My Follower

Sabtu, 9 Februari 2019

Rahsia beli Porsche dengan percuma...

Anda pernah buat kesilapan ini?


Anda membeli kereta baru, rumah baru atau TV LED 50 inci baru dan menggunakan duit gaji anda untuk membayarnya?

Jika YA, anda telah membuat kesilapan besar... Tetapi jangan risau, kerana hampir 95% orang lain juga membuat perkara yang sama... termasuk saya! :-)

Saya ingin katakan apa yang biasa anda lakukan bukanlah taktik para jutawan. Jutawan menggunakan satu taktik yang cukup licik untuk membeli apa sahaja yang mereka mahukan ...secara PERCUMA. Huh?

Saya telah menggunakan teknik rahsia ini setelah saya membaca buku bestseller, Robert Koyasaki "Rich Dad Poor Dad".

Dalam buku tersebut Robert menceritakan satu hari seorang broker kereta menelefon dan berkata yang kereta idaman beliau, Porsche edisi terbaru baru sahaja tiba dan mengajak beliau melihatnya. Robert yang memang mengidamkan kereta Porsche terpegun melihatnya dan tanpa berfikir dua kali terus membeli kereta Porsche ini secara hutang.

Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama 5 tahun. Ya, beliau sudah pun menjadi jutawan tetapi tetap mahu berhutang! Macam mana tu... ok, biar saya terangkan. Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama 5 tahun. Kemudian apa yang beliau lakukan ialah mencari satu projek hartanah dan menyewakannya.

Duit sewa dari projek hartanah tersebut digunakan untuk membayar sewa bulanan kereta Porsche. Secara logiknya, bukankah beliau membeli kereta ini secara percuma?

Dan baru-baru ini saya berminat dengan satu laptop HP. Sebelum ini saya menggunakan desktop HP tetapi anak saya, Allyssa asyik membebel hendakkan komputer untuk bermain games. Jadi apa yang saya lakukan ialah saya menulis satu email ringkas dalam masa 10 minit dan hantarkan kepada list saya.

Dalam masa seminggu, saya lihat RM3200 dalam akaun bank dan tanpa membuang masa saya terus membeli laptop baru.

Konsep jutawan yang ingin saya jelaskan disini ialah jika anda mahu membeli sesuatu yang mahal harganya, anda perlu memikirkan satu cara untuk membayar ansuran bulanan tanpa perlu mengeluarkan duit kocek anda sendiri.

Ingat duit yang masuk kekocek anda ialah aset, dan duit yang keluar dari kocek anda ialah hutang! Jika anda pelik mengapa anda masih lagi tidak hidup senang, inilah punca sebenarnya. Bukannya gaji anda kecik, anda sudah 10 tahun tak promote, boss anda kedekut, isteri anda habiskan duit anda atau apa juga alasannya.

Sebenarnya punca mengapa sesorang tidak hidup senang ialah mereka menggunakan duit gaji setiap bulan untuk membayar kereta, minyak kereta, rumah, bil astro, susu anak.. semuanya. Sebab itulah setiap hujung bulan akaun bank anda semakin berkurangan. :-( Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Cari punca pendapatan baru! Jangan hanya bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja. Jika satu punca pendapatan bermasalah, anda mempunyai cabang duit lain yang boleh membantu. Banyak punca pendapatan yang boleh anda fikirkan. Antaranya ialah internet, gayapos, mlm (meniaga larut malam?), ejen insuran, pasar malam dan banyak lagi yang boleh anda fikirkan. Cari sesuatu yang sesuai dengan jiwa anda dan impian hidup anda.





Tiada ulasan: