My Follower

Jumaat, 7 Disember 2018

MEE BANDUNG MUAR






Bahan-bahan
  • Mee kuning 1 paket (celur)
  • Daging 300g 
  • Telor 2 biji
  • Sawi (sikit je)
  • Kobis (sikit je)
  • Tomato 1 biji (belah 4)
  • Sos cili 3sb
  • Kiub pati ayam 2
  • Kacang tumbuk 3sb
  • Gula Garam secukup rasa
  • Bawang goreng
  • Daun sup/bawang


Bahan Kisar
  • Cili kering 10 tangkai
  • Cili padi 3 tangkai
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 5 biji
  • Halia 1 inci
  • Udang kering 3sb 

Cara Penyediaan

  1. Rebus daging sampai empuk, pastu hiris daging..Air rebusan jangan buang, buat utk kuah.
  2. Panaskan minyak dekat periuk, pastu tumis bahan kisar sampai wangi..masukkan kiub pati ayam, sos cili...
  3. Masukkan Air rebusan daging..dan tambahlah air biasa klu kurang. masukkan gula garam cukup rasa.
  4. Bila dah mendidih masukkan sawi, kobis, tomato dan kacang tumbuk.. kuah jgn cair.. pekat sikit k
  5. Kalau suka telur..taruklah telur.. jgn kacau2 telur tu..
  6. Sedia dihidangkan bersama mee.. taburkan bawang goreng..daun sup dan daun bawang.. Siap!!







Tiada ulasan: