My Follower

Sabtu, 15 Disember 2018

LAKSA SARAWAK





Bahan-bahan
  • Meehoon (celur)
  • Pes sarawak 5sb
  • Kuib pati ayam 2
  • Santan pekat 3sb
  • Sos tiram 3sb
  • Gula/garam secukup rasa

Bahan Hiasan
  • Udang 8 ekor 
  • Isi daging ayam
  • Telor dadar (hiris nipis)
  • Daun ketumbar (hiris)
  • Limau kasturi
  • Taugeh

Cara Penyediaan
  1. Rebus air dalam 2 mangkuk sederhana, taruk ayam..rebus sampai empuk..angkat, siap2 daging ayam..pastu masukkan udang..rebus kejap..angkat..
  2. Air rebusan jangan buang..terus masukkan pes sarawak, santan, sos tiram, kiub , rebus sampai mesra..tambah perasa apa yg kurang..
  3. Curahkan diatas meehoon dan hiasakan dengan bahan hiasan..sedia dihidangkan.

SAMBAL BELACAN
Bahan
  • Cili merah 8 tangkai
  • Cili padi 4 tangkai
  • Belacan 3 inci
  • Minyak 1 cawan

Caranya
  1. Blender semua bahan dengan minyak..pastu terus tumis sampai pecah minyak..taruk gula sikit..siap

PES LAKSA SARAWAK
Bahan Kisar
  • Cili kering 12 tangkai (rebus dulu)
  • Bawang besar 3 biji
  • Bawang putih 5 biji
  • Halia 2 inci
  • Lengkuas 1 inci
  • Serai 2 batang
  • Belacan 1 inci
  • Serbuk jintan manis 3sb
  • Serbuk ketumbar 3sb
  • Udang 4 ekor (buang kulit)
  • Kacang tanah 4sb (sangai)

(...kisar semua sampai halus...)


Bahan Perasa
  • Gula melaka/Nise secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak..Tumis bahan sampai betul2 pecah minyak..masak dalam 20 30 minit.. dah siap.. sejukkan.

Selamat mencuba!!







Tiada ulasan: