My Follower

Ahad, 8 Disember 2019

REZEKI IBARAT SEPOHON POKOK

Saya pernah menonton video Ust Dr Khalid Basalamah. Menarik perumpamaan yang beliau bawa untuk terangkan mengenai rezeki.

Menurut beliau, rezeki ibarat sepohon pokok yang rendang, lebat dengan buah. Ada yang berjatuhan di tanah, ada yang masih bergantungan di atas pokok.

Yang di bawah, beliau ibaratkan seperti rezeki mutlak, rezeki yang dah tersedia. Sesiapa pun boleh milikinya. Memang Allah jadikannya untuk semua makhluk.

Namun, Allah memerintahkan kita ambil 'buah' yang baik dan berkualiti sahaja. Maknanya, ambil yang halal, tinggalkan yang haram. Jauhi rasuah, riba, pencurian, penipuan dll.

Bagaimana dengan rezeki di atas pohon?

Itu adalah rezeki ikhtiar. Nak dapatkannya kita perlu gunakan tangga. Tangga itu ialah ILMU.

Dengan gunakan tangga, kita mampu gapai lebih banyak buah. Dah ada tangga, lalu kita upgrade lagi, tambah tools, guna galah, lalu kita dapat lebih banyak buah dari dahan yang lebih tinggi.

Semakin kita upgrade ilmu, semakin banyak rezeki yang kita boleh gapai.

Sama-sama kita sentiasa tambah ilmu ya, jangan pernah jemu untuk membaca, dengar dan tonton video ilmiah, hadiri majlis ilmu.

Jom belajar lagi tentang Magnet Rezeki Cara Allah





Nak tips PERCUMA Rahsia Magnet Rezeki?

Klik link e-rezeki.my/kombo

Nak dapatkan ilmu sharing(copywriting ilmu) seperti ini dan Copy Paste Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my sekarang 

Tiada ulasan: