk buat duit minimum 4 angka dengan Shopee. Teknik yang proven, result yang gempak, cara yang mudah dan sangat-sangat simple untuk anda follow. 

Saya sangat-sangat cadangkan anda untuk “keluarkan” modal sikit untuk dapatkan ilmu yang sangat berharga ni. Anda boleh KLIK SINI.



Selasa, 22 Januari 2019

SIAPA YANG PATUT DAPATKAN RAHSIA SHOPEE?

Siapa yang tak nak kalau ada bisnes online sendiri yang mampu buat sales RM1000 sehari? Semua orang pasti nak walaupun sebelum ni tak pernah pun berbisnes online.


Siapa yang tak nak kalau semua ni boleh dicapai dengan bimbingan dan panduan daripada mentor-mentor yang power pada harga yang sangat berpatutan? Mesti semua nak!

Anda boleh dapatkan kesemuanya menerusi Rahsia Shopee!


Dengan mempraktikkan segala tips, panduan, teknik dan strategi yang diajar dalam panduan ini, anda akan dapat:

  • Bina online shop anda sendiri di Shopee
  • Berpotensi untuk menghasilkan RM1000 sehari
  • Belajar cara close sale tanpa menggunakan whatsapp
  • Jimat kos kerana anda tak perlu run iklan FB Ads
  • Jimat kos lagi kerana tak perlu run Google Adword
  • Trafik free ke online shop anda menerusi Shopee
  • Jimat masa anda kerana anda tak perlu lagi berbalas whatsapp
  • Cara mudah untuk anda close sale tanpa perlu copywriting

Rahsia Shopee sesuai untuk semua golongan. Tak kisah samada anda merupakan seorang suri rumah, student, pekerja yang nak side income atau sapa-sapa jer, anda boleh dapatkan panduan ini.

Anda boleh jer kalau tak nak dapatkan panduan ni. Tapi anda kena ready mental dan fizikal anda untuk:

  • Menjual berbulan lamanya tapi sales suam-suam kuku
  • Tersalah pilih produk dan kena tindakan undang-undang
  • Habis ribuan ringgit untuk buat iklan promosi di Shopee
  • Pelanggan tinggalkan feedback dan review negatif 
  • Habis masa berbulan atau bertahun untuk jumpa formula terbaik untuk berniaga di Shopee

Lagi satu, apalah sangat pelaburan ilmu yang anda bayar untuk ilmu buat RM1000 sehari kan? Dapatkan panduan ni, hadam betul-betul apa yang dikongsikan, manfaatkan pengalaman mentor-mentor anda dan ready untuk “sibuk” kira duit masuk kedalam akaun anda.


So, amacam? Risau kalau anda lambat-lambat, harga akan naik lagi sebab kualiti support pun perlu dijaga. Makin ramai, makin susah untuk beri perhatian kepada semua. Kiranya nanti yang sanggup bayar mahal tu adalah individu yang memang betul-betul nak belajar dan berjaya.

Sementara masih ada peluang, better anda dapatkan Rahsia Shopee sekarang!






Isnin, 21 Januari 2019

Instant Hijab Juliet











Galakan bersedekah

UMAT Islam digalakkan melakukan amalan seperti bersedekah dan memberi hadiah. Sedekah ialah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Manakala hadiah, pemberian sebagai satu pujian, penghargaan, kenangan dan tanda kasih sayang.


Amalan ini bukan sahaja dapat memperkukuh ekonomi Islam malah dapat membantu fakir miskin serta mereka yang kurang bernasib baik. Bagaimanapun, sedekah dan pemberian hadiah itu mestilah dilakukan mengikut saluran yang betul.

Tetapi berhati-hati dengan pemberian hadiah yang boleh menjurus kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Sedekah diberi kepada orang tertentu seperti fakir miskin. Ia digalakkan pada bila-bila masa dan hukumnya sunat. Manakala, hadiah diberi kepada sesiapa sahaja dan dilakukan pada masa dan sebab tertentu, hukumnya harus.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimat yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan adalah sedekah. (riwayat al-Bukhari)

Sifat suka bersedekah ini menghindarkan sifat tamak dan lokek dalam kalangan umat Islam. Selain itu, Islam juga menggalakkan umatnya saling membantu di antara satu sama lain.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bersedekah pahalanya 10, memberi hutang (tanpa bunga) pahalanya 18, menghubungkan diri dengan kawan-kawan pahalanya 20 dan silaturahim (dengan keluarga) pahalanya 24.” (riwayat al-Hakim)

Galakan memberi sedekah adalah sebagai tanda bersyukur atas pelbagai nikmat yang Allah kurniakan. Amalan suka bersedekah adalah satu amalan yang mulia dan terpuji. Bersedekah telah menjadi satu ciri amalan orang mulia terutamanya para nabi dan rasul serta orang soleh sejak zaman berzaman.

Jelaslah, bersedekah membawa banyak pahala terutama di bulan Ramadan. Bersedekah juga dapat mendidik hati ke arah ketakwaan kepada Allah SWT atas rezeki yang dilimpahkan-Nya. Dalam hal bersedekah ini umat Islam digalakkan bersedekah sewaktu sihat dan dalam keadaan yang senang.

Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis di mana seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Sedekah yang bagaimana yang paling besar pahalanya?” Nabi SAW menjawab: Saat kamu bersedekah hendaklah kamu sihat dan dalam keadaan senang dan saat kamu takut melarat tetapi mengharap kaya. Jangan ditunda sehingga roh mu di tenggorok baru kamu berkata untuk si polan sekian dan untuk si polan sekian. (riwayat al-Bukhari)

Justeru, bersedekahlah kerana Allah akan menambah serta melipatgandakan rezeki yang kita miliki apabila bersedekah. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Tangan yang di atas (memberi sedekah) lebih baik daripada tangan yang di bawah (menerima sedekah). (riwayat al-Bukhari)

Imam Al-Ghazali pernah menyatakan, dahulukan teman mu daripada diri mu sendiri dalam masalah duniawi atau paling tidak hendaklah bersedia memberikan bantuan (sedekah) material kepada teman mu yang memerlukannya. Bantulah dengan sekuat tenaga, teman mu yang sedang memerlukan sebelum ia meminta bantuan.

AMALAN bersedekah ini bukan hanya terbatas kepada wang ringgit malah ia meliputi makanan seperti kuih-muih dan juga hidangan makanan kepada orang ramai yang pahalanya sangat besar di sisi Allah SWT.

Menurut Muhammad bin Abdullah Al-Mashri, Imam Syafie adalah orang yang sangat dermawan. Sementara menurut Amr bin Sawad Al-Sirji, Imam Syafie orang yang gemar menderma daripada apa pun yang dimilikinya. Dia pernah berkata: “Aku pernah mengalami kegagalan, tak memiliki suatu apa pun, sehingga aku harus menjual semua perhiasan milik isteriku dan puteri kesayanganku.”

Muhammad Al-Sijistani mengatakan: “Imam Syafie pernah tidak memiliki suatu apa pun kerana sifat dermawannya.”

Dalam hal ini, Imam Syafie pernah berkata; “Jika kamu tidak boleh bersikap dermawan, maka ingatlah bahawa hari-harimu yang telah berlalu tak akan kembali. Bukankah tanganmu boleh mengepal dan membuka? Apa yang boleh kau harapkan ketika kau sendiri, tatkala bumi mencengkam dirimu dengan kuku besinya? Saat itulah, tentu, engkau berharap untuk dapat kembali ke dunia, pada hal hari-hari itu tak akan pernah kembali.

Pelbagai jenis sedekah boleh dilakukan. Antaranya memberikan senyuman kepada saudara, melakukan amar makruf nahi mungkar, menyelesaikan masalah orang lain, membuang perkara yang menghalang di jalanan, sedekah wang dan harta serta khidmat nasihat yang baik.

