My Follower

Isnin, 24 Disember 2018

KUEY TEOW KICAP



Bahan-Bahan
  • Kuey Teow kecik 1 paket
  • Ayam 1/2 ekor
  • Fish ball
  • Udang 5 ekor
  • Daun kucai
  • Taugeh
  • Bawang putih goreng
  • Minyak bawang putih
  • Kiub pati Ayam
  • Gula perang
  • Garam
  • Halia 2 inci (ketuk)
  • Bawang putih 3 biji (ketuk)

Bahan Kuah Kicap
  • Sos tiram 1sb
  • Kicap pekat manis 2sb
  • Minyak bijan 2sb
  • Minyak zaitun 2sb
  • Lada sulah 1sk
  • Gula perang 1sb
  • kiub pati ayam 1

Cara Menyediakan
  1. Campur semua bahan kuah kicap, masak hingga mendidih..taruk air sikit.. taruk minyak bawang putih dgn bawang putih tu sekali..kacau2...Letak tepi dulu..
  2. Bawang putih 6 biji..cincang2 pastu goreng hingga kekuningan.,angkat dgn minyak2 sekali..letak tepi dulu
  3. Bawang putih 4 biji..hiris nipis2.,goreng hingga kuning..angkat.. letak tepi dulu.
  4. Rebus Ayam sampai ayam empuk..pastu baru taruk udang dan fish ball, Halia, bawang putih..daun kucai, kiub pati ayam, gula garamsecukup rasa..minyak bijan..kuah lebihkan sikit k..rasa dulu apa yg kurang k.
  5. Ambik ayam rebusan tadi..siat2 isi ayam, keluarkan udang..
  6. Taruk kuey teow dalam mangkuk..curahkan kuah kicap..hiaskan isi ayam, udang, taugeh, bawang putih goreng, minyak bawang putih.
  7. Hidangkan bersama kuah sup..siap





Tiada ulasan: