Ramai hari ni yang brand conscious. Kalau tak branded (berjenama), rasa kurang berselera nak sarung dekat badan.
Tapi bila ekonomi jadi kekangan, orang akan cari alternatif lain untuk kekal bergaya. Dan pasaran bundle (pakaian terpakai) jadi salah satu pilihan yang terbaik.
Ini peluang korang untuk belajar buat ‘duit tepi’ dengan bisnes pakaian bundle. Belum cuba, belum tahu. Korang boleh buat bisnes ni walaupun masih bekerja secara full-time. Dapat untung, terus beli rumah pertama.
Sambil layan kerja hakiki, sambil buat ‘duit tepi’
Dalam dunia serba maju sekarang, korang tak perlukan kedai fizikal untuk mulakan perniagaan. Korang boleh mula berniaga melalui platform media sosial.
Bermakna, korang tak perlu lagi pening kepala fikirkan tentang kos sewa premis, bil eletrik, dan sebagainya. Sebagai permulaan, korang boleh fokus 100% untuk berbisnes secara online.
Yang menariknya, bisnes pakaian bundle ni boleh dibuat secara separuh masa (part-time) atau secara sepenuh masa (full-time). Kalau korang dah ada kerja tetap, korang boleh sangat buat duit tepi dengan mulakan bisnes pakaian bundle ni.
Sambil buat kerja tetap, sambil buat bisnes bundle. Kalau korang rajin, korang akan dapat hasil. Kena masa, banyak untung yang korang boleh buat.
Saya percaya, rezeki korang murah bila korang berusaha sebaik mungkin. Yang penting, korang bertindak laju-laju.
15+ jenama pakaian bundle yang confirm laku keras
Ada macam-macam segmen pasaran pakaian bundle yang korang boleh buat. Antara pasaran yang tengah hot seperti:
- Pakaian kanak-kanak,
- Pakaian rare (pakaian yang susah nak dapat dalam Malaysia),
- Pasaran baju band (band metal, indie, dan sebagainya),
- Seluar jeans,
- Pakaian travel (winter clothing),
- Beg, dan sebagainya.
Itu baru segmen pasaran. Sekarang, kita nak belanja pulak jenama yang jadi kegemaran para ‘kaki selam’ pakaian bundle ni. Antara jenama yang sasaran adalah:
- Polo Ralph Lauren,
- Supreme,
- Palace,
- Champion,
- Fila,
- Canterbury,
- Carhartt,
- Dickies,
- Nudie,
- Levis,
- Uniqlo,
- Timbuk2,
- GAP,
- Tommy Hilfiger (atau Tommy Jeans),
- A Bathing Ape,
- The North Face,
- Hackett, dan banyak lagi.
Sebelum mulakan bisnes ni, korang wajib kenal pasti dulu segmen pasaran yang mana korang nak buat. Settle yang ni, korang dah boleh plan bab modal pulak.
Dan korang percaya tak? Modal permulaan bisnes ni, takde la banyak mana pun.
Korang boleh mulakan dengan modal serendah RM600, korang boleh jana untung bersih sehingga RM2,900. Atau mungkin, lebih lagi.
“Kenapa ramai orang suka beli pakaian bundle?”
#1: Sehelai RM15 VS RM109 – Mana satu yang berbaloi?
Kalau korang jenis tak kisah sarung baju terpakai, saya jamin korang pasti berpuas hati dengan membeli pakaian bundle.
Kalau pandai cari (atau bahasa orang bundle, ‘menyelam’), korang akan jumpa pakaian yang masih dalam kondisi elok. Kalau jumpa jenama yang Tok sebutkan atas tadi, itu bonus untuk korang.
Dalam ekonomi sekarang ni, orang bijak akan cari alternatif dalam membeli pakaian. Kalau ada pilihan untuk beli baju dalam kondisi elok dan branded pada harga bawah RM50, korang tak nak ke?
#2: Peluang borong pakaian sebanyak mungkin?
Sebab harga pakaian bundle yang murah, korang boleh beli sebanyak mana yang korang mampu. Kadang-kadang dengan modal bawah RM100 pun, banyak beg plastik yang korang boleh bawak balik.
Tapi yang ni, bergantung kat gred pakaian yang korang nak dapatkan. Kalau gred tinggi, harganya akan jadi lebih mahal berbanding dengan gred yang rendah.
Lebih-lebih lagi kalau pakaian tu rare (susah nak dapat). Biasanya, ini tertakluk kat brand (jenama) pakaian tu. Jangan terkejut pulak kalau baju Supreme bundle, orang jual harga RM300.
#3: Pasaran bundle, ada macam-macam jenis
Macam yang kita cakap sebelum ni, ada macam-macam pasaran dalam dunia pakaian bundle ni. Dan setiap jenis pasaran, terdiri daripada segmen pelanggan yang tersendiri.
Tak kira orang tempatan atau orang asing, permintaan pakaian bundle akan sentiasa ada. Dan permintaan ini, bukan sikit-sikit ya.
Kalau korang dapat kenal pasti pasaran mana untuk korang jual, memang senang nak kasi jalan stok pakaian yang ada kat tangan korang tu. Sebab korang dah kenal pasti nak jual dekat siapa. Setuju?
Berapa banyak anda boleh buat untung?
Ini anggaran kiraan potensi keuntungan yang korang boleh jana dengan bisnes bundle. Katakan, modal untuk beli 1 guni pakaian bundle adalah sekitar RM600.
Nota: Ini sekadar nak dapatkan idea kiraan kasar je. Paling rendah korang boleh dapat adalah RM200 seguni. Ada potensi korang boleh dapat lagi murah kalau rajin mencari.
Dalam 1 guni tu, ada lebih kurang 400 hingga 500 helai pakaian. Benda pertama yang koran buat lepas buka guni, adalah gredkan pakaian yang korang dapat tu.
Korang boleh buat macam ni:
- Gred A. Harga jual = RM15 ke atas. Katakan, korang ada 100 helai,
- Gred B. Harga jual = RM10. Katakan, korang dapat 100 helai,
- Gred C. Harga jual = RM5. Katakan, korang dapat 200 helai.
Anggaran keuntungan yang korang akan dapat adalah seperti berikut:
- Gred A. RM15 X 100 helai = RM1,500,
- Gred B. RM10 X 100 helai = RM1,000,
- Gred C. RM5 X 200 helai =RM1,000.
Jumlah anggaran keuntungan yang korang bakal dapat adalah sebanyak RM3,500. Tolak dengan modal RM600 tadi, korang akan dapat untung bersih RM2,900.
Kalau korang dapat jual 50% saja, korang masih boleh dapat untung sebanyak RM1,150! Keuntungan tu, masih cun!
Untuk korang yang serius nak mulakan bisnes ni, ini apa yang patut korang buat:
Langkah #1: Berapa banyak modal yang anda perlukan?
Sebagai permulaan, kira dulu berapa modal permulaan yang korang kena keluarkan.
Contoh yang korang kena masukkan dalam kiraan seperti:
- Berapa guni pakaian bundle yang korang nak order?
- Kalau nak sewa kedai, berapa kos yang korang perlukan (deposit, sewa bulanan, dan sebagainya)?
- Kalau ada kedai, dah tentu kena sediakan kos bil eletrik dan air. Berapa banyak kos semua ni?
- Kalau korang nak buat bisnes bundle secara online (guna Instagram atau Facebook), korang kena kira sekali modal pengiklanan.
Boleh jugak nak masukkan modal untuk tarik followers, tapi kita tak galakkan. Lebih elok lagi korang usaha untuk tarik followers yang betul.
Dengan kata lain, tumpukan perhatian untuk tarik followers secara organik. Ini mungkin akan ambil sedikit masa, tapi lebih berbaloi sebab korang dapat prospek yang tulen (genuine).
Langkah #2: Daftar bisnes anda laju-laju
Daftar bisnes korang cepat-cepat kat SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
Bawak sekali salinan IC dan 3 nama cadangan syarikat. Korang tulis dalam kolum bidang perniagaan, “Menjual Barang Serbaneka dan Runcit.”
Dalam masa 1 jam, dah boleh dapatkan lesen SSM korang. Senang je, kan?
Langkah #3: Mula order pakaian bundle anda
Yang ni, bergantung kat modal permulaan korang tadi. Ikut bajet yang korang tentukan.
Satu je pesan kita.... Sebelum korang laburkan modal besar, tak salah untuk mulakan secara kecil-kecilan terlebih dulu. Test market, bak kata orang.
Dan bila dah order apa yang korang nak, fokus untuk jual habis barang-barang korang tu. Tak elok jugak kalau 1st batch tak habis lagi, korang dah gatal nak order baru. Kalau tak terjual, siapa yang nak tanggung kerugian tu?
Langkah #4: Belajar tangkap gambar produk yang power
Kalau berniaga guna platform media sosial, korang tak boleh elak gunakan elemen visual. Jadi, kebolehan korang untuk tangkap gambar produk yang baik akan bantu perniagaan korang.
Untuk tujuan ni, sila rajinkan diri gunakan Google atau YouTube dan belajar cara tangkap gambar yang menawan mata pelanggan.
Belajar teknik komposisi fotografi seperti Rule of Third, Depth of Field, dan sebagainya. Semua elemen ini akan bantu korang tangkap gambar yang menarik untuk dipaparkan kat prospek.
Nak lagi awesome? Korang boleh belajar cipta ayat iklan yang power. Ilmu copywriting jugak dapat membantu.
Langkah #5: Mulakan bisnes anda
Tanpa lengahkan masa, mulakan perniagaan korang.
Kita galakkan korang buat sendiri semua perkara (dari ambil stok, menjual, dan sebagainya) dalam tempoh 3 bulan pertama.
Ini supaya korang tahu selok-belok bisnes ni, sebelum gajikan orang lain.
Dan yang paling penting – KENAL PELANGGAN KORANG. Dapatkan testimoni mereka selepas selesai urusan jual beli, dan tanya lebih lanjut tentang barang yang mereka nak dapatkan.
Sentiasa berusaha untuk buat promosi, tak kira secara fizikal atau digital. Ini penting supaya lebih ramai orang tahu yang anda ada bisnes ini.
Langkah #6: Stabilkan bisnes bundle anda
Kalau korang berusaha sambil disulam dengan ilmu yang betul, senang-senang korang nak balik modal dalam tempoh masa 3 bulan.
Kalau jualan tak berapa memberansangkan, tingkatkan lagi usaha kat pemasaran dan jualan. Pada masa yang sama, baiki segala kelemahan yang korang dapat kenal pasti.
Bisnes adalah sebuah proses. Jadi, korang kena bersedia dari sudut mental dan fizikal secukupnya.
Langkah #7: Masa untuk kembangkan bisnes bundle anda
Kalau korang dah boleh jana pendapatan yang baik dengan bisnes bundle tadi, korang boleh kembangkan bisnes dalam niche pakaian bundle yang lain pulak.
Contohnya sebelum ni, korang fokus untuk jual pakaian kanak-kanak saja. Lepas dah dapat pulangan dan sustain bisnes tu, korang boleh beralih untuk fokus kat pasaran barang bundle yang rare pulak.
Dah banyak contoh yang korang boleh tengok untuk perkara ini. Paling senang, korang bahagikan kepada jenis pakaian, seperti:
- T-Shirt,
- Beg,
- Kasut,
- Jeans,
- Seluar khakis, dan sebagainya.
Untuk setiap satu akaun Instagram, korang hanya fokus pada satu jenis produk saja.
Ini akan mudahkan prospek membeli barang kat korang. Dan korang pun tahu, followers korang tepat dengan target market barangan yang korang jual.
Pada pengamatan kitalah ... bisnes bundle ni memang boleh berjaya gila-gila. Dengan syarat, korang buat dengan ilmu yang betul.
Yang penting, korang jangan ragu-ragu dengan kebolehan diri korang. Apa yang penting, korang berani ambil tindakan segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan