Ramai orang bila dapat gaji perkara pertama yang dibuat adalah mengasingkan sebahagian gaji tersebut untuk menjelaskan komitmen hutang terlebih dulu dan baki selebihnya barulah dibuat belanja. Jika ada lebih lagi baru lah disimpan.
Masalah utama yang sering dihadapi apabila mengurus wang dengan cara ini, belum cukup sebulan, biasanya dah pokai!
Bila dah tak cukup duit, mula lah cari duit tambahan untuk tampung perbelanjaan bulanan tapi kebiasaannya bila dapat duit lebih, masih tak cukup juga.
Biasakan berhadapan dengan situasi sebegini?
Ramai orang lebih teruja untuk mencari duit untuk menambah pendapatan. Tapi satu perkara penting yang ramai orang lupa adalah bagaimana nak uruskan duit tersebut.
Hakikatnya mendapatkan wang satu perkara yang penting tetapi menguruskan wang adalah perkara yang lebih penting!
Jadi jika Tuan-Puan inginkan kaedah yang terbaik untuk mengurus wang setiap bulan bolehlah ikuti langkah-langkah seperti berikut:
1. Mula-mula agihkan 10% untuk “simpanan”.
Usahakan seboleh mungkin untuk membuat simpanan sekurang-kurangnya 10% dari gaji bulanan. Matlamat pertama simpanan ialah untuk menyediakan simpanan “Dana Kecemasan” bersamaan dengan sekurang-kurangnya enam bulan pendapatan.
2. Kemudian agihkan maksimum 40% untuk "pinjaman/kredit".
Ianya merupakan kos pinjaman/hutang yang menjadi komitmen bulanan seperti ansuran sewa beli kereta, ansuran pinjaman perumahan, bayaran ansuran mudah, bayaran kad kredit, pinjaman pendidikan dan pelbagai jenis hutang pinjaman lain lagi. Pastikan jumlah keseluruhan perbelanjaan hutang tidak melebihi 40% daripada pendapatan bulanan.
3. Akhir sekali agihkan maksimum 50% untuk perbelanjaan “kos sara hidup”.
Ianya merupakan kos perbelanjaan tetap setiap bulan seperti perbelanjaan dapur, makan-minum, keperluan bayi, pendidikan anak-anak, pakaian, sewa rumah, bayaran utiliti, petrol, parking, tol dan sebagainya.
Begitulah panduan ringkas yang boleh Tuan-Puan amalkan ketika mengurus wang gaji. Sebenarnya ada banyak cara lagi yang boleh Tuan-Puan pelajari dengan menggunakan teknik-teknik yang mudah dan sistematik melalui Panduan Wang Gaji.
Untuk mengetahui lebih detail, saya sarankan Tuan-Puan membaca buku Panduan Wang Gaji tulisan Tuan KJ, bukan Khairy Jamaluddin tau…tapi Khairulnahar Jamaluddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan