My Follower

Khamis, 27 Jun 2019

Perniagaan Bundle Boleh Menguntungkan

Bisnes bundle dilihat tidak begitu eksklusif di mata pengusaha atau peniaga-peniaga besar. Namun perniagaan ini sangat relevan dengan pelanggan daripada orang kebanyakan dan mempunyai pelanggan setianya. Ia boleh mendatangkan keuntungan jika kita tahu cara menjualnya.


Bisnes bundle adalah perniagaan yang menjual barangan terpakai atau reject. Maksud bisnes bundle ini adalah barangan atau produk yang diambil oleh pemborong secara pukal dan mereka menjualnya terus atau kepada peniaga lain. Barangan atau produk yang diambil boleh jadi bukanlah barang baru yang biasanya boleh dijual dengan harga yang mahal. Biasanya barangan sebegini tidak dijual pada harga standard atau dengan harga yang mahal. Biasanya jualan bundle ini terletak pada tawar menawar antara pembeli.

Apa yang dapat dilihat adalah pelanggan barangan bundle ini adalah dari golongan muda atau bujang. Mereka arif menilai sesuatu barang yang dipamerkan. Perlu anda ingat biasanya produk bundle ini adalah dari barangan yang berjenama. Mungkin ini yang menyebabkan ia mempunyai pelanggan setia.

Yang menariknya bisnes bundle ini tidak memerlukan sewa kedai yang besar dan mahal, cukup dengan mempunyai sebuah van sebagai pengangkutan untuk tujuan belian dan jualan. Bisnes bundle ini boleh dimulakan dengan menjual di tepi jalan atau di pasar-pasar malam atau mana-mana program karnival dan pameran perniagaan.

Anda mungkin ada masalah untuk memulakan perniagaan ini untuk mendapatkan barangan tersebut. Ataupun mungkin yang menjadi masalah adalah produk apakah yang boleh dijual untuk tujuan tersebut.

Adalah disarankan beberapa barangan atau produk yang boleh dijual melalui konsep bisnes bundle ini :

  • Menjual barangan berasaskan pakaian seperti baju, seluar, kasut, topi, tali pinggang. 
  • Menjual barangan berasaskan barangan elektrik seperti kipas, televisyen, radio. 
  • Menjual barangan berasaskan patung seperti soft toy. 
  • Menjual barangan berasaskan teknologi komunikasi seperti komputer, telefon. 








1 ulasan:

Sayidah Napisah berkata...

kawan saya ada buat bisnes bundle ni. secara online. okay gak dia kata. ramai yang nak beli.

jemput join segmen blog saya http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/segmen-9-juta-special-bloglist.html :D