My Follower

Sabtu, 8 Disember 2018

MEE SOTO



(untuk 10 orang)



BAHAN
  • Mee kuning 5 paket (celur)
  • Taugeh
  • Daun sup
  • Daun Bawang
  • Kacang goreng
  • Bawang goreng
  • Isi Ayam

BAHAN KISAR (basah)
  • Bawang merah 8 biji
  • Bawang putih 4 biji
  • Halia 2 inci

BAHAN KISAR (kering)
  • Jintan putih 1sb
  • Jintan manis 1sb
(sangai/blend)

BAHAN LAIN
  • Santan pekat 3sb
  • Gula melaka (agak2)
  • Kiub pati ayam
  • Kayu manis 2
  • Bunga lawang 5 kuntum
  • Buah pelaga 6 biji

CARA
  1. Potong ayam ikut suka..atie potong kecik2..hiris semua bagan hiasan letak tepi dulu..
  2. Panaskan minyak.. tumis kayu manis,  cengkih, bunga lawang, buah pelaga
  3. Masukkan bahan kisar basah.. tumis hingga wangi..masukkan bahan kisar kering.. masukkan Air (agak2)
  4. Bila air mendidih masukkan ayam, santan, gula garam, kiub pati ayam.
  5. Bila ayam dah empuk angkat toskan, pastu goreng ayam tu.. bila sejuk siat2 isi ayam,. untuk hiasan .
  6. Tambah la apa yg patut pada kuah soto ikut citara sendiri.. boleh la dihidangkan dan hiaskan..
  7. Makan bersama bergedil dan sambal kicap.. okey siap





Tiada ulasan: