My Follower

Selasa, 26 November 2019

12 tips memulakan tuisyen

Post kali ini eksklusif saya minta izin daripada Protege Berjaya SeminarTuisyen.Com batch awal dahulu iaitu Cikgu Hazaruddin yang masih lagi menjawat pangkat ‘Engineer‘ di Rawang.


Saya tak minta beliau menulis, tetapi saya minta izin daripada emel untuk saya ‘post’ kan di blog saya ini. Post ini adalah emel yang beliau berikan kepada seseorang yang minta pandangan dan pendapat beliau tentang tuisyen. Dan beliau ‘CC’ emel tersebut kepada saya.

Ini kandungan emel beliau yang saya langsung tak edit. Semoga anda yang membaca akan terbuka minda dan bermanfaat kepada semua. Tahniah saya ucapkan kepada Cikgu Hazar.

Assalamu’alaikum,

Tahniah kerana telah memilih jalan yang benar dan diberkati Allah dunia dan akhirat untuk menjana pendapatan sampingan dengan melakukan tuisyen, dimana anda menjadi cikgu, anda membimbing dan anda berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar. InsyaALLAH.

Memang kebiasaannya, langkah pertama untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu adalah amat sukar. Walaubagaimanapun, jika kita dapat memulakan langkah pertama, langkah seterusnya akan mudah dan saudari akan terus berjalan dan berlari.

Saya, Master Yuz dan semua cikgu2 yang berjaya menjana pendapatan lumayan dengan menjadi cikgu tuisyen sekarang ini, satu ketika dulu, pernah menghadapi kesukaran untuk memulakan kelas pertama tuisyen kami. Malu, tiada keyakinan, kekangan masa dan kenderaan merupakan isu utama yang menjadi penghalang. Tetapi, kami dapat teruskan dan berjaya menjana ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menjadi cikgu tuisyen.

Cikgu perlu meletakkan sesuatu impian sebagai satu motivasi untuk cikgu melakukan tuisyen. Semasa permulaan dulu, saya meletakkan majlis perkahwinan saya sebagai satu impian yang perlu saya relisasikan. Jadi, nak tak nak, saya perlu juga menjana wang sampingan untuk menampung kehidupan seharian saya dan boleh menyimpan RM1000 – RM2000 sebulan. Oleh yang demikian, saya buang rasa malu, saya susun jadual dengan betul dan saya mulakan marketing tuisyen dengan penuh semangat yang berkobar-kobar (sampai kuota saya penuh dan tak dapat layan incoming job…he he he)

Saya yakin, cikgu pun boleh melakukannya, cuma cikgu kurang sokongan memandangkan di JB cikgu tiada network atau kawan-kawan yang beriltizam untuk menjadi cikgu tusyen melayu seperti cikgu. Jangan risau, saya, MY dan cikgu2 di sini bersedia membantu. Jangan segan silu untuk bertanya soalan dan masalah. InsyaALLAH, sama-sama kita membantu antara satu dengan yang lain. Inilah yang dinamakan pakej long life coaching yang dikatakan MY. Knowledge sharing menjadi keutamaan dalam pakej ini. Pesan saya, tidak semua orang tau tentang semua perkara.


12 Tips untuk memulakan menjadi cikgu tuisyen:

  1. Anda perlu ada ilmu yang hendak diajar (cth: BM, MATH, ENGLISH, SCIENCE etc.)
  2. Anda perlu ada minat. Ini adalah kerana anda akan menjana wang berterusan dengan menjadi cikgu tuisyen kerana ada minat. Jika minat tiada, anda akan mengeluh dipertengahan jalan.
  3. Anda perlu ada transport. (kereta, motosikal, bas, teksi,basikal). Kawan saya di Pasir Gudang pergi mengajar dengan menaiki basikal coz student adalah area kawasan perumahan beliau.
  4. Anda perlu market diri anda. Ini kerana, andalah produknya dan anda perlu market produk itu untuk dijual. Jangan salah faham dengan “statement” saya ni ok. Cara pemasaran untuk mendapat student adalah melalui online dan offline. Sila rujuk nota MY. Jangan malu untuk tampal iklan diri anda atau memasukkan pamplet diri anda ke dalam peti surat.
  5. First interview. Ini adalah sangat penting kerana ibu bapa atau student akan menilai kita pada first interview ini sahaja. Gunakan trick2 yang telah diajar oleh MY masa seminar. Keberanian perlu ada. Tema saya semasa first interview ni adalah “REDAH JEEEEE…ada rezeki adalah”…Melalui pengalaman saya, interview ada beberapa cara, online (chating, email dan phone) dan meeting (berjumpa).Kebanyakkan ibu bapa suka mengambil cikgu yang smart dan simple. So pastikan kita memakai baju yang sopan dan menampakkan diri kita sebagai seorang cikgu yang smart dan santai tetapi bukan seorang budak pejabat (kemeja dengan tali leher!!!). Mula-mula parent akan menanyakan samaada anda adalah cikgu tuisyen full time ataupun tidak. Kemudian mereka akan bertanya harga yang anda letakkan untuk sejam. Kemudian mereka akan ajak untuk berjumpa (2nd interview) ataupun terus memulakan kerja sebagai cikgu tuisyen dirumahnya. Diskusi yang lebih lanjut diperlukan dalam bahagian ini.
  6. Anda perlu ada material pengajaran. Saya nasihatkan untuk anda mendapatkan buku-buku rujukan terkini yang anda boleh perolehi di semua kedai-kedai buku di seluruh negara. Jangan lupa juga buku latihan. Menjadi satu kelebihan anda jika anda berkawan dengan kawan yang bergelar cikgu sekolah kerajaan. Perkongsian yang menaikkan kreadibiliti anda sebagai cikgu tuisyen akan berlaku jika anda pandai menggunakan kawan-kawan anda itu. He he he.
  7. Anda perlu ada skill mengajar dan membimbing. Ini memerlukan sedikit masa dan kesabaran. Jika tiada skill, bina skill. Setiap orang ada cara masing-masing. Cari gali cara anda dan practice semasa sedang mengajar. Jangan risau dan takut jika anda terasa macam salah. Teruskan dengan penuh keyakinan dan perbetulkan dari semasa ke semasa. Sertai mana-mana kursus yang berkaitan dengan teknik belajar untuk meningkatkan mutu pengajaran anda. Itupun kalau anda ada masa. Kalau takde masa, di youtube, kita boleh search banyak teknik-teknik yang interesting. Saya rasa banyak yang MY telah ajar teknik-teknik mengajar semasa seminar. Praktikkan. Jangan simpan buat pekasam. Diskusi lanjut diperlukan dalam bahagian ini.
  8. Anda perlu ada skill untuk berkomunikasi dengan ibu-bapa. Komunikasi ini penting untuk mewujudkan perhubungan yang agak rapat dan mesra dengan ibubapa. Inilah senjata saya untuk mengekalkan menjadi cikgu tuisyen kepada anak-anak ibu bapa tersebut yang seterusnya. Maksudnya dari abang, kakak hinggalah ke adik yang paling akhir sekali. Saya yang mengajar mereka. Macam dah jadi cikgu personel dah. Selain dari itu, komunikasi yang baik juga boleh dijadikan modal dalam menetworkkan nama kita. Selain dari itu kemahiran komunikasi sangat penting untuk anda meminta/memberi peringatan bayaran yuran bulanan. Anda fikir2kan, ataupun diskusi lanjut diperlukan dalam bahagian ini.
  9. Anda perlu ada rekod pengajaran. Hmmm…saya ada saya punya…bagaimana pula dengan anda…Rekod ini sangat penting untuk merekodkan progress pengajaran anda. Rekod yang berbentuk jadual yang simple yang mempunyai bahagian, tarikh, perkara yang di ajar, masa mula mengajar dan masa habis mengajar. Ingat, kita bukannya seperti memory komputer yang bila click boleh keluar semua. Lu pikir la sendiri. Bahagian ini penting untuk orang yang bekerja seperti saya.
  10. Anda perlu ada bussiness card, resit dan cop anda sebagai cikgu tusyen. Jangan kedekut untuk buat semua ini. Tak sampai RM50 pun, malah lagi rendah dari itu. Bussiness card adalah untuk marketing, manakala resit adalah untuk menunjukkan kreadibiliti anda sebagai cikgu tuisyen yang berkaliber dan jangan lupa cop rasmi anda pada setiap resit bayaran anda. Ibu bapa akan lebih yakin dengan anda dan jangan lupa, apabila ibu bapa yakin, maka tunggula nama anda untuk dijual kepada kawan-kawan atau jiran-jiran tetangga. Saya sudah merasainya, anda pula macam mana. Buat, jangan tak buat.
  11. Anda perlu ada motivasi. Ini kerana kadang-kadang, sebagai cikgu tusyen yang masih bekerja, waktu rehat itu adalah minimum. Saya sudah merasainya. Selain dari itu, bersedialah dengan bisikan-bisikan negatif dari dalam hati kita untuk tidak pergi mengajar pada hari itu. Saya sudah merasainya. Cara yang efektif adalah dengan mempunyai ketegasan diri dan semangat untuk mencapai impian yang anda telah letakkan seperti yang saya bincangkan di peringkat awal tadi. Tema saya sekali lagi “REDAH JEEEE”. Selain dari itu, sokongan orang disisi anda juga boleh menjadikan anda bersemangat untuk melakukan tuisyen. Contohnya isteri, suami (bagi yang sudah berkahwin), ibubapa (bagi yang masih duduk dengan ibubapa) dan kawan-kawan yang berfikiran positif, seperti saya. Jadi berkawanlah dengan saya. He he he. Untuk motivasi tambahan, saya cadangkan bacalah buku bertajuk “Menjadi Jutawan” karangan Sdr Azizi Ali. Dalam buku itu ada membincangkan perkara mengenai kepentingan menjana pendapatan sampingan. Anda akan bersemangat dan terus bersemangat.
  12. Anda perlu ada jadual harian. Untuk yang bekerja seperti saya, jadual harian sangat penting untuk anda mngurus masa 24jam yang diberikan Allah kepada anda dengan optimum. Bersama-sama ini saya sertakan jadual saya untuk panduan anda. Berbincang dengan ibubapa atau pelajar untuk menyusun jadual anda agar ianya efektif untuk anda dan juga student anda. Diskusi lanjut diperlukan dalam bahagian ini. 


Anda perlu tahu bahawa menjadi Cikgu Tuisyen tidak susah seperti yang digembar-gemburkan. Anda perlu cuba dahulu dan REDAH JE.





Tiada ulasan: