My Follower

Ahad, 31 Mac 2019

7 jenis serangga terjual di ebay yang tidak pernah anda fikirkan

Percaya ataupun tidak, terdapat beberapa penjual dari tempatan iaitu dari Malaysia telah berjaya menjual serangga di Ebay. Sudah banyak transaksi ataupun jualan yang berjaya dilakukan. Serangga ini kebiasaannya mereka ambil dari Bukit Tapah, Perak berdasarkan deskripsi mereka di Ebay.

Ada yang terjual $8 USD dan ada juga yang terjual $299 USD. Memang pelik ada juga pembeli yang sanggup membeli dengan harga yang tidak masuk akal. Mungkin bagi orang biasa tidak tahu apa nilai ataupun keunikan serangga ini, tetapi bagi mereka yang mungkin hendak buat kajian harga bukanlah satu masalah bagi mereka.

Sekarang mari kita lihat contoh serangga yang terjual dengan harga yang tidak tinggi. Harga serangga yang terjual ini kesemuanya dibawah $20 USD. Semua contoh dibawah ini telah terjual di Ebay.







Sekarang ni kita tengok bahagian yang menarik sikit. Harga jualan serangga ini dijual dari harga $69 USD sehingga $299 USD. Harga ini tidak termasuk kos penghantaran ya.



Serangga diatas terjual sebanyak $69 USD. Kos penghantaran pula dikenakan caj sebanyak $25 USD. Anda boleh kira nilainya dengan darab 4 untuk matawang USD.



Serangga diatas ni pula terjual mahal sikit dari contoh sebelum ini. Terjual $89 USD dan kos penghantaran pula sebanyak $25 USD. Ianya terjual kepada seorang pembida.




Serangga ini pula dibida sebanyak 13 kali. Pembida yang berjaya membeli serangga ini dengan harga $228.05 dan untuk kos penghantaran pula sebanyak $25 USD. 






Serangga ini pula terjual dengan nilai $299 USD. Lebih kurang RM 1,190 belum termasuk kos penghantaran.

Bukan setakat serangga, ada banyak lagi produk ataupun barang yang terjual di ebay yang mungkin tidak pernah terlintas difikiran anda. Mereka yang jual ini merupakan penjual tempatan dan menjual banyak barang yang terdapat di Malaysia. Bukannya mereka import dari China, bukannya mereka dropshipping dari China dan bukannya mereka dropshipping dari Amerika Syarikat. Mereka menjual barang tempatan dan hantar barang pun dari Malaysia juga ke luar negara. Bagi yang ingin tahu selok belok untuk menjual barang di ebay boleh dapatkan disini.

Perkara yang anda perlu tahu sebelum menjual barang bundle di luar negara

Hendak jual pakaian terpakai ataupun barang bundle memang rendah kos permulaan. Kos yang dimaksudkan adalah kos kewangan. Caranya ialah dengan pergi ke kedai bundle, cari barang yang berpotensi dan jual di market place seperti ebay, etsy dan grailed.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat kaji selidik terlebih dahulu baju bundle apa yang ada permintaan tinggi di luar negara. Dengan menggunakan advanced search ebay, anda boleh cari baju apa yang laku dan berpotensi. Hanya perlu masukkan kata kunci cloth vintage dan terpapar senarai baju ataupun barangan bundle lain yang telah terjual di ebay.




Selepas klik search akan terpapar barang yang laku. Dalam contoh ini ada baju bundle yang dijual dari Malaysia yang laku.



Untuk permulaan harga yang dapat dijual mungkin tidak sebanyak macam contoh diatas. Mungkin dapat jual dengan harga $30 USD ataupun kebawah. Ianya masih berbaloi kerana kos untuk mendapatkan baju bundle ini ada kalanya tidak sampai RM10. Yang penting kena rajin buat kajian di ebay dan cari barang di kedai bundle.

Dengan kemajuan telefon pintar, ada juga pemilik kedai bundle yang sudah tahu pasaran ataupun harga baju bundle. Kalau anda lihat ada baju yang dijual sehingga RM1,000 sehelai memang boleh dikatakan pemilik itu tengok harga di ebay. Tapi jangan risau, mereka tiada masa untuk melihat kesemua baju bundle yang mereka jual. Masih banyak baju yang mereka jual murah-murah iaitu RM5 ke RM20 boleh dijual sehingga $30 USD ke $50 USD.

Selepas sudah ada modal lebih sedikit, laburkan duit dengan membeli satu guni baju bundle. Boleh cari di Facebook dengan menggunakan kata kunci bundle. Terdapat ramai penjual bundle yang menjual guni baju bundle. Ada juga kilang yang menjual 10 helai sahaja baju dalam satu guni. Selepas ambil 10 helai baju, baju bundle yang lain pihak kilang akan ambil.




Contoh gambar diatas beli guni dari Facebook. Selepas sampai, cari baju bundle yang ada potensi untuk dijual. Yang tiada potensi akan dibiarkan sahaja. Baju lebihan ini akan diberikan kepada mereka yang mahu buat kain buruk ataupun sebagainya.

Jika baju sudah terlalu banyak, sewa pejabat hanya untuk menempatkan baju bundle ini. Bukannya untuk dijual kepada pasaran tempatan ya. Kalau dilihat ada banyak kedai bundle yang tidak dapat bertahan lama, mungkin mereka tidak tahu potensi menjual baju bundle ini ke luar negara.





Gambar diatas adalah sebahagian daripada baju dari pejabat kawan saya iaitu Tuan Fazley yang dijual ke luar negara. Selepas memilih baju yang berpotensi dan menetapkan harga, staf beliau akan mengambil gambar dan menjualnya di ebay, etsy dan grailed.

Dibawah adalah sebahagian baju bundle yang telah terjual untuk akaun Tuan Fazley. Semua transaksi ini dibeli oleh pembeli di luar negara dan terjual di market place Ebay, Etsy dan Grailed.







Bagi yang berminat untuk menjual baju bundle, Tuan Fazley ada menawarkan personal coaching dimana anda akan dibimbing dari A sampai ke Z sehingga berjaya membuat jualan malahan kerjaya baru dengan izin Allah. Macam mana nak menjual, macam mana nak cari supplier, macam mana nak hantar barang semuanya akan diajar. Ianya merupakan jalan pintas untuk memulakan perniagaan bundle di luar negara. Untuk menempah slot personal coaching boleh layari exportmudah.com.

Isnin, 18 Mac 2019

Orang kita memang power bab-bab menjual ni.

Ramai orang kita minat dengan berniaga tapi salah buat iklan dekat Facebook sendiri!

Orang kita memang power bab-bab menjual ni. Kalau bagi batu pun kompem dia boleh jual tapi bila jual kat Facebook sendiri dia jadi pelik kenapa tak ada orang nak komen ke, nak like ke..

Sebab apa? Hardsell dan dan direct sales.

Hardsell ni bukan macam hardisk. Maksudnya, kita post terus jual barang kita. Memang la tak ada yang nak beli atau tanya.

Facebook ni tempat bersosial dan berkomunikasi. So ayat dan cerita tu penting. Tak tau nak buat cerita menjual macam mana?

Guna je lah 176 Template Copywriting The Story Selling ni. Mudah giler kerja. Hanya copy, edit produk kita dan paste kat wall Facebook!

Perghh! Merecik hawauu..

Macam mana Template tu? Tengok sini





Good Grammar Guide






Khamis, 14 Mac 2019

Kenapa Kena Guna Cerita?

copywriting vs storytelling

"Apa perbezaan dua ni?"

"Bila sesuai nak guna?"

First of all, fahamkan fungsinya dulu.

Copywriting ialah seni penulisan untuk membuatkan orang membeli produk, sama ada secara lembut (softsell) atau secara direct (hard sell)

Storytelling ialah salah satu jenis copywriting, penulisan dalam bentuk penceritaan untuk buat orang membeli produk tanpa menjual secara direct (hard sell)

Dua teknik penulisan ni dah lama wujud, tetapi dipopularkan melalui kelas dan seminar. Persoalan sebenar ialah, yang mana satu boleh buat sales lebih banyak?

MY POINT OF VIEW

Storytelling yang ditulis dengan betul dan tepat akan menjadikannya viral, dikongsi oleh ramai orang. Dari situ, lebih ramai akan tahu mengenai produk anda. 

Copywriting ni orang susah nak share kerana ia berfokus kepada produk yang dijual.

Storytelling berfokus kepada jalan cerita, produk hanya selingan. Jadi fokus belajar mantapkan penulisan storytelling, cuba dan cuba. Penulisan cerita bukan suatu yang mudah, apatah lagi nak kaitkan dengan produk, phewww. Sangat mencabar!

Kalau anda nak belajar buat storytelling dengan cara yang betul, format yang tersusun dan sangat mudah, boleh belajar dari storyteller hebat ni. Serius, dia ni memang power.




Rabu, 6 Mac 2019

Berita Terbaru Fesbuk?

Berita terbaru datang dari Fesbuk.. 

Facebook dah update satu lagi policy yg mungkin lepas ni akan menyebabkan ramai pengiklan sakit kepala..

Policy baru tersebut adalah tak boleh “ask direct question” atau “make assumption about user’s personal attribute”..

Policy ini bermaksud, lepas ni anda dah tak boleh gunakan ayat dalam bentuk soalan dgn niat sengaja nak tapis minat audience. Lagi-lagi iklan headline copywriting.. kalau anda biasa nampak iklan yg ada headline macam ni ;

“Anda ada masalah rabun yg menggangu prestasi untuk belajar?”

“Suka makan coklat, tapi susah nak cari yang murah-murah?”

Nampak tak.. kan ayatnya macam nak tapis targeted prospek..Lepasni ayat2 mcm ni kena hati-hati kalau nak guna. Besar kemungkinan iklan anda akan disapproved.

Namun...

Ada satu sisi lain lagi yg saya suka nak kupas tentang masalah ini adalah ;

“Kenapa Facebook boleh sesuka hati update policy & apa kesannya kepada kita?”

Anda kena faham, Facebook mempunyai jutaan #DATABASE pengguna di seluruh dunia. Sebab tu Facebook sentiasa keluar dgn policy2 terbaru utk menjaga database pengguna nya.

Dan kita sebagai peniaga yg sekadar “menumpang”, kemudian terpaksa “membayar” semata-mata utk sampaikan iklan kita kepada database mereka, kenalah akur dgn sebarang peraturan yg ditetapkan..

Makin lama makin mencabar bukan?

Sebab tu lah ... sebagai peniaga online, kita kena ada - WAJIB ada database kita sendiri, yang disimpan dalam sistem autoresponder kita.,

Kalau fesbuk kita nak retargeting kena keluar kos, bayangkan kalau kita ada sejumlah database yang besar, kita tak perlu keluarkan kos 1 sen pun untuk promosi produk kita berkali-kali.

Antara Kelebihan Memiliki Databse

  1. Anda boleh tanya apa sahaja yg anda nak kepada senarai database anda
  2. Tak perlu bayar @ keluarkan kos berkali-kali untuk semata-mata utk hubungi database anda tentang promosi atau apa jua jualan yg anda nak buat
  3. Dah tak perlu risau @ pening kepala dgn masalah policy2 baru yg menyukarkan anda utk beriklan dan sebagainya

Haa.. macam mana?

Dah nampak & dah sedar kepentingan mempunyai database sendiri dalam bisnes?

Ingat, database ini sangat bernilai dalam satu-satu bisnes!

Database adalah ASET kita.

Tak kiralah walau kita buat iklan guna fesbuk ke, google ads ke, youtube ads ke, free organic ke, manual pos ke, what everlah... mesti tarik dan simpan database prospek..






Selasa, 5 Mac 2019

Khas Untuk Anda Yang Berniaga Dan Buat Iklan Di Facebook

Perasan tak yang sekarang ni ramai yang mengeluh bila buat iklan reach makin teruk lah, iklan kurang dapt sambutan lah..

Perasan tak?

Agak-agak kenapa ye jadi macam tu?

Okay, salah satu sebabnya adalah pengguna di media social ( Facebook ) sendiri dah tepu tengok iklan.

Mereka yang lali, dah jemu tengok iklan sana-sini. Asal bukak ke, bertepek-tepek iklan keluar. Semua gambar produk, video yang keluar. Iklan pula semua direct nak menjual je...

Tapi kan, sebenarnya ada satu jenis bentuk iklan yang tak nampak macam iklan tapi sebenarnya iklan... 

haa.. pening baca...dan bentuk macam ni orang suka baca, dan silap-silap senang diorg nak viralkan ( share )

Bentuk macam mana tu?

Pernah dengar STORYSELLING?

Satu post yang berbentuk macam cerita tapi secara tak sedar sebenarnya ada selit iklan..Nak mudah faham macam ni...

Pernah tengok iklan-iklan dari Thailand tak?

Kadang-kadang kita tengok iklan dia macam cerita pendek kan, tapi last-last rupanya dia promote produk..

Lagi best kita sendiri pun tak sedar sampai habis cerita dia tu baru sedar dia nak produk produk tu sebenarnya..

Ha..

Lebih kurang macam tu lah... tapi yang mana reti buat video tu memang best..Tapi kalau yang tak reti buat video? 

Kita boleh buat post berbentuk macam tu..

Post bentuk cerita, paling best kisah-kisah masyarakat ( kalau perasan Iklan Thailand memang suka buat kisah macam ni ) yang berkait dengan manusia..

Ye lah, orang kita kan suka bergossip...Lepas tu hujung baru selit letak iklan...

Macam mana?

dapat idea?

Kalau nak dapatkan idea lebih lagi, meh saya nak share dekat mana anda boleh dapatkan sampai 176 Template Copywrting StoryTelling ni..




Ahad, 3 Mac 2019

5 Teknik Menulis Copywriting Yang Menjual

Kali ni saya nak share tips mengenai copywriting pula. Sebab saya lihat ramai agen dropship masih lemah dalam bab copywriting ni.


Walaupun apa saja teknik atau style copywriting yang anda guna, hasilnya anda perlu menulis copywriting yang menjual!

5 Tips Menulis Copywriting Yang Menjual

Tips ni memang dah diuji dan proven meningkatkan jualan ramai penjual.. 

  1. Headline Beremosi - Amat penting menulis headline yang beremosi agar prospek rasa nak tahu lebih lagi, seterusnya buatkan mereka tak sabar nak beli dari anda.
  2. Info / Subline Yang Relevan - Ia perlu relevan dan berkait dengan headline tadi agar pembaca lebih jelas apa yang kita nak sampaikan.
  3. Isi Ringkas Tapi Padat - Kenalah pandai olah dan susun teks copywriting anda agar pembaca baca setiap butir tulisan kita hingga ke titik terakhir
  4. Tekankan Kelebihan atau USP - Kena tahu apa USP anda atau produk dan tekankan USP itu agar ia nampak memang unik dan menggoda :)
  5. CTA Kena Tepat - Apa yang anda nak pembaca buat  selepas baca copywriting anda? CTA perlu jelas dan mudah difahami agar mereka bertindak ikut apa yang kita inginkan..

Membantu tak?

Sebenarnya dalam banyak-banyak  copywriting saya dah buat, teknik bercerita @ storytelling lah yang paling-paling berkesan. Orang suka baca dan dengar cerita kan?

Tapi teknik yang satu ni lebih power!

Tapi tak semua orang pandai nak buat cerita kan? Pening woo...

Tapi kan, sekarang dah ada cara yang lebih mudah kalau tak pandai nak buat cerita... guna je template yang dah sedia ada ni 

Mudah je, just copy.. edit yang mana perlu dan paste saja di mana platform yang kita guna. Tak perlu pening dah!

Boleh tengok jugak 40++ contoh real copywriting story selling yang penulis hasilkan selama ni. Respon pun ok..