Sesungguhnya, bersedekah dan memberi hadiah serta menderma daripada harta dan wang yang lebih adalah sifat yang sangat mulia dalam kalangan umat Islam. Lakukanlah dengan penuh tawaduk dan ikhlas bagi mendapatkan balasan setimpal di akhirat nanti.

Kelebihan bersedekah Di dunia
  • Mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. 
  • Memperoleh balasan baik. 
  • Sentiasa disukai oleh manusia kerana menggembirakan hati penerimanya. 
  • Rezekinya akan bertambah. 
  • Terhindar daripada mendapat bala bencana. 

Kelebihan bersedekah Di akhirat
  • Mendapat naungan daripada panas terik di padang mahsyar. 
  • Sebagai pelindung daripada panas api neraka. 





Ahad, 20 Januari 2019

Keistimewaan Sedekah

Segala puji hanya milik Allah, kita selalu memujiNya dikala senang maupun susah. Shalawat dan salam semoga tetap tercurah kepada Rasulullah -yang pernah mengalami sakit dan tertimpa cobaan-, kepada keluarga dan sahabat beliau yang penyabar lagi ridha terhadap taqdir Allah.


Pada zaman ini berbagai penyakit semakin menyebar dan banyak macamnya. Bahkan beberapa penyakit tidak bisa ditangani oleh doktor dan belum ditemukan obatnya, seperti kanser dan semisalnya, meskipun sebenarnya obat penyakit tersebut ada. Allah tidak menciptakan suatu penyakit, melainkan ada obatnya. Namun obat tersebut belum diketahui, karena suatu hikmah tertentu yang dikehendaki oleh Allah.

Mungkin penyebab utama banyaknya penyakit adalah banyaknya kemaksiatan dan dilakukan dengan terang-terangan tanpa malu. Kemaksiatan yang menyebar ditengah masyarakat boleh membinasakan mereka. Allah berfirman yang ertinya, “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri.” (Surat Asy Sura 30)

Diantara hikmah penyakit yang dideritai seorang hamba adalah sebagai ujian dari Allah kepadanya, dunia adalah tempat berseminya berbagai musibah, kesedihan, kepedihan dan penyakit.

Ketika saya melihat orang sakit bergelut dengan rasa sakitnya dan menyaksikan orang yang memerlukan pertolongan dengan menahan rasa peritnya, mereka telah melakukan berbagai macam ikhtiar namun mereka melewatkan sebab penyembuhan yang hakekatnya dari Allah. Maka saya tergerak menulis untuk semua orang yang sedang sakit, agar rasa duka dan sedihnya lenyap, dan penyakitnya dapat terobati.

Wahai anda yang sedang sakit menahan lara, yang sedang gelisah menanggung duka, yang tertimpa musibah dan bala, Semoga keselamatan selalu tercurah kepadamu, sebanyak kesedihan yang menimpamu, sebanyak duka nestapa yang kau rasakan. Penyakitmu telah memutuskan hubunganmu dengan manusia, menggantikan kesehatanmu dengan penderitaan. Orang lain tertawa sedang engkau menangis. Sakitmu tidak kunjung reda, tidurmu tidak nyenyak, engkau berharap kesembuhan walau harus membayar dengan semua yang engkau punya.

Saudaraku yang sedang sakit! Saya tidak ingin menambah parah lukamu, namun saya akan memberimu obat mujarab dan membuatmu terlepas dari derita yang bertahun tahun. Obat ini didapat dari sabda RasulullahShallallahu Alaihi Wasallam,

“Obatilah orang yang sakit diantara kalian dengan sedekah” (Dihasankan oleh syaikh Albani dalam Shahihul Jami’)

Benar saudaraku, obatnya adalah sedekah dengan niat mencari kesembuhan. Mungkin engkau telah banyak sedekah, namun tidak engkau niatkan agar Allah menyembuhkanmu dari penyakit yang engkau derita. Cobalah sekarang dan hendaknya engkau yakin bahwasanya Allah akan menyembuhkanmu. Berilah makan orang fakir, atau tanggunglah beban anak yatim, atau wakafkanlah hartamu, atau keluarkanlah sedekah jariahmu. Sungguh sedekah dapat menghilangkan penyakit dan kesulitan, musibah atau cobaan. Mereka dari golongan Allah yang diberi taufik oleh Allah telah mencoba resepi ini. Akhirnya mereka mendapatkan obat ruhiyah yang lebih mujarab dari obat jasmani. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam juga mengobati dengan obat ruhiyah sekaligus obat ilahiyah. Para salafush shalih juga mengeluarkan sedekah yang sepadan dengan penyakit dan musibah yang menimpa mereka. Mereka mengeluarkan harta mereka yang paling mereka cintai. Jangan kikir untuk dirimu sendiri, jika engkau memang memiliki harta dan kemudahan. Inilah kesempatannya telah datang..!!

Dikisahkan bahwa Abdullah bin Mubarak pernah ditanya oleh seorang laki-laki tentang penyakit yang menimpa lututnya semenjak tujuh tahun. Ia telah mengobati lututnya dengan berbagai macam obat. Ia telah bertanya pada para tabib, namun tidak menghasilkan apa-apa. Ibnul Mubarak pun berkata kepadanya, “Pergilah dan galilah sumur, karena manusia sedang membutuhkan air. Saya berharap akan ada mata air dalam sumur yang engkau gali dan dapat menyembuhkan sakit di lututmu. Laki-laki itu lalu menggali sumur dan ia pun sembuh.” (Kisah ini terdapat dalam Shahihut Targhib).

Seorang laki-laki pernah ditimpa penyakit kanser. Ia lalu mencari obat keliling dunia, namun ia tidak mendapatkannya. Ia kemudian bersedekah pada seorang janda yang memiliki anak-anak yatim dan Allah pun menyembuhkannya.

Kisah lain, orang yang mengalami kisah ini menceritakan kepadaku, ia berkisah,

“Anak perempuan saya yang masih kecil tertimpa penyakit di tenggorokannya. Saya membawanya ke beberapa rumah sakit. Saya menceritakan penyakitnya kepada ramai doktor, namun tidak ada hasilnya. Dia belum juga sembuh, bahkan sakitnya tambah parah. Hampir saja saya ikut jatuh sakit karena sakit anak perempuan saya yang mengundang hiba semua keluarga. Akhirnya doktor memberinya suntikan untuk mengurangi rasa sakit, hingga kami putus asa dari semuanya kecuali dari rahmat Allah. Hal itu berlangsung sampai datangnya sebuah harapan dan dibukanya pintu kelapangan. Seorang shalih menghubungi saya dan menyampaikan sebuah hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, “Obatilah orang sakit diantara kalian dengan sedekah” (Dihasankan oleh Albani dalam Shahihul Jami’) Saya berkata, “Saya telah banyak bersedekah”. Ia pun menjawab, “Bersedekahlah kali ini dengan niat untuk kesembuhan anak perempuanmu”. Sayapun mengeluarkan sedekah sekedarnya untuk seorang fakir, namun tidak ada perubahan. Saya kemudian mengabarinya dan ia berkata, “Engkau adalah seorang yang banyak mendapatkan nikmat dan karunia dari Allah, hendaknya engkau bersedekah sebanding dengan banyaknya hartamu”. Sayapun pergi pada kesempatan kedua, saya penuhi isi kereta saya dengan beras, ayam dan bahan-bahan masakan dan makanan lainnya dengan menghabiskan wang yang cukup banyak. Saya lalu membagikannya kepada orang-orang yang memerlukan dan mereka senang dengan sedekah saya. Demi Allah saya tidak pernah menyangka bahwa setelah saya mengeluarkan sedekah itu anak saya tidak perlu disuntik lagi, anak saya sembuh total, alhamdulillah. Saya yakin bahwa faktor (yang menjadi sebab) paling besar yang dapat menyembuhkan penyakit adalah sedekah. Sekarang sudah berlalu tiga tahun, ia tidak merasakan penyakit apapun. Semenjak itu saya banyak mengeluarkan sedekah khususnya berupa wakaf. Setiap saat saya merasakan hidup penuh kenikmatan, keberkahan, dan sehat sejahtera baik pada diri pribadi maupun keluarga saya.

Saya mewasiatkan kepada semua orang sakit agar bersedekah dengan harta mereka yang paling mereka cintai, dan mengeluarkan sedekah terus menerus, niscaya Allah akan menyembuhkannya walaupun hanya sebagian penyakit. Saya yakin kepada Allah dengan apa yang saya ceritakan. Sungguh Allah tidak melalaikan balasan untuk orang yang berbuat baik.

Kisah lainnya, diceritakan oleh pelakunya sendiri. Ia berkata,

“Saudara laki-laki saya pernah pergi ke suatu tempat. Ditengah jalan ia berhenti. Sebelumnya ia tidak pernah mengeluh sakit apapun. Pada saat itu tiba-tiba ia jatuh pingsan, seolah-olah peluru menembus kepalanya. Kami mengira ia tertimpa al ‘ain (sakit karena pengaruh mata dengki seseorang) atau kanser atau penyempitan pembuluh darah. Kami lalu membawanya ke berbagai klinik dan rumah sakit. Kami melakukan berbagai macam pemeriksaan dan roentgen. Hasilnya, kepalanya normal saja, namun ia mengeluh sakit yang membuatnya tidak boleh berbaring. Juga tidak boleh tidur dan hal ini berlangsung lama. Bahkan jika sakitnya parah, ia tidak boleh bernapas apalagi berbicara.

Saya lalu bertanya kepadanya, “Apakah engkau mempunyai harta yang boleh kami sedekah kan? Semoga Allah menyembuhkanmu”. Ia menjawab, “Ada”. Lalu ia memberiku kad ATM dan aku cairkan dari kad tersebut sekitar tujuh belas juta rupiah (RM5000.00). Setelah itu saya menghubungi salah seorang yang shalih yang mengenal beberapa orang fakir, agar ia membagikan wang tersebut kepada mereka. Saya bersumpah demi Allah yang maha mulia, saudara saya sembuh dari sakitnya pada hari itu juga, sebelum orang-orang fakir itu menerima harta titipan tersebut. Saya benar-benar yakin bahwa sedekah mempunyai pengaruh yang besar bagi kesembuhan penyakit seseorang. Sekarang sudah berlalu satu tahun, ia sama sekali tidak mengeluhkan sakit di kepalanya lagi, alhamdulillah. Dan saya wasiatkan kepada kaum muslilimin agar mengobati penyakit mereka dengan sedekah.

Berikut kisah lainnya, pelakunya sendiri yang menceritakan kisah ini. Ia berkata,

“Anak perempuan saya menderita sakit demam dan panas. Ia tidak mau makan. Saya membawanya ke beberapa klinik, namun panasnya masih tinggi dan keadaannya semakin memburuk. Saya masuk rumah dengan gelisah. Saya bingung apa yang harus saya perbuat. Isteri saya berkata, “Kita akan bersedekah untuknya”. Saya lalu menghubungi seseorang yang mengenal orang-orang miskin. Saya berkata kepadanya, “Saya harap anda datang shalat bersama saya di masjid. Ambillah dua puluh kantong beras dan dua puluh kotak ayam di tempat saya, lalu bagikanlah kepada orang-orang yang membutuhkan”. Saya bersumpah demi Allah dan saya tidak melebih-lebihkan cerita, lima minit setelah saya menutup telpon, tiba-tiba saya melihat anak saya menggerak-gerakkan kaki dan tangannya, bermain dan melompat diatas tempat tidur. Ia pun makan hingga kenyang dan sembuh total. Ini semua berkat karunia Allah kemudian sebab sedekah. Saya wasiatkan semua orang untuk mengeluarkan sedekah ketika tertimpa penyakit”.

Marilah saudaraku, pintu telah terbuka, tanda kesembuhan telah tampak di depanmu. Bersedekahlah dengan sungguh-sungguh dan percayalah kepada Allah. Jangan seperti orang yang melalaikan resepi yang mujarab ini, hingga ia tidak mengeluarkan sebagian hartanya untuk bersedekah lagi. Padahal bertahun-tahun ia menderita sakit dan mondar mandir ke doktor untuk mengobati penyakitnya, dengan menghambur banyak wang dari sakunya.

Jika engkau telah mencoba resepi ini dan engkau sembuh, jadilah orang yang selalu menolong orang lain dengan harta dan usahamu. Jangan engkau membatasi diri dengan sedekah untuk dirimu sendiri, namun obatilah penyakit orang-orang yang sakit dari keluargama dengan sedekah. Jika engkau tidak sembuh total, ketahuilah engkau sebenarnya telah disembuhkan walau sedikit. Keluarkan sedekah lagi, perbanyak sedekah semampumu. Jika engkau masih belum sembuh, mungkin Allah memperpanjang sakitmu untuk sebuah hikmah yang dikehendakiNya atau karena kemaksiatan yang menghalangi kesembuhanmu. Jika demikian cepatlah bertaubat dan perbanyak doa di sepertiga malam terakhir.

Sedangkan bagi anda yang diberikan nikmat sehat oleh Allah, jangan tinggalkan sedekah dengan alasan engkau sehat. Seperti halnya orang yang sakit boleh sembuh maka orang sehat pun boleh sakit. Sebuah pepatah mengatakan, “Mencegah lebih baik dari mengobati”.

Apakah engkau akan menunggu penyakit hingga engkau berobat dengan sedekah? Jawablah…! Kalau begitu bersegeralah bersedekah…








Instant Shawl Adriana











Rahsia Bersedekah

Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya.


Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang mudah:

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Keberkatan Dalam Rezeki.

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman ‘Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?’ Nabi Ayub mejawab ‘Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu’. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Kaya Jiwa - Kekayaan bukanlah sesuatu yang harus diidam-idamkan oleh seseorang Islam kerana kekayaan boleh membawa kerosakan kepada seseorang sekiranya tidak menurut jalan yang betul. Islam lebih melihat kekayaan dari segi kekayaan jiwa. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa. (Sahih Muslim.)

Dari aspek harta-benda, kekayaan jika disalurkan ke jalan yang betul akan memberi seseoang pahala yang banyak, terutamanya jika digunakan untuk bersedekah.

Berzikir dan Banyak Bersedekah dalam Sembunyi dan Terang - Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.






Sabtu, 19 Januari 2019

Hutang Dan Sedekah

Seorang lelaki telah gagal menguruskan hutangnya apabila perniagaannya bermasalah. Hari-hari pengutip hutang mencarinya sama ada di pejabat mahupun di rumah. Keadaan menjadi lebih parah apabila isterinya minta diceraikan kerana tidak sanggup tinggal dalam keadaan tertekan sebegitu.



Sewaktu senang dulu, dia disibukkan dengan urusan bisnes. Urusan rumah tangga diserahkan bulat-bulat kepada isterinya. Emak dan ayah di kampung pula jarang sekali ditanyakan khabar mereka apatah lagi pulang ke kampung menjenguk mereka.

Dia malu nak pulang ke kampung menghadap emak dan ayahnya. Kawan-kawan yang sama-sama bersukaria dulu pula hilang entah ke mana. Hasrat isterinya ditunaikan dengan talak 1.

Dia berusaha pelbagai cara bagi melunaskan hutang-hutangnya tetapi semuanya menemui jalan buntu. Dalam keputus-asaan dia nekad membunuh diri. Ketika mahu menggantungkan diri, azan berkumandang dan menyedarkan dirinya. Dia turun dari kerusi dan mengambil wuduk untuk solat. Selepas seketika itu dia mendengar pula ceramah agama dari masjid berdekatan rumahnya itu yang kebetulannya sedang berbicara tentang cara mengatasi kesusahan.

Keesokkannya dia pergi ketemu ustaz untuk mendapatkan pandangan ustaz apa lagi yang dia harus lakukan untuk menyelesaikan masalah hutangnya itu. Ustaz kata periksa semula hubungan dia dengan Allah, hubungan dia dengan ibu bapa dan hubungan dia dengan orang lain. Mohon ampun pada Allah dan mohon maaf pada mereka yang telah dia berbuat salah.

Dia datang lagi bertemu ustaz. Dia kata sudah macam-macam perkara dia lakukan. Antaranya, dia sudah memohon taubat pada Allah dan meminta maaf pada orang-orang yang telah dia berbuat salah.

Lalu ustaz itu berkata, bersedekahlah. Dia terkesima.

Bagaimana mahu bersedekah sedangkan duitnya sahaja cukup-cukup untuk dirinya? Itulah yang terdetik di hatinya ketika itu.

Setelah berfikir, dia mencari orang yang susah, bertemu pengurusan sekolah pondok dan anak yatim yang memerlukan. Dia panggil mereka ke rumahnya dan menyedekahkan barang-barang rumahnya yang pernah menjadi simbol kesombongan dia. Dia rasa puas walaupun rumahnya hampir kosong. Hari-hari dia menjaga ibadat dan bersedekah dari segi kudrat, dan apa sahaja yang mampu menyenangkan orang lain.

Dia menemui ketenangan apabila melakukan semua itu meskipun masalahnya belum diselesaikan. Dia bersangka baik pada Allah dan tidak berhenti berdoa. Antaranya doa yang diajarkan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam kepada sahabatnya, Abu Umamah radhiyallahu ’anhu :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ


وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَل


وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ


وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ لدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ


Bermaksud:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.”

Pada satu hari, kawan lamanya mencari dia. Dia tidak lagi lari atau menyorokkan diri seperti sebelum ini. Dia sambut kawannya itu dengan senyuman dan mengajak masuk ke rumah. Di dalam rumah, kawannya melihat hanya barang keperluan asas sahaja yang ada. Dia masih tersenyum.

Kawannya itu seorang usahawan berjaya mahu menyatakan hajat bertemu dia. Kawannya itu memerlukan khidmat kepakaran dia menguruskan bersama satu projek bandar baru. Dia menolak kerana risau tidak dapat beri komitmen kerana masalah hutangnya itu. Tetapi jika kawannya itu boleh membantu masalah dia, dia mahu bekerjasama.

Kawannya itu tidak ragu-ragu dan memberikan dia cek. Kawannya berkata:

“Ambil cek ini. Gunalah pendahuluan 3 bulan bayaran khidmat kepakaran kamu ini untuk selesaikan masalah hutang itu.”

Lagi sekali dia terkesima dan kali ini disusuli sujud syukur dan air mata. Hanya “terima kasih Ya Allah… alhamdulillah” diucap berulang-ulang kali dari mulutnya.

Noktah.

Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika mereka ditimpa malapetaka, dia menjadi putus asa dari berusaha.

Janganlah kita berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.

Melalui surah al-Baqarah ayat 280 yang bermaksud “Dan jika (Orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan, dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”

Mungkin ramai yang berasa berat hati untuk bersedekah ketika waktu susah kerana memikirkan ketidakcukupan yang akan berlaku apabila bersedekah. Namun, jika kita benar-benar yakin dengan rahmat dan kuasa Allah, pasti kita berasa ringan melakukannya.

Sewaktu bersedekah itu, niatkan di dalam hati pemberian itu sedekah dan memohon kepada Allah untuk membantu dan memudahkan hal melunaskan hutang-hutang kita.






Instant Shawl Luna