My Follower

Khamis, 12 September 2019

PANDUAN URUS WANG GAJIPANDUAN URUS WANG GAJI

Memperolehi wang yang banyak belum tentu membuatkan kita berada dalam situasi kewangan yang baik dan stabil. 


Ini kerana lebih ramai orang yang berhadapan dengan masalah kewangan apabila memperolehi wang yang banyak. 

Kenapa begitu? 

Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya. Jawapannya sudah tentu kerana gagal menguruskan wang dengan baik dan teratur.

Semua orang tahu yang wang itu tidak mudah untuk diperolehi. Ini kerana ianya tidak tumbuh merimbun seperti daun-daun di pohon kayu. 

Namun begitu adalah tidak mustahil untuk kita membuatkan ianya ‘tumbuh’ dengan baik jika kita tahu teknik bagi menguruskannya dengan bijaksana. 

Dalam Panduan Wang Gaji ada membincangkan perkara tersebut di atas. Bagaimana untuk menguruskan wang dengan efektif secara mudah, sistematik dan berkesan.

Masih ramai yang tidak jelas dengan perkara ini. 

Kita dapat lihat ramai orang yang membuat wang dan menguruskannya dengan cara yang tersendiri tetapi hakikatnya tidak faham dengan apa yang telah mereka lakukan.

Sebaik sahaja kita mengetahui bagaimana untuk menguruskan wang dengan baik dan teratur, secara tidak langsung ianya akan membantu memperbaiki kedudukan kewangan kita supaya berada dalam keadaan yang lebih baik dan menguntungkan. 

Pengetahuan ini amat penting dalam kehidupan kita kerana tanpanya sudah pasti hidup kita dilanda masalah kewangan yang membebankan. 

Kita dapat lihat, rata-rata mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan adalah terdiri daripada mereka yang tidak tahu atau dengan lain perkataan tidak memilki ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan, baik simpanan, perlindungan insurans/takaful mahu pun pelaburan.

Untuk menguruskan kewangan, kita tidak perlu menjadi seorang yang pakar dalam kewangan atau memiliki ‘Master’ untuk menguruskan kewangan dengan baik, tetapi sekurang-kurangnya kita perlu menguasai asas-asasnya, itu sudah memadai. 

Semua ini ada dikongsikan dalam Panduan Wang Gaji







Tiada ulasan: