My Follower

Rabu, 22 Mei 2019

Contoh aktiviti manipulasi cukai perniagaan dan LHDN.

Percubaan manipulasi cukai perniagaan.


Apa sahaja industri, bidang, pekerjaan dan sebagainya, ada sahaja idea-idea untuk memanipulasi sistem sedia ada.

Cukai perniagaan juga tidak terkecuali.

Apakah contoh-contoh idea yang sering digunakan oleh pemilik perniagaaan, apabila melibatkan taktik-taktik memanipulasi cukai?

Contoh aktiviti manipulasi cukai perniagaan.

Menurut Puan Ainon Mohd (Pengerusi syarikat PTS), satu daripada teknik manipulasi cukai perniagaan adalah menunjukkan syarikat kita rugi.


Antara aktiviti yang sering digunakan adalah:
  1. Mengeluarkan duit syarikat dalam pelbagai bentuk perbelanjaan.
  2. Beli segala macam barang dan perkhidmatan, kemudian gunakan bil dan resit untuk claim balik daripada duit bisnes.
  3. Contoh: Pergi melancong ke luar negara bersama keluarga. Kemudian gunakan bil, resit dan segala perbelanjaan dan claim semula pada syarikat.


Perbuatan ini mungkin nampak selamat dan masuk akal. Namun apabila pegawai LHDN datang ke pejabat dan menyemak akaun transaksi bisnes, mereka boleh kesan taktik-taktik manipulasi tipikal.

Apabila terkantoi, akan dikenakan tindakan denda atau penalti.







Tiada ulasan: