My Follower

Isnin, 3 Disember 2018

MEE REBUS



Bahan-bahan
  • Mee Kuning 1 paket (celur)
  • Daging 1 mangkuk kecil (hiris halus)
  • Keledek 5 biji (rebus/blend)
  • Bunga lawang 2 kuntum
  • Kayu manis 1 batang
  • Buah pelaga 5 biji
  • Kiub pat ayam 2
  • Serbuk kari 1sb
  • Gula melaka
  • Garam

Bahan Kisar
  • Cili kering 15 tangkai
  • Bawang merah 5 biji
  • Bawang putih 3 biji
  • Belacan 1 inci
  • Udang kering 2sb

Bahan Hiasan
  • Telor rebus
  • Tauhu goreng
  • Taugeh
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Lada hijau/ merah
  • Limau kasturi

Cara Penyediaan
  1. Rebus daging sampai empuk..letak tepi dulu..Pastu rebus keledek..kisar letak tepi dulu..
  2. Panaskan minyak..Tumis b.lawang, kayu manis dan pelaga.. pastu masukkan bahan kisar..tumis sampai wangi
  3. Masukkan serbuk kari..tumis 1 minit..pastu masukkan keledek dan daging.. taruk air (agak2)...
  4. Masukkan kiub pati ayam..gula garam, masak sampai kuah mendidih.
  5. Kuah dah masak hidangkan bersama mee kuning.. dan hiaskan dgn bahan hiasan.. siap








Tiada ulasan: