My Follower

Isnin, 3 Jun 2019

Bagaimana hasilkan RM1,500+ komisyen dalam seminggu?

Di sini saya kongsikan secara praktikal bagaimana untuk anda buat duit sekurang kurangnya RM1,500 dalam seminggu dengan affiliate.


Mula-mula..

Anda kenalpasti dulu produk affiliate yang boleh beri anda sekurang-kurangnya RM50 komisyen per jualan.

Maksudnya, untuk anda hasilkan RM1500 komisyen setiap minggu, anda perlu jual produk tersebut sebanyak 30 unit setiap minggu.

30 unit x RM50 = RM1,500

Kemudian, anda buat satu squeeze page untuk kumpul database email prospek yang mungkin berminat dengan produk affiliate tersebut.

Contohnya..

Anda nak jual 'Ebook Panduan Borong Barang Murah Dari China'. So, anda boleh kumpul email prospek dengan tawarkan '7 Idea  Produk Hot Dan Mudah Terjual' secara percuma.

Nanti anda bolehlah follow up mereka semula dan tawarkan 'Ebook Panduan Borong Murah Dari China' melalui emel.

Biasanya, conversion rate ialah 10% jika melalui email follow up.

Jika kita buat kira-kira.. Untuk anda dapatkan 30 orang pembeli, anda hanya perlu sekurang-kurangnya 300 prospek yang berminat dan berikan emel kepada anda.

So target anda mudah sahaja.

Fokus untuk anda dapatkan 300 email prospek yang berminat setiap minggu!

Ya, anda buat iklan untuk kumpul 300 database emel prospek sahaja. Kemudian, setup email follow up untuk offer mereka dapatkan produk affiliate yang anda promosikan.

Namun begitu, jika anda takda masa nak setup semua proses di atas.. Anda boleh cuba guna sistem ini.





Tiada ulasan: