My Follower

Jumaat, 31 Mei 2019

KEK GULA HANGUS








Bahan
Tepung gandum 1 cawan
Gula pasir 1 1/2 cawan
Butter 125g
1/4 Susu pekat manis
Telor gred A 4 biji
Serbuk koko 1sk
Esen vanilla 1sk
soda bikarbonat 2sk
1 cawan Air panas

Cara Penyediaan
  1. cairkan dulu gula buat gula hangus, jangan kacau biarkan gula tu cair , dah cair bubuh air panas 1 cawan. bubuh sikit2, kacau perlahan2, masukkan serbuk koko,pastu sejukkan dulu..
  2. dalam bekas yang lain cairkan butter.. pastu sejukkan dulu..Bila gula dan butter dah sejuk, baru sediakan bahan yang lain.
  3. Pecahkan telor kacau2 sebati..Jangan pukul telor tu..kacau2 je dengan whisk
  4. Pastu masukkan susu pekat kacau2 pelahan2..bila dah rata masukkan esen vanila dan butter cair..
  5. pastu masukkan tepung dan soda bikabornat..ayakkan dua2 bahan nii. kacau2 hingga adunan sebati.
  6. Akhir sekali masukkan gula hangus dan gaul2 hingga rata..Dan tuangkan kedalam loyang..sebelum tu loyang alaskan dulu dgn parchment paper.
  7. Perap 3 jam..selepas 3 jam boleh la dibakar sampai masak..






Tiada ulasan: