My Follower

Ahad, 7 Julai 2019

Kelebihan unit amanah

Unit amanah digermari oleh ramai golongan professional yang bekerja dan tidak punyai masa yang banyak untuk memantau perkembangan pelaburan mereka. Jika anda masih belum mengenali, unit amanah adalah salah satu peluang pelaburan tersembunyi. Tujuan utama pelabur melabur dalam unit amanah adalah untuk mengurangan risiko dan memaksimumkan potensi pulangan mereka.


Kepelbagaian Aset

Unit amanah menyediakan satu platform yang membolehkan pelabur melabur dalam pelbagai jenis aset seperti saham, bon dan sukuk, precious metal, komoditi dan sebagainya. Dalam membina portfolio yang seimbang, fund manager akan cuba menggabungkan aset-aset yang mempunyai hubungkait yang negatif. Ini bermaksud apabila satu aset mengalami kejatuhan, satu aset lagi akan mengalami peningkatan. Contoh paling baik adalah antara bon dan saham. Apabila bon mengalami kejatha, saham akan mengalami peningkatan. Ini akan membolehkan risiko pelabur dikurangkan kerana kedua-dua aset mempunyai negative correlation.

Contoh lain adalah antara emas dengan ringgit. Apabila aset emas mengalami peningkatan harga, ringgit akan mengalami penyusutan harga. Strategi ini dapat memastikan potensi pelaburan pelabur dapat dioptimumkan dengan risiko yang diambil.

Geografi

Selain daripada membolehkan pelabur melabur di pelbagai jenis aset, unit amanah juga menyediakan peluang untuk pelabur melabur di pelbagai jenis negara. Ini amat penting dalam pengurusan risiko pelaburan kerana jika pelabur hanya melabur di satu negara, mereka akan terdedah kepada kerugian jika berlaku ketidak seimbangan ekonomi dalam negara tersebut. Sebaliknya, jika pelabur melabur di beberapa negara ini akan mengurangkan kerugian pelabur tersebut jika salah satu negara mengalami ketidakseimbangan ekonomi.

Kemampuan modal

Jika seorang pelabur hendak membeli syarikat-syarikat yang besar atau blue chip company memerlukan modal yang besar. Sebagai contoh syarikat Nestle didagangkan pada harga RM140 seunit. Dalam Bursa Malaysia, pelabur perlu membeli mengikut lot yang mengandungi 100 unit. Jadi seorang yang ingin melabur dalam syarikat Nestle perlu mempunyai modal sekurang-kurangnya RM140 x 100 unit= RM14000! Bagi kebanyakkan retail investor, mereka tidak mempunyai modal sebesar itu. Tetapi dengan unit amanah, mereka boleh melabur dalam syarikat Nestle dengan modal serendah RM100.

Pengurus dana professional

Bagi kebanyakkan pelabur baru, mereka tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang banyak. Selain itu, kebanyakkan pelabur juga mempunyai kekangan dari segi masa untuk melabur. Oleh itu mereka menggunakan unit amanah untuk melabur kerana pelaburan mereka diuruskan oleh pengurus dana yang professional. Pengurus dana ini mempunyai kelayakan dan bertauliah. Mereka dikawal selia dari masa ke masa bagi mengelakkan berlakunya penipuan. Dengan pengalaman dan kepakaran mereka yang diyakini dapat membantu pelabur untuk melabur dengan lebih mudah. 






Tiada ulasan: