My Follower

Rabu, 11 Disember 2019

Adakah Anda Memanjat Tangga Yang Betul?

Mengejar kejayaan tidak akan bermakna sekiranya apa yang dikejar bukanlah apa yang kita mahu. Pastikan tangga kejayaan adalah tangga yang betul.

Sememangnya kita ingin mengejar cita-cita kita tetapi pastikan cita-cita kita itu memberi makna kepada diri kita sendiri. 

Adakalanya kita dapat lihat bahawa seseorang itu yang mencapai kejayaan cuma sedar-sedar itu bukan kejayan yang mereka inginkan dan apa terjadi mereka rasa terperangkap dalam kejayaan mereka sendiri. 

Dari zahirnya nampak mereka seperti berjaya dalam mencapai matlamat kewangan mereka tetapi dalam diri mereka sendiri, mungkin mereka merasa resah tidak selesa dan tidak suka dengan apa yang mereka capai. 

Dan inilah antara contoh akibatnya mereka yang mengabaikan tanggungjawab yang lain, hanya kerana kekayaan dan kewangan. Tanggungjawab keluarga, kesihatan, diri sendiri dan lain-lain. 

Apabila meletakkan matlamat pastikan matlamat tersebut betul-betul memberi makna kepada diri kita sendiri dan bukan kerana orang lain yang inginkan kita mencapai tersebut.

Sekiranya bukan itu yang kita mahu,ianya umpama memanjat tangga, apa akan terjadi sekiranya kita memanjat tangga kejayaan. 

Apabila sampai kepuncaknya bukan itu destinasi yang kita inginkan, nanti habis segala usaha, masa dan juga tenaga kita untuk mencapai matlamat yang hanya tidak bermakna untuk diri kita sendiri. 

Memang semua orang nak kaya, memang semua orang ingin mencapai matlamat kewangan mereka untuk menjadi bebas kewangan pendapatan 5 angka, pendapatan 6 angka atau apa sahaja. 

Tetapi pastikan matlamat tersebut memberi makna kepada kita supaya apabila kita mencapainya kita sendiri dapat menikmati matlamat bebas kewangan kita.

Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Gerak hati pertama itulah tanda ianya lahir dari hati kita sendiri. Jom panjat tangga yang betul.

Dapatkan Ebook Magnet Rezeki Cara Allah untuk booster masa raih dan capai kejayaan anda. Ebook Rahsia Magnet Rezeki(RMR) dan Ebook Rahsia Kelancaran Magnet Rezeki(KMR).






Notakaki : Jika anda nak ikut saya buat Perniagaan Online melalui platform Affiliate, saya rekemen anda daftar affiliate Projek e-Rezeki.my ni.. Untung setinggi RM76 satu jualan. Content untuk promosi pun team mereka sediakan setiap hari. 

Team mereka pun sangat membantu, guide kepada setiap affiliate, jangan malu bertanya mereka ya. Sangat mudah untuk buat marketing, semudah copy paste je.

Pesaingan pun kurang. Berminat? Daftar dengan klik SIGNUP kat link ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.


Nak tips PERCUMA Magnet Rezeki? Klik link ini

Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini

Ada masalah hutang? baca ni dulu. Langkah nak selesai hutang cepat !

Tiada ulasan: