My Follower

Khamis, 30 Mei 2019

Kelebihan software Vidclassio Xpress

Video sangat berguna untuk kempen marketing. Sejak tahun 2012, video memainkan peranan penting untuk membuatkan prospek membuat keputusan membeli suatu produk. Menurut statistik, 80% pelanggan menyatakan mereka membeli produk atas bantuan video. 

Walaupun berlaku peningkatan yang tinggi dalam penggunaan video sebagai alat marketing, namun tidak ramai yang tahu cara untuk hasilkan video. Ironik kan?

Artikel ini ialah artikel berkenaan satu aplikasi online yang digunakan untuk menghasilkan video bertaraf hollywood, tetapi sangat mudah digunakan iaitu Vidclassio Xpress. 

Berikut ialah 5 kelebihan software penghasilan video Vidclassio Xpress.

Vidclassio Xpress sudah dilancarkan di Malaysia sekitar bulan April 2019 dan mendapat respon positif dari peniaga online yang menggunakan medium video dalam kempen pemasaran mereka. Vidclassio dicipta untuk memudahkan proses penghasilan video tanpa perlu kemahiran IT yang tinggi.

#1 Hanya 3 Langkah Mudah

Jika penghasilan video secara tradisional memerlukan kemahiran IT yang tinggi berserta penggunaan software video yang sukar digunakan seperti Sony Vegas, Camtasia, Filmora dan sebagainya. 

Namun Vidclassio Xpress sangat berbeza. Pengguna boleh menghasilkan video berdurasi 10 saat hingga 2 minit dengan 3 langkah mudah sahaja. Too good to be true?

Ianya memang mudah seperti yang anda gambarkan. Hanya perlu pilih template, edit dan render. Dalam masa beberapa minit sahaja video tersebut sudah boleh dimuat turun dari dalam dashboard Vidclassio Xpress.

Lihat video demo berikut untuk melihat betapa mudahnya penghasilan video professional menggunakan sistem ini.






#2 Template Yang Banyak & Pelbagai

Vidclassion Xpress adalah satu-satunya software video editor online Malaysia yang memberikan ratusan template dalam pelbagai kategori. Antara kategori yang disediakan ialah video explainer, video logo intro, logo outro, video promo, video fashion dan sebagainya. 

Setiap kategori boleh digunakan dalam apa jua jenis bisnes dan produk. Anda boleh edit template tersebut dengan menukar ayat dan gambar. Kemudian render dan download selepas siap.

Template yang banyak akan memberikan anda lebih banyak pilihan dan kepelbagaian dalam kempen pemasaran anda. Iklan akan dapat lebih banyak tontonan jika anda pelbagaikan video berbanding video statik yang tidak berubah sejak beberapa tahun sebelumnya.

#3 Cloud Based Software

Perkara paling menarik mengenai Vidclassio Xpress ialah ianya sistem ini tidak perlu dipasang atau install di laptop anda seperti software video editor yang lain. Anda hanya perlu login menggunakan ID yang diberikan dan boleh mula hasilkan video anda.

Vidclassio menggunakan sistem cloud based yang popular dan menjadi pilihan kebanyakan penyedia sistem kerana ianya memudahkan pengguna. Vidclassio boleh digunakan di telefon dan tablet anda sahaja, asalkan ianya bersambung dengan capaian internet.

Anda boleh login vidclassio di mana-mana sahaja anda berada. Walaupun anda dalam perjalanan yang panjang dan jauh, anda boleh login ke dalam sistem ketika berada di dalam kenderaan.

Semuanya lebih mudah dengan sistem cloud based seperti Vidclassio Xpress. 

#4 Hak Komersial

Kenapa perlu buat video untuk diri sendiri jika anda boleh hasilkan pendapatan menggunakan sistem Vidclassio Xpress?

Setiap akses yang diberikan kepada pengguna adalah termasuk sekali dengan lesen komersial. Lesen ini membolehkan anda menghasilkan video dan menjualnya kepada orang lain (pelanggan). Malah anda boleh menubuhkan satu syarikat khas untuk servis penghasilan video sahaja.

Video logo intro dianggarkan berharga usd5-20 setiap satu jika anda upah di platform popular seperti fiverr dan toptal. Anda juga boleh mendapat upah seperti itu dengan menghasilkan video di dalam sistem Vidclassio Xpress.

Anda boleh ambil upah Rm100-150 untuk satu set logo intro, atau boleh caj lebih mahal untuk video yang panjang seperti video promo dan explainer. Anggaran harga untuk video berdurasi lebih 30 saat ialah Rm300-400. 

Kebanyakan software video tidak disertakan dengan lesen komersial dan ia membataskan kreativiti dan peluang pendapatan anda. Hanya vidclassio Xpress yang menyediakan lesen komersial walaupun anda hanya melanggan sistem ini dengan harga terendah yang dinyatakan di laman web.

#5 Template Tambahan Bulanan

Anda tidak akan kebosanan dengan template yang disediakan kerana template akan ditambah dari semasa ke semasa. Setiap bulan anda boleh menikmati template yang baharu tanpa sebarang caj tambahan.

Anda boleh hantar video baru setiap bulan kepada pelanggan dan kenakan caj bulanan kepada mereka untuk setiap video tersebut. 

Template baru akan dimasukkan terus ke dalam dashboard anda. Anda boleh terus login dan semak template tersebut di setiap kategori. 

Menarik kan?

6# Image Editor

Ini merupakan salah satu fungsi tambahan dalam Vidclassio Xpress yang sangat berguna untuk menghasilkan video. 

Jika anda nak edit suatu imej yang akan digunakan dalam video, anda boleh terus edit gambar tersebut di dalam dashboard sistem ini. Sangat memudahkan kerja anda dalam pelbagai aspek.

Tak perlu lagi guna software lain seperti photoshop & coral draw untuk edit gambar. Hanya dalam satu login yang sama, anda boleh edit gambar dan masukkan gambar tersebut terus ke dalam video.

Antara fungsi yang ada dalam image editor Vidclassio Xpress ialah potong gambar, pusing gambar, ubah saiz dan tukar warna. Kemudian anda juga boleh letak filter & perkataan pada gambar. Fungsi asas ini sudah mencukupi untuk anda dapatkan hasil yang menarik.

#7 Integrasi Pixabay Untuk Gambar Stok

Satu lagi fungsi menarik dalam Vidclassio Xpress ialah anda boleh dapatkan gambar stok (stock photo) dari pixabay terus dari dalam dashboard ketika anda menghasilkan video. Anda hanya perlu pilih sumber gambar sama ada mahu muat naik gambar sendiri atau dari pixabay.

Kemudian anda boleh buat carian mengikut keyword gambar yang anda mahu. Pixabay akan menyenaraikan gambar yang bersesuaian dengan keyword dan anda boleh pilih terus untuk diletakkan dalam video.

Sangat mudah, tak perlu lagi masuk ke laman web stock photo untuk mendapatkan gambar yang cantik. Semua boleh dapat dari dalam dashboard Vidclassio Xpress.

Akhir kata 

Anda boleh gunakan apa jua software untuk edit video secara online tetapi Vidclassio Xpress mempunyai kelebihan berbanding software lain. Dengan dashboard yang mesra pengguna dan penghasilan video yang mudah menjadi kelebihan utamanya, Vidclassio Xpress juga boleh digunakan untuk buka servis video kepada pelanggan tanpa sebarang kos tambahan.

Anda boleh buka servis di platform antarabangsa seperti Fiverr dan Craiglist atau di platform malaysia seperti Bantu.my dengan mengenakan caj berpatutan bagi setiap video. Jika anda lihat di platform tersebut, setiap video berdurasi 5-10 saat pun boleh dikenakan caj $100.

Video yang mereka hasilkan dengan kos tersebut boleh dihasilkan dengan mudah menggunakan Vidclassio Xpress. Jadi anda juga boleh tawarkan servis yang sama kepada pelanggan di Fiverr dengan harga dan kualiti yang sama.

Vidclassio Xpress sememangnya perlu menjadi pilihan utama kepada peniaga online yang menggunakan video sebagai medium pemasaran dan penyedia servis. 

Anda boleh dapatkan akses tahunan Vidclassio Xpress di sini





Tiada ulasan: