My Follower

Ahad, 23 Disember 2018

Gagal itu biasa. Sanggupkah kita bangkit?

Dalam hidup ni, saya pasti ramai yang pernah gagal.


Thomas Alva Edison pun berpegang kepada falsafah gagal 10,000 kali gagal sekalipun, bukannya masalah untuk bangkit ...... sebelum akhirnya beliau berjaya mencipta lampu pertama di dunia.

Begitu juga pengasas Walt Disney yang pernah dikata sebagai orang paling tidak bijak dalam kelasnya ...... malah pernah tidak mampu membayar sewa bulanan sehingga terpaksa makan makanan haiwan. Oh! Lihatlah bagaimana Walt Disney sekarang. Berjaya menjadi antara perniagaan yang paling kreatif dan berjaya di dunia.

Tengok sajalah filem Frozen yang jadi gilaan anak-anak perempuan. Filem Frozen ini saja sudah cecah lebih USD 1 billion!

Kuncinya -> "Jangan mengalah selagi hidup".

GAGAL 10 KALI, BANGKIT LAH KALI KE-11

Mungkin ada di antara kita yang sudah buat macam-macam perniagaan dan pelaburan...... kemudiannya jatuh tersungkur.

Saya tumpang simpati atas apa yang berlaku. Sebabnya saya sendiri pun pernah gagal. Tapi, jangan difikirkan sangat atas kegagalan kita sebelum ni. Yang penting adalah semangat & kemahuan untuk berjaya.

Kalau dah gagal 10 kali, bangkitlah 11 kali. Pasti akan ada jalan menemui kejayaan.

'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.'

Saya faham mungkin ada yang akan kata, "Cakap senanglah. Nak buat tu yang payah."

Tapi jika terlalu ikut perasaan, nanti kita juga yang rugi. Terlalu dengar sangat kata orang lain, nanti kita juga yang terus tidak berjaya.

Kita buat ni untuk keluarga kita juga. Ubahlah ekonomi keluarga kepada lebih baik dan selesa.




Tiada ulasan: