My Follower

Ahad, 3 Mac 2019

5 Teknik Menulis Copywriting Yang Menjual

Kali ni saya nak share tips mengenai copywriting pula. Sebab saya lihat ramai agen dropship masih lemah dalam bab copywriting ni.


Walaupun apa saja teknik atau style copywriting yang anda guna, hasilnya anda perlu menulis copywriting yang menjual!

5 Tips Menulis Copywriting Yang Menjual

Tips ni memang dah diuji dan proven meningkatkan jualan ramai penjual.. 

  1. Headline Beremosi - Amat penting menulis headline yang beremosi agar prospek rasa nak tahu lebih lagi, seterusnya buatkan mereka tak sabar nak beli dari anda.
  2. Info / Subline Yang Relevan - Ia perlu relevan dan berkait dengan headline tadi agar pembaca lebih jelas apa yang kita nak sampaikan.
  3. Isi Ringkas Tapi Padat - Kenalah pandai olah dan susun teks copywriting anda agar pembaca baca setiap butir tulisan kita hingga ke titik terakhir
  4. Tekankan Kelebihan atau USP - Kena tahu apa USP anda atau produk dan tekankan USP itu agar ia nampak memang unik dan menggoda :)
  5. CTA Kena Tepat - Apa yang anda nak pembaca buat  selepas baca copywriting anda? CTA perlu jelas dan mudah difahami agar mereka bertindak ikut apa yang kita inginkan..

Membantu tak?

Sebenarnya dalam banyak-banyak  copywriting saya dah buat, teknik bercerita @ storytelling lah yang paling-paling berkesan. Orang suka baca dan dengar cerita kan?

Tapi teknik yang satu ni lebih power!

Tapi tak semua orang pandai nak buat cerita kan? Pening woo...

Tapi kan, sekarang dah ada cara yang lebih mudah kalau tak pandai nak buat cerita... guna je template yang dah sedia ada ni 

Mudah je, just copy.. edit yang mana perlu dan paste saja di mana platform yang kita guna. Tak perlu pening dah!

Boleh tengok jugak 40++ contoh real copywriting story selling yang penulis hasilkan selama ni. Respon pun ok..





Tiada ulasan: