My Follower

Khamis, 26 September 2019

Kau Bukan Adiratna



Miasara, seorang wanita berumur 21 tahun. Di usianya yang muda itu, dia telah diuji dengan kematian kedua-dua orang tuanya di hadapan mata.

Tidaklah dendam dengan pembunuh, lebih kepada tidak redha atas pemergian orang tua tercinta.

"Andai Engkau boleh tunjukkan kepadaku kembali kejadian yang sebenar benarnya terjadi kepada orang tuaku, sungguh tiada lagi raguku padaMu."

Seperti mencabar Tuhan, dirinya dikemudi oleh emosi.

"Arghhh!"

Kesakitan di kepalanya membuatkan dia dapat melihat apa yang orang lain tidak nampak. Sekilas di mata, dia dapat melihat ajal seseorang yang bakal tiba.

Sehinggalah satu tahap, dia diburu oleh sebuah organisasi yang merasakan Miasara sebagai ancaman mereka.

Apa yang bakal dilakukan oleh Miasara? Apa yang telah dia lakukan sehingga diugut bunuh oleh organisasi tersebut? Dengan kelebihan yang dikurniakan, apakah dia dapat manfaatkannya?

"Seteguh manapun kepercayaan, jangan sampai tiada kosong untuk keraguan. Sungguh, aku bukan Tuhan." - Miasara Afiqah.







Tiada ulasan: