My Follower

Ahad, 30 Jun 2019

Skin Care Giveaway by Airah Syahirah




Hai  korang semua ... sekarang nie tepat kul 3.19 petang ye kawan2 ... sekarang nie time adda rehat .... dari pagi ... sampai 4 round kiat kuar masuk rumah ... haaa nie kes antar n ambil budak ... blum petang lagi ... tapi petang nie free sikit sbb budak x sekolah agama sbb ada hari terbuka sek Agama.... tinggal nak ambil budak sek rendah je...


Kalu korang ada masa ... jom lah join Ga nie ... bagi meriah kan sikit ... klik je banner kat atas atau klik link nie

Perut pun dah kriuk2 dah .... sape blum makan gi makan dulu ye .... 


Okey bye  

KEK NENAS






Bahan-bahan
A. lapisan bawah
1 Sudu mentega
1/2 Cawan Gula perang
1 tin Nenas bulat
Sira Ceri

B. Lapisan atas
2 Cawan tepung kek
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 Cawan mentega..lembutkan
1 Cawan gula kastor
2 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 cawan jus nenas

CARA-CARA
  1. Untuk lapisan bawah: Griskan loyang Kek dengan mentega dan taburkan gula Perang didasar loyang..Susun kepingan Nenas pada lapisan pertama dan leta Ceri ditengah lubang nenas tu.
  2. Untuk Lapisan atas ayakkan tepung serbuk penaik..ketepikan
  3. Didalam mangkuk lain..putarkan Mentega dengan gula hingga gebu. Masukkan bahan yang diayak tadi. Telur esen vanila dan jus nenas.. Gaul sebati.
  4. Tuangkan adunan mentega kedalam Lapisan bawah dan bakar selama 45 minit Pada suhu 175°C..cucukkan dengan lidi ditengah kek..bagi memastikan kek masak atau tidak..jika bersih..tanda dah masak.
  5. Sejukkan baru diterbalikan kek tu.






SERIUS! Bisnes Ni Buat PROFIT 1200%!

Saya mula-mula under estimate bisnes ni. Tapi bila ada seorang mamat ni tunjuk kat saya camner dia boleh buat UNTUNG BESAR dari bisnes ni, saya terus EXCITED.


Malah saya ada plan untuk INVEST dalam bisnes ni. Nak tahu bisnes apa? 

Ok, boleh KLIK SINI.






Koleksi Tudung Meedina













Bisnes Aiskrim Secara part Time



Tahukah Anda? 

Anda boleh menjana pendapatan sampingan sehingga empat angka sebulan dengan hanya berniaga bisnes aiskrim?







Skor A Kertas Model PT3 2019












Sabtu, 29 Jun 2019

Indahnya Hidup Bersyariat








Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.







RM5,000 sebulan Berniaga di Sekolah

Kalau anda pun berhasrat untuk mula bisnes aiskrim ...saya rekemen untuk dapatkan panduan  Bisnes Aiskrim






MODAL RM600 ... TAPI MAMPU JANA ‘DUIT TEPI’ RM2K+ SEBULAN?

Ramai hari ni yang brand conscious. Kalau tak branded (berjenama), rasa kurang berselera nak sarung dekat badan.


Tapi bila ekonomi jadi kekangan, orang akan cari alternatif lain untuk kekal bergaya. Dan pasaran bundle (pakaian terpakai) jadi salah satu pilihan yang terbaik.

Ini peluang korang untuk belajar buat ‘duit tepi’ dengan bisnes pakaian bundle. Belum cuba, belum tahu. Korang boleh buat bisnes ni walaupun masih bekerja secara full-time. Dapat untung, terus beli rumah pertama.

Sambil layan kerja hakiki, sambil buat ‘duit tepi’

Dalam dunia serba maju sekarang, korang tak perlukan kedai fizikal untuk mulakan perniagaan. Korang boleh mula berniaga melalui platform media sosial. 

Bermakna, korang tak perlu lagi pening kepala fikirkan tentang kos sewa premis, bil eletrik, dan sebagainya. Sebagai permulaan, korang boleh fokus 100% untuk berbisnes secara online. 

Yang menariknya, bisnes pakaian bundle ni boleh dibuat secara separuh masa (part-time) atau secara sepenuh masa (full-time). Kalau korang dah ada kerja tetap, korang boleh sangat buat duit tepi dengan mulakan bisnes pakaian bundle ni. 

Sambil buat kerja tetap, sambil buat bisnes bundle. Kalau korang rajin, korang akan dapat hasil. Kena masa, banyak untung yang korang boleh buat. 

Saya percaya, rezeki korang murah bila korang berusaha sebaik mungkin. Yang penting, korang bertindak laju-laju. 

15+ jenama pakaian bundle yang confirm laku keras 

Ada macam-macam segmen pasaran pakaian bundle yang korang boleh buat. Antara pasaran yang tengah hot seperti: 
  • Pakaian kanak-kanak, 
  • Pakaian rare (pakaian yang susah nak dapat dalam Malaysia), 
  • Pasaran baju band (band metal, indie, dan sebagainya), 
  • Seluar jeans, 
  • Pakaian travel (winter clothing), 
  • Beg, dan sebagainya. 


Itu baru segmen pasaran. Sekarang, kita nak belanja pulak jenama yang jadi kegemaran para ‘kaki selam’ pakaian bundle ni. Antara jenama yang sasaran adalah: 

  • Polo Ralph Lauren, 
  • Supreme, 
  • Palace, 
  • Champion, 
  • Fila, 
  • Canterbury, 
  • Carhartt, 
  • Dickies, 
  • Nudie, 
  • Levis, 
  • Uniqlo, 
  • Timbuk2, 
  • GAP, 
  • Tommy Hilfiger (atau Tommy Jeans), 
  • A Bathing Ape, 
  • The North Face, 
  • Hackett, dan banyak lagi. 


Sebelum mulakan bisnes ni, korang wajib kenal pasti dulu segmen pasaran yang mana korang nak buat. Settle yang ni, korang dah boleh plan bab modal pulak.

Dan korang percaya tak? Modal permulaan bisnes ni, takde la banyak mana pun.

Korang boleh mulakan dengan modal serendah RM600, korang boleh jana untung bersih sehingga RM2,900. Atau mungkin, lebih lagi.

“Kenapa ramai orang suka beli pakaian bundle?”

#1: Sehelai RM15 VS RM109 – Mana satu yang berbaloi?

Kalau korang jenis tak kisah sarung baju terpakai, saya jamin korang pasti berpuas hati dengan membeli pakaian bundle. 

Kalau pandai cari (atau bahasa orang bundle, ‘menyelam’), korang akan jumpa pakaian yang masih dalam kondisi elok. Kalau jumpa jenama yang Tok sebutkan atas tadi, itu bonus untuk korang. 

Dalam ekonomi sekarang ni, orang bijak akan cari alternatif dalam membeli pakaian. Kalau ada pilihan untuk beli baju dalam kondisi elok dan branded pada harga bawah RM50, korang tak nak ke? 

#2: Peluang borong pakaian sebanyak mungkin? 

Sebab harga pakaian bundle yang murah, korang boleh beli sebanyak mana yang korang mampu. Kadang-kadang dengan modal bawah RM100 pun, banyak beg plastik yang korang boleh bawak balik. 

Tapi yang ni, bergantung kat gred pakaian yang korang nak dapatkan. Kalau gred tinggi, harganya akan jadi lebih mahal berbanding dengan gred yang rendah. 

Lebih-lebih lagi kalau pakaian tu rare (susah nak dapat). Biasanya, ini tertakluk kat brand (jenama) pakaian tu. Jangan terkejut pulak kalau baju Supreme bundle, orang jual harga RM300. 

#3: Pasaran bundle, ada macam-macam jenis 

Macam yang kita cakap sebelum ni, ada macam-macam pasaran dalam dunia pakaian bundle ni. Dan setiap jenis pasaran, terdiri daripada segmen pelanggan yang tersendiri. 

Tak kira orang tempatan atau orang asing, permintaan pakaian bundle akan sentiasa ada. Dan permintaan ini, bukan sikit-sikit ya. 

Kalau korang dapat kenal pasti pasaran mana untuk korang jual, memang senang nak kasi jalan stok pakaian yang ada kat tangan korang tu. Sebab korang dah kenal pasti nak jual dekat siapa. Setuju? 

Berapa banyak anda boleh buat untung? 

Ini anggaran kiraan potensi keuntungan yang korang boleh jana dengan bisnes bundle. Katakan, modal untuk beli 1 guni pakaian bundle adalah sekitar RM600. 

Nota: Ini sekadar nak dapatkan idea kiraan kasar je. Paling rendah korang boleh dapat adalah RM200 seguni. Ada potensi korang boleh dapat lagi murah kalau rajin mencari. 

Dalam 1 guni tu, ada lebih kurang 400 hingga 500 helai pakaian. Benda pertama yang koran buat lepas buka guni, adalah gredkan pakaian yang korang dapat tu. 

Korang boleh buat macam ni: 

  • Gred A. Harga jual = RM15 ke atas. Katakan, korang ada 100 helai, 
  • Gred B. Harga jual = RM10. Katakan, korang dapat 100 helai, 
  • Gred C. Harga jual = RM5. Katakan, korang dapat 200 helai. 

Anggaran keuntungan yang korang akan dapat adalah seperti berikut: 

  • Gred A. RM15 X 100 helai = RM1,500, 
  • Gred B. RM10 X 100 helai = RM1,000, 
  • Gred C. RM5 X 200 helai =RM1,000. 


Jumlah anggaran keuntungan yang korang bakal dapat adalah sebanyak RM3,500. Tolak dengan modal RM600 tadi, korang akan dapat untung bersih RM2,900. 

Kalau korang dapat jual 50% saja, korang masih boleh dapat untung sebanyak RM1,150! Keuntungan tu, masih cun! 

Untuk korang yang serius nak mulakan bisnes ni, ini apa yang patut korang buat: 

Langkah #1: Berapa banyak modal yang anda perlukan? 

Sebagai permulaan, kira dulu berapa modal permulaan yang korang kena keluarkan. 

Contoh yang korang kena masukkan dalam kiraan seperti: 
  • Berapa guni pakaian bundle yang korang nak order? 
  • Kalau nak sewa kedai, berapa kos yang korang perlukan (deposit, sewa bulanan, dan sebagainya)? 
  • Kalau ada kedai, dah tentu kena sediakan kos bil eletrik dan air. Berapa banyak kos semua ni? 
  • Kalau korang nak buat bisnes bundle secara online (guna Instagram atau Facebook), korang kena kira sekali modal pengiklanan. 
Boleh jugak nak masukkan modal untuk tarik followers, tapi kita tak galakkan. Lebih elok lagi korang usaha untuk tarik followers yang betul. 

Dengan kata lain, tumpukan perhatian untuk tarik followers secara organik. Ini mungkin akan ambil sedikit masa, tapi lebih berbaloi sebab korang dapat prospek yang tulen (genuine). 

Langkah #2: Daftar bisnes anda laju-laju 

Daftar bisnes korang cepat-cepat kat SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). 

Bawak sekali salinan IC dan 3 nama cadangan syarikat. Korang tulis dalam kolum bidang perniagaan, “Menjual Barang Serbaneka dan Runcit.” 

Dalam masa 1 jam, dah boleh dapatkan lesen SSM korang. Senang je, kan? 

Langkah #3: Mula order pakaian bundle anda 

Yang ni, bergantung kat modal permulaan korang tadi. Ikut bajet yang korang tentukan. 

Satu je pesan kita.... Sebelum korang laburkan modal besar, tak salah untuk mulakan secara kecil-kecilan terlebih dulu. Test market, bak kata orang. 

Dan bila dah order apa yang korang nak, fokus untuk jual habis barang-barang korang tu. Tak elok jugak kalau 1st batch tak habis lagi, korang dah gatal nak order baru. Kalau tak terjual, siapa yang nak tanggung kerugian tu? 

Langkah #4: Belajar tangkap gambar produk yang power 

Kalau berniaga guna platform media sosial, korang tak boleh elak gunakan elemen visual. Jadi, kebolehan korang untuk tangkap gambar produk yang baik akan bantu perniagaan korang. 

Untuk tujuan ni, sila rajinkan diri gunakan Google atau YouTube dan belajar cara tangkap gambar yang menawan mata pelanggan. 

Belajar teknik komposisi fotografi seperti Rule of Third, