My Follower

Khamis, 31 Oktober 2019

KEKURANGAN DIRI APABILA ISTIQOMAH

Terkadang kita ini manusia biasa, bukannya malaikat dan para wali, mudah tergelincir dan sukar dalam istiqomah secara tetap.

Jadi, apa yang boleh menutupi kekurangan ini?

Al-quran menJawabannya adalah pada firman Allah Ta’ala,

“Katakanlah: “Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwasanya Rabbmu adalah Rabb Yang Maha Esa, maka tetaplah istiqomah pada jalan yang lurus menuju kepada-Nya dan mohonlah ampun kepada-Nya.” (QS. Fushilat: 6).
Ayat ini memerintahkan untuk istiqomah sekaligus merupakan isyarat bahawa seringkali ada kekurangan dalam istiqomah yang diperintahkan.

Yang menutupi kekurangan ini adalah istighfar (memohon ampunan Allah).

APA YANG AKAN MEMBUATKAN KITA SENANTIASA KEKAL DALAM KEADAAN ISTIQOMAH

Ada beberapa sebab utama yang akan membuat seseorang tetap teguh dalam keimanan.

1. MEMAHAMI & MENGAMALKAN KALIMAH SYAHADAT

Allah Ta’ala berfirman,

“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang lalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.” (QS. Ibrahim: 27)

Qotadah As Sadusi mengatakan, “Yang dimaksud Allah meneguhkan orang beriman di dunia adalah dengan meneguhkan mereka dalam kebaikan dan amalan solih. Sedangkan di akhirat, mereka akan diteguhkan di kubur (ketika menjawab pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir, pen).” Perkataan semacam Qotadah diriwayatkan dari ulama salaf lainnya. [Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 4/502.]

Mengapa Allah teguhkan orang beriman di dunia dengan terus beramal solih dan di akhirat (alam kubur) dengan dimudahkan menjawab pertanyaan malaikat “Siapa Rabbmu, siapa Nabimu dan apa agamamu”?

Jawabannya adalah kerana pemahaman dan pengamalannya yang baik dan benar terhadap dua kalimah syahadat.

Memenuhi rukun dan syaratnya.

Serta dia pula tidak melakukan larangan Allah berupa menyekutukan-Nya dengan selain-Nya, yaitu berbuat syirik.

2. MENGKAJI, MENGHAYATI, & MERENUNGKAN AL-QURAN

Allah menceritakan bahwa Al Qur’an dapat meneguhkan hati orang-orang beriman dan Al Qur’an adalah petunjuk kepada jalan yang lurus. Allah Ta’ala berfirman,

“Katakanlah: “Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al Qur’an itu dari Rabbmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”.” (QS. An Nahl: 102)

“Al Qur’an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.” (QS. Fushilat: 44)

Al Qur’an adalah jalan utama agar seseorang bisa terus kukuh dalam agamanya, karena Al Qur’an adalah petunjuk dan ubat bagi hati yang sedang ragu-ragu dan was-was. Bayangkan kalau diri kita ini jauh dari Al-quran. Agak-agak macam mana perjalanan hidup kita..??

3. ILTIZAM (KONSISTENSI)

Maksudnya di sini adalah seseorang dituntut untuk konsisten dalam menjalankan syari’at atau dalam beramal dan tidak putus di tengah jalan. Ini kerana konsistensi dalam beramal lebih dicintai oleh Allah daripada amalan yang sesekali saja dilakukan.

Sebagaimana disebutkan dalam hadits,

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang konsisten walaupun itu sedikit.” [HR. Muslim no. 783]
Selain amalan yang konsistensi dicintai oleh Allah, amalan tersebut juga dapat mencegah masuknya virus “futur” (jenuh dan malas untuk beramal).

Jika seseorang beramal sesekali namun banyak, kadang akan muncul rasa malas dan jenuh. Sebaliknya jika seseorang beramal sedikit namun terus menerus, maka rasa malas pun akan hilang dan rasa semangat untuk beramal akan selalu ada.

Itulah mengapa kita dianjurkan untuk beramal yang penting konsistensi walaupun jumlahnya sedikit.

4. MEMBACA & MENELADANI KISAH-KISAH ORANG SHOLIH

Dalam Al Qur’an terlalu banyak diceritakan kisah-kisah para nabi, rasul, dan orang-orang yang beriman yang terdahulu.

Kisah-kisah ini Allah jadikan untuk meneguhkan hati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan mengambil teladan dari kisah-kisah tersebut ketika menghadapi permusuhan orang-orang kafir.

Allah Ta’ala berfirman,

“Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.” (QS. Hud: 11)

Lihatlah di dalam Al-Quran bagaimana keteguhan Nabi Ibrahim dan Nabi Musa dalam menghadapi ujian dan ketika berada dalam situasi sempit.

Mereka menyandarkan dan berserah segala urusannya secara total pada Allah, sehingga mereka pun selamat. Begitu pula kita ketika hendak istiqomah. Dan masih banyak lagi cerita-cerita orang solih dalam Al-Quran yang boleh kita jadikan tauladan (uswah).

Dalam Al-quran itu ada cerita, dalam cerita itu ada kisah kita, dalam cerita kita ada cerita orang lain.

Itulah orang-orang solih yang kemungkinan mereka sudah tidak hidup di dunia ini, namun jika dipelajari jalan hidupnya akan membuat hati semakin hidup. Berbeda halnya jika yang dipelajari adalah kisah-kisah orang-orang fasik, para artis, yang menjadi public figure yang hidup dalam gemerlapnya dunia. Walaupun mereka saat ini mungkin masih hidup, malah membuat hati semakin mati, membuat kita semakin tamak pada dunia dan gila harta. Wallahul muwaffiq.

5. PERBANYAK DOA AGAR ISTIQOMAH

Di antara sifat orang beriman adalah selalu memohon dan berdo’a kepada Allah agar diberi keteguhan di atas kebenaran.

Allah Ta’ala berfirman,

“Ya Rabb kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, dan teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.” (QS. Al Baqarah: 250)
Do’a lain agar mendapatkan keteguhan dan ketegaran di atas jalan yang lurus adalah,

“Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).”
Do’a yang paling sering Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam panjatkan dan juga menjadi amalan sifu sendiri adalah,

“Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alaa diinik (Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu).”

Yang memegang hati untuk senantiasa berada dalam kekal dalam istiqomah adalah Allah SWT. Yang nak membolak-balikkan pun Allah jua.

Fahamilah Ayat Al-Fatihah itu

Iyyakana'budu wa iyya kanasta'in

(Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan).

Tuhan akan tolong pada hamba yang sujud kepada DIA.

Tuhan akan tolong pada hamba yang merayu kepada DIA

Mintalah pada DIA, Kunci Istiqamah ada pada DIA. sedarilah hakikat diri kita ini....kita ini La Haulawala Kuwata Illa Billah sifatnya

usah lagak "Sado", usah sombong kita nie malas nak mohon pada DIA

kita nak kelip mata sendiri pun tak mampu melainkan dengan izin dan kehendakNya.

6. BERGAUL DENGAN ORANG-ORANG SHOLIH DAN SENANTIASA BERADA DALAM CIRCLE YANG POSITIF DAN BERPESAN-PESAN KE ARAH KEBAIKAN

Allah memerintahkan agar selalu bersama dengan orang-orang yang baik. Allah Ta’ala berfirman,

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar(jujur).” (QS. At Taubah: 119)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasihati kita. Terutamanya dalam konteks mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang sholih dan orang yang pelik di mata adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh sahaja membeli darinya atau paling tidak pun dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling tidak pun engkau dapat baunya yang tidak enak.” [HR. Bukhari no. 2101]

Itulah pentingnya bergaul dengan orang-orang yang sholih. Oleh karena itu, sangat penting sekali mencari lingkungan atau circle yang baik dan mencari sahabat, teman dekat apalagi pasangan hidup yang semangat dalam menjalankan agama sehingga kita pun boleh terasa aroma kebaikannya.

Jika lingkungan kita adalah baik, maka ketika kita keliru, ada yang selalu menasihati dan menyemangati kepada kebaikan. Sifu doakan semoga teman-teman yang berada dalam circle e-Rezeki ini, Trib Rahsia Hikmah Diri, RMR & KMR yang baik baik dan soleh ini semuanya kekal hingga ke akhir hayat sifu insyaallah.

Semoga Allah senantiasa meneguhkan kita di atas ajaran agama yang hanif (lurus) ini. Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kami semua di sini tetap di atas agama-Mu.

Wallahu a’lam bish shawab


Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555 (Workbook RMR+KMR) sekarang.

Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini & pm saya untuk bawa masuk ke group khas :

9/10 Rezeki From Zero to Hero!

Ini adalah ebook Irfan Khairi yang ke-8. Namun, ianya adalah ebook "in the making" sejak lebih 20 tahun yang lalu di mana Irfan Khairi kongsikan ribuan pengalaman, tips dan strategi dalam mengembangkan EMPAYAR Bisnes beliau...


Bagaimana Irfan Khairi memulakan perniagaan seorang diri dengan hanya sebuah laptop sebagai seorang SOLOpreneur dan menjana pendapatan sejuta yang pertama, kemudian mengembangkan jenama perniagaan serata Malaysia sebagai ENTREPRENUER multi-million dan kini melebarkan sayap perniagaan ke peringkat antarabangsa sebagai GLOBALpreneur...

Dan kesemuanya dilakukan pada modal yang minima!

Ini adalah ebook beliau yang terbaik yang pernah ditulis. Banyak strategi yang dikongsikan "behind the scenes" yang ramai tidak tahu bagaimana beliau menjenamakan dan membina perniagaan di internet dan juga offline yang kini bernilai multi-million di Malaysia dan di peringkat antarabangsa walaupun beliau mempunyai staff kurang dari 10 orang sahaja.

Terlalu banyak strategi yang dikongsikan dalam ebook 250 muka surat ini (padat dan penuh dengan strategi, dan tidak bergambar untuk membazir ruang) kesemua strategi ini telah digunakan dan amalkan sejak 20 tahun yang lalu dalam mengembangkan perniagaan beliau.

Ingin tahu apakah antara isi kandungan strategi yang beliau sampaikan?

Maklumat lanjut buku ini ada DI SINI. Anda tak akan menyesal memiliki ebook ini. InsyaAllah





Selasa, 29 Oktober 2019

TIPS CARA KEMBANGKAN PERNIAGAAN

Dalam sharing kali ini saya nak kongsikan dengan anda 3 tips kembangkan lagi bisnes(jika anda ada bisnes (atau bakal) buat bisnes)

Tip #1: Mulakan sesuatu walaupun kecil

Teringat saya satu quote berbunyi, "You do not need to be great to start, but you need to start to be great!"

Tidak kira apa pun, anda perlu mulakan sesuatu walaupun ianya adalah perniagaan kecil. Begitulah saya mulakan lebih 15 tahun yang lalu. Saya mulakan perniagaan yang kecil.

Dan saya juga GAGAL dalam perniagaan tersebut. Apa salahnya. Lebih baik gagal ketika kecil dari gagal apabila lebih besar dan modal lebih besar bukan?

Inilah learning experience yang perlu dilalui. Tetapi jika kita tidak bermula, bagaimana hendak belajar dari pengalaman itu. Cari pengalaman dalam perniagaan kecil dan secara organik kembangkan perniagaan tersebut.

Begitulah juga Jeff Bezos dengan Amazon.com yang hanya merupakan one-man-show pada mulanya, tetapi menjadi gergasi e-commerce hari ini!

Sekiranya anda tidak mula yang kecil, bagaimana hendak menjadi lebih besar?

Jadi, mulakan sesuatu! Cara mudah, sertai team affiliate Projek e-Rezeki.my(link daftar ada di bawah).

Tip #2: Walaupun kecil, fikir besar!

ATB. Always Think Big! Walaupun memulakan perniagaan kecil, jangan henti dari berangan untuk menjadikan perniagaan kecil itu satu perniagaan yang hebat satu hari nanti!

Mula kecil, tetapi fikir besar. Angan-angan ini akan mencetuskan lagi kreativiti dan inspirasi kita untuk menggerakkan perniagaan kita lebih besar.

Pernah tak anda lihat sesuatu perniagaan yang hanya konsisten dan sama sahaja selepas 5 tahun... 10 tahun... atau lebih?

Ini antara punca pemilik perniagaan tidak fikir besar. Perasaan "Cukuplah dengan apa yang ada..." akan menghentikan perkembangan sesuatu perniagaan.

Tetapi, jika kita fikir lebih besar, seperti "Bagaimana aku boleh bawa perniagaan ini menjadi lebih hebat dan besar?", maka ia akan jadi satu picu untuk kita membawa perniagaan ke arah itu.

Tip #3: Dalam perjalanan menjadi besar, perlu berani berubah dan explore!

Dan akhir sekali, untuk menjadi lebih besar, ke peringkat yang lebih tinggi dan global, anda perlu BERANI explore! Cuba sesuatu yang baru.

Maksud saya mencuba sesuatu yang baru, bukan bererti anda "hasilkan strategi yang baru". Semestinya tidak!

Cuba sesuatu yang baru bererti, lakukan apa yang anda belum lakukan. Lakukan apa mereka yang telah berjaya dalam perniagaan, tetapi anda sendiri belum lakukannya.

Sudahkah anda memiliki laman web? Sudahkah anda mula mengumpul database prospek anda? Sudahkah anda menggunakan pemasaran video? Sudahkah anda menggunakan teknik dan strategi yang lebih advance dalam pemasaran Facebook dan Instagram?

Jika belum, itulah yang saya maksudkan untuk anda berani cuba sesuatu yang baru, yang anda belum lakukan lagi.

Dalam Business, atau Marketing

Tiada DATA = Tiada SALES$$

Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555 (Workbook RMR+KMR) sekarang.




Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini

Ada masalah hutang? baca ni dulu. Langkah nak selesai hutang cepat !

QURAN

Cerita deep oleh Ustaz Nouman,

"Anak saya membacakan ayat ini di hadapan saya untuk disemak salah betul tajwid. Tak semena-mena ada titis air membasahi pipi.
“Kenapa abah menangis?”
“Oh, sebab Allah kata sesuatu..”
“Allah kata apa, abah?”
“Rasulullah mengadu di hadapan Allah, tentang sekelompok manusia yang meninggalkan Quran,”

(Dan Rasul (Muhammad) berkata; Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah mengabaikan Quran ini; Al Furqan:30)

“Tapi kita tak abaikan Quran pun, abah? Kan kita sedang baca ni?
‘Anakku, andai Quran ini turun sekadar untuk dibaca; maka mudahlah hidup.
Kita kena sayang dia sungguh-sungguh. Bolehkah kita sayang Quran lebih daripada filem baru yang bakal tayang, atau mungkin permainan video yang sedap-sedap? Kita lebih suka habiskan masa dengan Quran, atau sebaliknya? Mahukah kita jadi sepertimana yang Quran kata?”
Mudah-mudahan Allah memasukkan kita ke dalam golongan manusia yang sayangkan kitab ini; biar barakahnya meresap masuk ke dalam jiwa dan segenap ruang hidup.

Mudah-mudahan Allah memahamkan kita sebagaimana sepatutnya kita faham. Dan Quran itu tidak hanya lidah sahaja yang membaca, hati turut terasa sama enaknya.

Mudah-mudahan ibu bapa sekalian diberi kefahaman Quran, dan dapat ajarkan pula pada anak-anak; agar anak itu dapat berdiri di hadapan Allah pada hari kiamat kelak;

‘Ibu ayahku mengajarkan aku isi kitabMu, wahai Allah’”

Ustaz Nouman Ali Khan

Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555 (Workbook RMR+KMR) sekarang.





Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini


Nak ikuti Laporan harian Projek Bahtera ?



ILMU ILMU

Bismillahirrahmanirrahim..

Sahaja Saya Berkongsi Ilmu Pagi Ini kerana Allah Taala

Begini, Asas dalam pendidikan ialah merujuk kepada Ayat Al quran yang pertama sekali diturunkan Tuhan iaitu Iqra...Atau maksudnya ialah "BACALAH" dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk.

Baiklah Apa yang sebenarnya Allah maksudkan dari ayat ini..?? Sebenarnya ada dua tuntutan daripada ayat ini.

PERTAMA :

Bacalah..!! Di sini Tuhan menyuruh kita membaca. Dalam erti kata lain, Tuhan hantar mesej kepada kita agar kita menuntut ilmu dari sudut ilmu syariatnya. Dari sudut ilmu hakikatnya adalah KENAL..Sebab perkataan bacalah itu juga membawa maksud tuntutlah ilmu. Juga membawa maksud persiapkanlah akalmu untuk menerima ilmu.

KEDUA :

Tuhan sambung lagi di sini, dengan nama Tuhanmu...Tuhan tidak hentikan setakat bacalah..Tetapi Tuhan sambung lagi menjadikan ia bacalah dengan nama Tuhanmu...Apa sebenarnya kehendak Tuhan di sini..?? Kita sering persoalkan apa yang kita nak, apa kehendak kita. Tapi pernah tak dalam hidup kita ini, kita soal diri kita sendiri, Apa sebenarnya Kehendak Allah ke atas diri kita ini..??

Di sini Tuhan memberitahu kita agar menuntut ilmu tetapi dalam menuntut ilmu, Tuhan tidak boleh diketepikan. Tuhan tidak boleh dipinggirkan. kena terhubung dengan Tuhan dalam proses kita menuntut ilmu. Usah dipisahkan Agama dengan Kehidupan..Usah dipisahkan Tuhan dengan Ilmu itu sendiri.

Kesimpulan dari ayat ini adalah Tuhan mengajar kita erti pendidikan. Dalam proses kita menuntut ilmu dan mendidik diri dan keluarga walau dalam apa jua keadaan sekalipun, kenalah kita mempersiapkan akal kita untuk menerima ilmu dan hubungkan ia dengan Tuhan. Justeru apa yang kita faham dari ayat ini adalah 4 PERKARA berikut :-

  1. APA..?? Apa yang kita hendak isikan akal kita..Dengan Ilmu apa..?? Bila dikaitkan dengan ilmu, kenalah belajar ilmu mengenal Tuhan terlebih dahulu. Awaluddin Maakrifatullah atau awal awal hidup itu beragama itu Mengenal Allah..Kalau kita tak mahu mengenal Allah, sombong rasakan diri sudah cukup ilmu dan sudah ahli syurga, maka ada agama tak kita ini..?? Kalau tak Ada Agama, jadi kita ini dengan bangganya nak dipanggil apa..?? Apa Yang dahulu, perlu didahulukan. Ilmu Fardhu Ain, Fardhu Kifayah seterusnya yang sunat. Ilmu dunia juga tidak boleh diketepikan tetapi kena tahulah prioriti. Kena pastikanlah ilmu ini dikaitkan dengan Tuhan. Kita ambil contoh, baginda Rasulullah SAW sendiri, 40 Tahun sebelum turunnya Surah Iqra ini, sebelum turunnya Ilmu Fekah, Rukun Islam dan Rukun Iman, baginda mendidik insan dengan Ilmu Tauhid..Sebab itulah di tribe ini, kalian kena faham kenapa sifu DAHULUKAN ILMU AWALUDDIN MAAKRIFATULLAH TERLEBIH DAHULU SEBELUM KITA BELAJAR METAFIZIK SAINS PENOMBORAN ISLAMIK BERASASKAN AL-QURAN kan..kalau kalian nak LEFT, itu bahagian dan pilihan masing masing atas muka bumi Allah ini. Sifu sendiri pun tak tahu habis kalam menulis di tribe ini, sifu hidup lagi atau tak...BIla kesedaran tentang mati ini ada, maka dalam setiap saat kita tahu nak letak priority di mana kita tentang ilmu ini.
  2. SIAPA..?? Siapa yang mengajar. Bila dikaitkan dengan Tuhan, tidak boleh sembarangan orang mengajar kita dengan ilmu. Guru kenalah jadi Role Modelnya. Guru kenalah lebih baik dari murid sebab guru itu adalah contoh kepada anak murid. Walau belajar agama sekalipun, tetapi kalau guru itu sendiri tidak mengamalkan ilmunya, maka ilmunya tidak berkat dan tidak memberi bekas kepada peribadi anak didiknya. Sebenar benarnya guru atau mursyid kita adalah Tuhan itu sendiri, lihat sahaja bagaimana anak di bawah umur 5 tahun, bagaimana depa membesar..?? bagaimana depa belajar..?? Rujuk Surah Al Alaq ayat 4 & 5 (Yang Mengajar Manusia dengan Pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya). Atas dalil inilah kalau kalian perasan selalu sifu ulang ulang perkataan ini, Yang Mengajar itu DIA, saya ini asbab sahaja. Tidak salah nak berguru hidup dengan sesiapa pun selagi berpijak kaki atas muka bumi Allah ini, tetapi janganlah sampai BERTUHANKAN GURU itu yang menjadi Agen perubahan dalam kehidupan kita tak kiralah sama ada ilmu kenal diri ka, ilmu business ka dsb, tahkid dalam hati melebihi Tuhan itu sendiri. Saya selalu ulang ulang dalam setiap sharing saya kalau kalian perasan, Saya ini hanya sarung bernyawa sahaja asbab sahaja sampaikan Ilmu. Tiada Daya Tiada Kuasa melainkan dengan izin dan kehendak Allah. Tiada Daya Tiada Kuasa.
  3. BAGAIMANA..?? Cara mana kita belajar kenalah ikut syariat. Ikut kaedah Islam. Tak boleh ikut dan agung agungkan kaedah sekular. Ada juga sesetengah orang belajar agama, tetapi method atau sistem belajar ikut sekular. Jadi kita kena pastikanlah sistem belajar kita menepati KPI dan SOP Tuhan
  4. UNTUK APA..??? Niat kena betul. Tak boleh kita sendiri atau anak kita belajar dikeranakan dunia semata mata. Sebab nak makan gaji bila besar, atau tujuan jawatan, nak glamour, untuk dapatkan nama dan pujian dan sebagainya. Tetapi niat kena dibetulkan supaya belajar kerana Tuhan, untuk cari keredhaan Tuhan dan memperjuangkan agama Tuhan.
kita ikrar dalam doa iftitah, SOLATKU, HIDUPKU, MATIKU HANYA KERANA ALLAH TAALA..bila HANYA mana mungkin ada sebab yang lebih bagus dari itu. Kita Niat dalam solat pun KERANA ALLAH TAALA..

Masih belum terlewat untuk kita mulakan 2019 nie dengan resetting balik diri, bermula dengan NIAT..setiap sesuatu amal itu bermula dengan niat.

Ramai yang beriman masih tidak tahu beza Niat? Doa? Harapan? Mustajab? Waktu Damai Permintaan? Zon Permintaan? Waktu dan landasan yang betul.

Hidup ini adalah gelombang dari hatinya kemudian ke akal seterusnya tindakan anggota tubuh badannya. Tiada daya Upaya melainkan dengan Izin Allah Taala.

Niat adalah kata yang terlintas bermula di hati. Bila sebut "Sahaja aku" automatik ianya datang dari hati. Minda tidak terkait walaupun satu marhum maksudnya. Dalam kebaikkan ibadah semuanya bermula dengan niat.

Doa adalah "niat+permintaan". Ianya datang zahir tuan badan. Masalah dalam dunia tidak akan sama atas diri masing masing. Ada orang nak kaya, ada nak ilmu, ada nak anak pinak, ada nak pangkat dan harta, dan permintaan sebaiknya adalah semua amalan dan ilmu betul ke jalan Rasulullah saw, husnul khatimah dan syurga firdaus walaupun tgk diri tidak layak. Inilah dipanggil rahmat kasih sayang.

Harapan adalah semua kerja atau perilaku saat ini semoga diberi berkat dan berjaya di depan hari. Di sini perlu ilmu dan teknikal yang banyak. Yang berjaya siang malam dan hujung minggu penuh dengan kelas ilmu. Tengok muka depan cermin kita di level mana? Jangan ikut wayang fb tukang komen mereka tu kaki kondem walaupun tidak belajar. Kita yang berusaha atas jalan takdir Allah Taala.

Mustajab adalah zon saat/detik/alamiah/gelombang/syncronised yang tepat pada tarikh, waktu, hari, quad3, pencahayaan, gema, hijriah, gerakan bulan bintang yang ada lantunan reset alam. Inilah yang menjadi khilaf kepada semua ulama dulu sampai sekarang. Maka, semua penilaian ini perlukan kesungguhan istiqamah mudahan kita menjumpai waktu mustajab sekali seumur hidup. Ini kerana gema (sains muzik) seluruh alam sedang berzikir dan doa termasuk pokok, ikan, bukit, air ombak, haiwan, bintang dan semuanya dipanggil tune berbeza Hz. Gelombang Hz bernombor sebagai pusat. Jika manusia tidak berzikir malulah pada alam.

Waktu damai permintaan adalah gelombang. Yang ini ramai tidak dibahaskan sebab ramai ramai xnak belajar. Jika belajar akan dikatakan sesat dan sebagainya. Secara sains diperlukan untuk menjadi zon theta, gama, alpha, zion, hening. Bahasa mudah, lintasan sejuk hening dalam hati yang tidak boleh dirungkaikan. Contohnya, anda berdoa tiba tiba menangis sehabisnya. Inilah dipanggil reset diri yang sangat baik.

Zon permintaan adalah Mustajab+Niat+Doa+Harapan+Waktu Permintaan. Di sini ilmu metafizik fundamental Islam + teknikal + accuracy + gelombang + coding diperlukan. Belajar betul betul supaya kita tawaduk.

Memahami diri sendiri dan kenal Allah Taala maka kita menyayangi semuanya. Mudah mudahan semua ilmu dan amal kita betul ikut Rasulullah saw. Mohon istiqhfar sebab sepanjang hidup kita cara solat dan amal kita belum tentu sebetulnya ikut cara nabi.

Bab lain pastikan ikut Tauhid yang betul dan waras dalam mengkaji sunnah.

hakikatnya begitulah hendaknya asas kepada proses pendidikan yang Allah sudah patternkan sejak azali dalam Al quran. usah dilanggar KPI dan SOP ini, kerana andai kita BERANI nak ubahnya, kita dikira sudah mencabar hukum Tuhan sebenarnya. Orang nak terima atau tak kaedah sharing ilmu kita, usah kita ambil kisah. Kita ambil kisah apa kehendak Tuhan ke atas diri kita soal sampaikan ilmu mahupun menerima ilmu. Kalau semua berada di jalan yang lurus, ihdinasiratulmustaqim, takderlah dibuatnya pilihan syurga atau neraka kan..

untuk peringatan diri sendiri juga yang mudah lupa dan manfaat bersama. 

Nota : Tugas saya menyampaikan pesanan dan nasihat telah selesai bila saya kongsikan ilmu ini. Hak ilmu ada dua. Pertama beramal. Kedua menyampaikan pada orang lain. Sekarang bergantung pada diri anda pula. Sama ada nak tunaikan dua hak ilmu ini atau tidak. 

Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555 (Workbook RMR+KMR) sekarang.





Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini 


Nak ikuti Laporan harian Projek Bahtera ?

Isnin, 28 Oktober 2019

NAK BERJAYA DALAM BISNES ONLINE?

Ciri penting untuk berjaya dalam apa jua perniagaan ialah seni meyakinkan orang.

Anda mesti yakinkan orang bahawa :

  1. Produk anda wajar dengan minat mereka. Anda ada sesuatu untuk diberikan kepada mereka yang orang lain tiada.
  2. Produk anda lebih baik daripada produk-produk lain di pasaran.
  3. Produk anda sarat dengan faedah-faedah yang boleh buat memudahkan kehidupan mereka.
  4. Produk anda tidak semahal produk lain, atau sekurang-kurangnya, berbaloi dengan jumlah wang yang dilaburkan.
Apabila anda membuat perkara-perkara ini dalam bisnes anda, pasti anda beroleh kejayaan dengan lebih pantas. InsyaAllah.

Doakan kita semua berjaya 



Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555 (Workbook RMR+KMR) sekarang.







Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini 

Ada masalah hutang? baca ni dulu. Langkah nak selesai hutang cepat !


ALIF-LAM-MIM

Apa yang Allah SWT nak sampaikan mesej kepada kita sebenarnya itu..??

utk buat bekal panduan di dunia dan memastikan jalan kita nie betul..


ALIF - sifat dia lurus, tegak.

Memang lahiriah kita di alam roh sudah taat dan setia dan bersumpah dgn PERJANJIAN ALASTU,( Surah 7 Al-Araf ayat 172) 

yang dikatakan huruf ALIF itu - sifatnya kan tegak, lurus, berdiri dengan sendirinya

setuju...

Yang dikatakan Lurus itulah namanya Ihdinasiratulmustaqim...

Jalan Yang Lurus..

Jalan Yang Mengikut Fitrah..

Jalan Mengenal Asal-Usul kita...

Jalan Hidup Bertuhan....

Jalan Berdiri Dengan Sendiri....


lihat pada bayi dalam kandungan itu...mcm mana kehidupan dia dalam tu..???

Tenang ke kacau bilau hidupnya..??

Ketika dalam kandungan, itulah sebenarnya kehidupan di dalam kita yang menjadi panduan (SOP) untuk bekal kehidupan kita di luar pada yang merenung dalam diri

Surah 51 ayat 21

"Dan pada diri kamu sendiri, kenapa kamu tidak melihat dan memikirkannya"

ALIF itu 1, AHAD, ESA

menduakanNya jer jatuh syirik, kita. mudah jer...BERPALING DARIPADA ALLAH hidup kita akan sempit!

maka huru-hara lah kehidupan kita, di dunia yang sementara ini!

Surah Thaahaa ayat 123 - 124 itu, jelas dan terang Tuhan kata

"Barangsiapa ikut petunjukNya, nescaya ia tidak akan sesat dan tidak akan ditimpa celaka

Tapi barangsiapa berpaling dari peringatanKu, sesungguhnya kehidupan sempit, dan akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam keadaan buta..."



Jangan diingat manusia ja tahu cemburu ...TUHAN ITU MAHA CEMBURU

andai di hati kalian itu kalian letak benda selain ALLAH itu rumah dia, Pasai apa dahulukan benda lain, tidak dahulukan DIA

BAITULMUKMIN HAQQI ILLALLAH

Analogi :

Rumah kita, ada orang datang menumpang buat sesuka hati mak nenek dia jer tak tahu nak hormat tuan rumah

Kita marah tak..???

banyak lagi sebenarnya pasai ALIF ini, sampai subuh esok kalau nak habisan bab ALIF ini sahaja pun belum tentu habis.

dalam tu saya detailkan tentang solusi kehidupan ini. Amal Ebook RMR tu biar sebati dengan diri dulu...Nama pun Workbook Rahsia Amalan 100 Hari.. buat 100 hari cukup istiqamah tak?

LAM - sifat dia bengkok ke kiri, maksudnya sudah menyimpang dari keadaan asal, lawan sunnatullah, tauhid, iman, yakin pada Allah hilang semasa sumpah ikrar dlm perjanjian Alastu tu

MIM - sifat selepas berputar putar tu, balik lurus

Untuk jiwa kembali tenang dan selesai segala masalah, hanya satu cara sahaja iaitu KEMBALI PADA DIA, KEMBALI KEPADA JALAN YANG LURUS, IHDINASSIRATULMUSTAQIM..Manakah jalan yang dikatakan jalan yang lurus, iaitu JALAN KEMBALI KEPADA PENCIPTA, MENGENAL PENCIPTA

begitulah cebisan kupasan hakikat kehidupan insan,

Saya percaya ramai yang duk dalam dunia ini pelbagai masalah belenggu kehidupan, jiwa tidak tenang dsb.

Saya dah lalui macam2 ujian tu, dah jumpa solusi akhirnya mudah saja..KEMBALI KEPADA TUHAN DULU..ilmu Hikmah diri, kenali diri, numbering itu hanya sebagai pakaian luar utk mencantikkan apa yang di dalam tu.

Faham faham...

sahaja Aku berkongsi ilmu pagi ini kerana Allah Taala.

Nota : Tugas saya menyampaikan pesanan dan nasihat telah selesai bila saya kongsikan ilmu ini. Hak ilmu ada dua. Pertama beramal. Kedua menyampaikan pada orang lain. Sekarang bergantung pada diri anda pula. Sama ada nak tunaikan dua hak ilmu ini atau tidak. 

Semoga bermanfaat buat anda semua. Semoga semua murah rezeki duit, anak pun jadi baik, senang nak urus.

Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555 (Workbook RMR+KMR) sekarang.






Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini 


Nak ikuti Laporan harian Projek Bahtera ?






TIPS YANG WAJIB USAHAWAN ONLINE BUAT

MEH SAYA NAK SHARE..LEPAS BACA, SHARE TAU!!

  • Penuhkan friends. Cukup kan 5k. Kat mane nak cari? Add friends dekat page2 membeli belah
  • Guna gambar sendiri untuk profile. Saya tau, baby awak comel, tapi..baby tak pandai kira duit...kita kena buat marketing dulu
  • Setting kena PUBLIC. Pos lah benda positif. SHARE terus dr situ. kalau kita buat nt org jgk akan share! nak nampak naik turun post kita tu 
  • Belajar branding diri sendiri, belajar untuk sentiasa engaged dengan fb friends. Pergi like orang punya wall, comment mereka. Orang berbudi, kita berbahasa. Yea dok?
  • Wish selamat pagi & ucapan salam setiap pagi bagi yang baru meniaga online, supaya orang lain sedar kewujudan anda di fb.
  • Share something menarik dekat wall untuk menarik minat orang ramai. Jangan segan & takut untuk beriklan.
  • Jangan terlalu banyak share pasal resepi nak masak ... Percayalah. Awak tak masak pon. Klu betul2 nak masak, screen capture je,simpan.
  • Clearkan wall anda dari tagging2. Ramai bebenor orang duk tag anda, kasi clear sume tu. Delete. Setting private untuk tagging kecuali Biz circle kita sendiri 
  • sentiasa update wall sendiri. Belajar menulis, belajar bercerita walaupon sekecil2 cerita. bust contest simple2 pon.blh
  • Jangan cerita banyak sangat hal2 politik kat wall. Jangan duk sibuk2 sindir orang kat fb, orang lain sindir awak plak, awak sentap je takkk..! bila sentap semua ckp buruk org. mula masam muka...tu rezeki ssh nk masuk..last2 settopp
  • Share, Share, Share bisnes awak. Apa awak pakai, apa awak jual. 5X sehari. 20x sehari apa yg awak dpt dr biz...promote product beribu kali..jgn malas!!
  • No tagging please..! Awak ade potential utk di unfollow. Nak unfriend awak, mereka tak sampai hati. So..sape rugi?
  • selpiee la awak... awak jual ape. Kalau setiap setengah jam duk post selpiee je, orang pon naik juling. Sesekali muncul. Barulah awak nampak Exclusive. Gituwwwwwwhahaaa 
  • Join group FB. Iklan minimum 10 posting sehari.
  • Share testimoni pembeli untuk yakinkan bakal pembeli lain.
  • Buat secara berterusan semua di atas, anda pasti berjaya.
  • MALU taruk tepi. dah dapat duit malu tak??
  • Doa moga Allah mudahkan customer bank in pada anda(beli melalui anda).
  • Doa moga Allah hadirkan customer yang tak disangka2 yang ingin dibantu melalui link anda.
  • SABAR. ni yang buat orang kalah..yg kalah salu GAGAL!


TIME BEST NAK POSTING :

  • 9 pagi
  • 10 pagi
  • 12 tengah hari
  • 2 petang
  • 4 petang
  • 8 malam
  • 9 malam
  • 10 malam




TIPS lagi,

  • PALING PENTING DOAKAN ANAK BUAH KITA(TIER ANDA) SEKALI UNTUK BERJAYA,
  • bukakan pintu hati yang mana dah lemah tu, untuk kembali bangkit teruskan perjuangan dalam bisnes.
  • bukakan pintu hati orang sekeliling untuk berbisnes bersama kita!
  • bukakan pintu hati customers bantu kita mncari order..

DOA KENA DETAILS BARU KITA RASA PUAS BILA MENGADU DENGAN-NYA

Doakan kita semua berjaya



Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555 (Workbook RMR+KMR) sekarang.

Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini

Ada masalah hutang? baca ni dulu. Langkah nak selesai hutang cepat !





Tawakkal menjadi peranan untuk menarik rezeki?


Kerana dalam suatu hadis Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mengingatkan kita:

“Seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepada kalian sebagaimana burung diberi rezeki, pergi di pagi hari dalam keadaan perut kosong, (dan) pulang petang hari dalam keadaan kenyang.” (HR. An Nasai, Tirmidzi dan Ibnu Majah

Kerana itulah kenapa tawakal menjadi  perkara yang menarik rezeki. Tawakal adalah berserah diri setelah adanya usaha. Jika tanpa usaha, itu bukanlah tawakal, tapi itu adalah MALAS.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.



Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555 (Workbook RMR+KMR) sekarang.

Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini 




Nak ikuti Laporan harian Projek Bahtera ?








Ahad, 27 Oktober 2019

PERJANJIAN ALASTU

PERJANJIAN ALASTU ini adalah peristiwa awal kejadian manusia yang Allah firmankan dlam Al quran dalam bentuk perjanjian antara Tuhan dan Jiwa (Rohani), Jiwa yang baru merupakan suatu KESEDARAN, di alam ketuhanan. Peristiwa perjanjian ini sudah diinformasikan dalam surah 7 ayat 172 itu.

Itu adalah peristiwa perjanjian antara Tuhan dan Jiwa. Jiwa mengakui bahawa Allah itu Tuhan, bukan hanya diakui tapi kena disaksikan. Di sinilah bermulanya perjalanan seorang yang akan menjadi manusia di muka bumi, yang diharapkan oleh Allah untuk menjadi seorang KHALIFAH.

Ketika sperma (sifat Ar Rahman) terpancar dari tulang sulbi anak Adam, maka dipanggillah jiwa jiwa itu utk berjanji, dan setelah disempurnakan kejadian atau bentuk fiziknya maka Allah meniupkan ruhNya (jiwa yang telah berjanji tersebut). Boleh rujuk Surah 38 ayat 72 tentang Roh bukan dicipta tapi ditiupkan.

Ketika sperma terpancar tadi dari tulang sulbi anak Adam, maka ratusan juta sperma akan bersaing antara satu sama lain untuk sampai terlebih dahulu ke Ovum (sifat Ar Rahim). Di tengah jalan banyak yang mati.

Bagi yang telah berjaya meloloskan diri, hanya sebahagian kecil sahaja mereka berlumba lumba menuju ke ovum. AKHIRNYA HANYA SATU SPERMA SAHAJA YANG MENANG DAN MEMASUKI OVUM. SANG SPERMA ITULAH KITA SEMUA YANG SEDANG MEMBACA CORETAN INI.

maka alangkah malu kita yang semulajadi adalah seorang WINNER, SANG TERPILIH dari ratusan juta tetapi kemudian memilih untuk menjadi LOOSER di dunia ini.

Pada masa jiwa tadi dipisahkan dari keESAan Allah, jiwa tadi merasakan suatu yang baru, Jiwa merasa dia sudah menjadi satu entiti dan mempunyai kesedaran sendiri.

Jiwa yang dimaksudkan di sini adalah masih dalam bentuk kesedaran yang belum ada bentuk bentuk. Kerana terpisah dan mempunyai kesedaran sendiri, maka Allah memberi suatu perjanjian (ALASTU) supaya nanti jiwa kita tidak menuntut.

Kunci dari alastu adalah Jiwa (KESEDARAN) tersebut sudah mengenal siapa yang akan disembahnya di dunia nanti. Jadi kesaksian bererti bahawa Jiwa yang terpisah tadi sudah memiliki kesedaran sendiri dan dia harus MENGENAL ASALNYA..itulah sebab kita sebut DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI (innalilahi wainna illahirojiun)..selama ini kita main sebut jer, usul pangkal sebutan itu kita tidak selusuri.

Pada ayat Surah 7 ayat 172 jelas beritahu kita, pengakuan akan ketuhanan Allah atau KESEDARAN HIDUP BERTUHAN bukan hanya sekadar dibibir mulut dengan menjawab "Ya betul" tetapi dikuatkan oleh penyaksian mata "kami menjadi saksi".

Contoh, Ramai yang kata "Ya Betul" Allah WUJUD, tapi kita masih katakan masih ada keAKUan seperti Aku hebat, ini hak Aku dsb. Kalau bersaksi, di situlah akan hadir konsep REDHA DAN PASRAH..inilah dinamakan Kalimah syahadah.

Jiwa yang telah bersaksi tadi beerti Jiwa yang sudah siap siaga utk menghadapi segala mcm pancaroba di dunia, tidak boleh lalai sehingga membuatkan Jiwa itu melalaikan kesaksiannya dan gagal untuk menjadi wakil Allah di dunia. Pada hakikatnya Jiwa yang turun ke dunia itu mempunyai tugas dan amanah yang harus dipikul iaitu sebagai KHALIFAH.

Kita adalah makhluk yang paling sempurna dengan misi dan tugas yang sempurna pula, iaitu menjalankan amanah Allah sebagai khalifah di muka bumi. Untuk menjalankan amanah tersebut manusia harus kenal dengan Si Pemberi Amanah. Samalah jugek nak belajar Numbering, kena harus kenal dulu dengan Si Pencipta Numbering itu.

Manusia harus dapat mengenal kembali Tuhannya, kerana pada awalnya Allah telah memperkenalkan diriNya kepada manusia. Kemudian manusia telah membenarkan perkenalan tersebut iaitu seperti apa yang diabadikan Allah dalam Surah 7 ayat 172.

TETAPI SETELAH LAHIR KE DUNIA, KEBANYAKAN MANUSIA MELANGGAR PERJANJIAN ALASTU TADI, MENYEMBAH BUKAN LAGI KEPADA TUHAN YANG TELAH PERNAH DIA KENAL SEBELUMNYA

MANUSIA BERGANTUNG BUKAN LAGI KEPADA TUHAN TAPI KEPADA MAKHLUK, LEADER DAN SEBAGAINYA

Analogi mudah :-

Kita melanggar peraturan lalu lintas, langgar traffic light. Kan kena saman. Saman itukan masalah.

Begitulah hidup kita seharian, bila TIDAK ADA KESEDARAN HIDUP BERTUHAN, macam macam masalah akan datang, macam macam buat tak jadi, jiwa kusut tidak ada ketenangan, bergaduh sesama makhluk dan banyak lagi.

Panjang pula saya coret di sini ya, inilah adalah sebab kenapa Projek e-Rezeki.my di wujudkan. Untuk sama-sama mengajak & mengingatkan kembali jiwa yang lupa akan perjanjian dengan tuhannya(Allah)..semoga bermanfaat. KEMBALI HIDUP BERTUHAN, SELESAI MASALAH REZEKI.

HANYA YANG JIWA TENANG AKAN KEKAL DI PLATFORM INI

YANG TAK TENANG AKAN LEFT SEBAB BERLAWANAN DENGAN DALAMAN DIRI IAITU SIFAT KEAKUAN

ONLY THE STRONG WILL SURVIVE

sahaja Aku berkongsi ilmu pagi ini kerana Allah Taala.

Nota : Tugas saya menyampaikan pesanan dan nasihat telah selesai bila saya kongsikan ilmu ini. Hak ilmu ada dua. Pertama beramal. Kedua menyampaikan pada orang lain. Sekarang bergantung pada diri anda pula. Sama ada nak tunaikan dua hak ilmu ini atau tidak. 

Semoga bermanfaat buat anda semua. Semoga semua murah rezeki duit, anak pun jadi baik, senang nak urus.

Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555(Workbook RMR+KMR sekarang.




Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini 

Nak ikuti Laporan harian Projek Bahtera ?




10 NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA YANG MENJADI DASAR PENDIDIKAN ISLAM

Berdasarkan al-Qur’an surat Luqman ayat 13, 16, 17, 18, dan 19 terdapat sepuluh Nasihat Lukmanul Hakim kepada anaknya. Adapun sepuluh nasihat tersebut adalah sebagai berikut,


1. Nasihat agar Jangan Mempersekutukan Allah (Surah 31 Luqman : ayat 13)

Artinya : “Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.

Lukman berpesan kepada anaknya sebagai orang yang paling disayanginya dan paling berhak mendapat pemberian paling utama dari pengetahuannya. Oleh karena itulah, Lukman dalam nasihat pertamanya berpesan agar anaknya menyembah Allah semata, tidak mempersekutukan-Nya dengan dengan sesuatu pun seraya memperingatkan kepadanya.

2. Nasihat Agar Berbuat baik kepada kedua orang ibu bapa (Surah 31 Luqman : ayat 14)

Artinya : "Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.

ini disokong lagi dengan Surah 17 Al-Isra : ayat 23

Artinya : “Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”

3. Nasihat agar Memegang Teguh Ketauhidan dan sedar akan pengawasan Allah (Surah 31 Luqman ayat 16)

Artinya : “(Luqman berkata): “Hai anakku, Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”

Seandainya amal sekecil dzarrah (biji kecil) itu dibentengi dan ditutupi berada dalam batu besar yang membisu atau hilang dan lenyap di kawasan langit dan bumi, maka sesungguhnya Allah SWT pasti akan membalasnya. Demikianlah karena sesungguhnya Allah pasti akan membalasnya. Demikianlah karena sesungguhnya Allah, tiada sesuatu pun yang tersembunyi bagi-Nya dan tiada sebutir dzarrah pun, baik yang ada di langit maupun di bumi, terhalang dari penglihatan-Nya. Oleh sebab itulah disebutkan oleh firman-Nya, (Surah 31 Luqman : ayat 13)

Artinya : “Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”

Lathiifun, Maha Halus pengetahuan-Nya, sehingga segala sesuatu tiada yang tersembunyi betapa pun lembut dan halusnya. Khabiirun, Maha Mengetahui langkah-langkah semut sekecil apa pun yang ada di kegelapan malam yang sangat pekat.

Jamaal ‘Abdul Rahman mengutip pemaparan al-Qurthubi, diceritakan bahwa anak Lukman al-Hakim bertanya kepada ayahnya tentang sebutir biji yang jatuh ke dasar laut, apakah Allah mengetahuinya? Maka Lukman menjawabnya dengan mengulangi jawaban semula yang disebutkan dalam firman-Nya,(Surah 31 Luqman : ayat 16)

4. Nasihat Agar mendirikan Solat (Surah 31 Luqman : ayat 17)

Lukman al-Hakim terus-menerus memberikan pengarahan kepada anaknya dalam pesan selanjutnya. Kisahnya disebutkan oleh firman-Nya,

Artinya : “Hai anakku, Dirikanlah shalat….”

5. Nasihat Agar Memiliki Keberanian Memerintah kepada Kebaikan (Surah 31 Luqman : ayat 17)

Pesan Lukman al-Hakim adalah agar anaknya memiliki keberanian untuk memerintah manusia untuk berbuat baik. Firman Allah SWT,

Artinya : “…dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik….”

6. Nasihat Agar Memiliki Keberanian Mencegah Kemungkaran (Surah 31 Luqman : ayat 17)

Artinya :“…dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar….”

7. Nasihat Agar Bersabar Terhadap Musibah yang Menimpa (Surah 31 Luqman : ayat 17)

Artinya : “…dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”

8. Nasihat Agar Tidak Bersikap Sombong terhadap Orang Lain (Surah 31 Luqman : ayat 18)

Artinya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong)….”

Maksudnya di sini ialah hadapkanlah wajahmu ke arah mereka dengan penampilan yang simpatik dan menawan. Apabila orang yang paling muda di antara kita berbicara dengan kita, dengarkanlah ucapannya sampai dia menghentikan perbicaraannya. Demikianlah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

9. Nasihat Agar Tidak Angkuh dalam Menjalani Hidup (Surah 31 Luqman : ayat 18)

Artinya : “…dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Berjalan di muka bumi dengan angkuh, ialah cara berjalan dengan langkah yang angkuh dan sombong dan enggan untuk bercampur gaul dengan orang lain (disebabkan kesombongannya itu). Cara berjalan yang maupun Khalik (Allah SWT) atapun makhluk (manusia) sama-sama tidak menyukainya. Cara berjalan yang sombong adalah melambangkan akan lupa dirinya seorang hamba kepada Dzat Allah SWT (yang hanya Dia yang berhak untuk sombong).

Manusia menjalani hidup diantaranya dengan berjalan menelusuri relung-relung kehidupan setiap harinya. Lukman al-Hakim mengajarkan kepada anaknya untuk tetap tawadlu’ (rendah hati) dan tidak takabbur (sombong) diantaranya dengan menekankan agar dalam cara berjalan tidak berjalan dengan angkuh dan sombong.

10. Nasihat Agar Menyederhanakan Cara Berjalan (Surah 31 Luqman : ayat 19)

Artinya : “Dan sederhanalah kamu dalam berjalan….” (Al-Qur’an dan Terjemah Depag RI : 2005 : 412).

Maksudnya berjalanlah dengan cara jalan yang pertengahan, tidak dengan langkah yang lambat dan tidak pula dengan langkah yang terlalu cepat, namun dengan langkah yang pertengahan antara lambat dan cepat. Nasihat Lukman al-Hakim yang kesembilan ini adalah sesuai dengan salah satu sifat ‘Ibaadu’r-Rahmaan (hamba-hamba yang baik dari Tuhan yang Maha Penyayang).

Firman Allah SWT, (Surah 25 Al-Furqan : ayat 63)

Artinya : “Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”

11. Nasihat Agar Melunakkan Suara (Surah 31 Luqman : ayat 19)

Artinya : “…Dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.

Nasihat ini bukan sahaja untuk Luqman kepada anaknya pada hakikatnya, tapi juga Nasihat untuk diri Kita sendiri dan anak-anak kita berjalan menelusuri relung-relung kehidupan setiap harinya.

Moga bermanfaat buat kita semua. insan kerdil, yang selalu berbuat dosa.

Nota : Tugas saya menyampaikan pesanan dan nasihat telah selesai bila saya kongsikan ilmu ini. Hak ilmu ada dua. Pertama beramal. Kedua menyampaikan pada orang lain. Sekarang bergantung pada diri anda pula. Sama ada nak tunaikan dua hak ilmu ini atau tidak. 

Semoga bermanfaat buat anda semua. Semoga semua murah rezeki duit, anak pun jadi baik, senang nak urus.

Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555(Workbook RMR+KMR sekarang.

Klik sini >> e-Rezeki.my




Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini 

Nak ikuti Laporan harian Projek Bahtera ?






Ilmu dapat, pahala pun dapat.

Ini kelebihan pada sesiapa yang membeli ebook RAHSIA AMALAN 100 HARI DAN RAHSIA KELANCARAN MENJEMPUT REZEKI.


Wang anda akan disalurkan kepada PROJEK BAHTERA (PROJEK KEBAJIKAN)

Bagaimana ebook ini boleh membantu anda :

  1. Melaksanakan amalan yang dituntut oleh Allah secara mudah dan tersusun.
  2. Kekuatan sebenar bukan pada ebook ini, tapi pada amalan anda sejurus and abaca dan amalkan.
  3. Segala amalan dalam ebook ini adalah cara kita ambil perhatian Allah.

KEMBALI HIDUP BERTUHAN, SELESAI MASALAH REZEKI :










5 sebab anda perlu gunakan content marketing supaya bisnes bertahan lama.

Adakah marketing ini setakat buat iklan di akhbar, television, radio, fb ads?


Sebenarnya, dengan perubahan lifestyle dan gaya hidup menyeluruh seluruh dunia, marketing dah semakin meluas. Salah satu yang terkini ialah ‘content marketing’. Sebenarnya, ramai orang buat content marketing ini. Namun ianya sama ada dibuat dengan cara yang betul atau tidak. Ada juga yang masih tidak tahu apa sebenarnya content marketing.

Content marketing adalah strategi pemasaran dimana kita merencanakan, membuat, dan mendistribusikan konten yang mampu menarik audiens yang tepat sasaran, kemudian mendorong mereka menjadi pelanggan. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, content marketing ialah, satu jenis cara pemasaran secara online yang melibatkan penghasilan dan perkongsian tulisan, video, ilmu di media sosial dan blog yang tidak secara terang-terangan mahu menjual, tapi lebih kepada membina ‘engagement’ dan membina minat orang ramai kepada produk atau perniagaan anda.

Berikut merupakan 5 sebab kenapa anda perlu gunakan content marketing.

#1 Menguatkan Branding Bisnes

Dengan adanya content marketing yang berkualiti, ini akan membantu anda dalam mempromosikan bisnes anda secara memaksimum. Hal ini akan membantu untuk menarik lebih ramai pelanggan dan membuat mereka mengingat dengan baik apa yang anda promosikan pada mereka. Jika ianya dilakukan secara konsisten, pelanggan juga akan lebih mudah mengingat dan mengenal brand anda berbanding dengan brand yang lain.

Semakin banyak content yang anda hasilkan, semakin besar kemungkinan pelanggan akan melakukan pembelian. Ini kerana mereka akan semakin kenal dengan brand anda. Ini juga akan menarik lebih ramai pelanggan baru.

#2 Meningkatkan Prestasi Jualan

Dalam menjalankan bisnes secara online, anda tentu sahaja perlu merancang strategi dalam meningkatkan angka jualan anda. Dengan adanya content marketing yang padat dengan info, ini akan menjawab segala maklumat yang pelanggan ingin tahu dan ini akhirnya membuatkan mereka melakukan pembelian di website anda.

#3 Meningkatkan TRUST Pada Company

Selain itu, content marketing yang power juga penting untuk meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan terhadap sesebuah syarikat. Untuk membina bisnes secara jangka masa yang panjang, anda perlu buktikan kepakaran dalam bisnes yg anda ceburi. Apabila anda selalu berkongsi content tentang bisnes anda, secara tidak langsung akan mewujudkan trust prospek kepada anda. Oleh itu tunjukkan kepakaran anda dalam bisnes yang anda ceburi.

#4 Reach & Like Di Post Lebih Tinggi

Apabila anda selalu share content yang bermanfaat dan releven dengan bisnes anda, secara tidak langsung, anda akan dapat menarik pengikut baru kerana reach di page dan like di post anda yang lebih tinggi. Selain tu, anda akan punyai peminat(fans) anda yg tersendiri dan akan sentiasa mengikuti perkembangan dan aktiviti bisnes anda. Dengan cara ini, lebih mudah untuk close apabila anda buat sales jika anda mempunyai follower yang ramai.

#5 Nampak Anda Serius Dalam Bisnes

Dengan menghasilkan content marketing yang matang, ini juga akan menunjukkan bahawa anda betul-betul serius dalam bisnes anda. Bukan hanya setakat copy dan paste hasil orang lain tetapi dengan menghasilkan idea-idea baru yang akan mengviralkan lagi page anda. Dengan mudah anda akan dapat menambah lebih ramai orang untuk tertarik dengan jualan anda.

#6 Re-Marketing Audience

Disamping itu, content marketing ini penting untuk mengviralkan fanpage anda. Selain tu, dengan menggunakan mana-mana content yang viral dan mempunyai capaian reach yang tinggi untuk re-marketing atau re-targeting bila anda buat ads. Ianya bukan sahaja menjimatkan tapi lebih targetted.

Kesimpulannya, ini lah antara sebab-sebab content marketing diperlukan dalam bisnes anda lebih-lebih lagi jika anda mahukan bisnes yang bertahan jangka masa panjang. Oleh itu, content marketing hendaklah dibuat dengan betul supaya mendapat impak yang positif dalam bisnes anda.

Semoga bermanfaat untuk semua...