My Follower

Selasa, 18 Disember 2018

LAKSA KETAM







Bahan bahan
  • Laksa Lembut 1 paket (celur)
  • Ketam 3 ekor
  • Santan kotak kecik 1 
  • Gula perang 2sb
  • Asam gelugor 2 keping
  • Garam secukup rasa
  • Serai 1 batang (ketuk)
  • Bunga kantan 1 (hiris)
  • Daun kesum segenggam (ambik daun je)

Bahan Kisar
  • Bawang merah 4 biji
  • Bawang putih 3 biji
  • Lengkuas 1 inci
  • Halia 1 inci
  • Serai 1 batang (ambik yg putih)
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Belacan sikit
  • Cili padi 8 tangkai

Bahan Hiasan
  • Kacang panjang
  • Telor rebus
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Bunga kantan
  • Daun kesum 
(hiris halus)

Cara Menyediaakan

  1. Basuh ketam bersih2..jgn potong biarkan sekor je..letak tepi dulu.. 
  2. Panaskan minyak jagung..tumis bahan kisar sampai betul2 pecah minyak..
  3. Masukkan serai, asam gelugor, Air dalam 2 cawan..biarkan mendidih..pastu masukkan Santan daun kesum, bunga kantan..biarkan mendidih dulu..
  4. Masukkan gula garam dan ketam.. tunggu sampai ketam masak... 
  5. Sedia dihidangkan bersama Laksa dan taruk bahan hiasan ..Siap







Tiada ulasan: