My Follower

Jumaat, 16 Ogos 2019

Adakah anda ingin menyertai SUPERB pada tahun ini?

Sejak SUPERB diperkenalkan pada tahun 2014, sebanyak RM14.8 Billion geran telah diberikan kepada para pemenang. Setiap pemenang diberikan hak geran pembangunan perniagaan sebanyak RM500,000.


Peningkatan penyertaan sangat ketara setiap tahun terutamanya pada tahun 2019, dijangka menerima penyertaan sebanyak 5000 peserta dan idea bisnes. 

Dari satu aspek, ianya suatu yang memberangsangkan kerana semua usahawan sudah mula beranikan diri untuk membuat presentation di hadapan panel penilai yang terdiri daripada pakar bidang.

Tetapi, dari satu aspek lari, dari kaca mata seorang peserta, sudah pasti ianya satu laluan berliku yang perlu ditempuhi sepanjang program. 

Peserta perlu bersaing dengan 5000 idea perniagaan lain yang mungkin lebih hebat dari bisnes mereka. Persaingan ini juga mungkin akan membuatkan peserta kalah tipis sahaja. Mungkin disebabkan kesilapan menjawab soalan panel atau jawapan yang diberikan kurang jelas, ianya membuatkan peserta gagal mendapatkan geran.

Sepanjang beberapa tahun lalu, terdapat banyak idea perniagaan yang hampir sama bagi beberapa orang peserta. Model bisnes yang sama, marketing yang sama, plan bisnes yang sama, perbezaan hanya ketika sesi pitching sahaja.

Jika sesi pitching berjalan dengan baik, maka ada peluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Jika sebaliknya berlaku, terpaksa pulang awal.

Adakah anda ingin menyertai SUPERB pada tahun ini?

Tahukah anda SUPERB tidak akan memberikan geran kepada beberapa model bisnes?

Anda boleh buat semakan terlebih dahulu sama ada bisnes anda layak memenangi geran SUPERB atau tidak di sini.






Tiada ulasan: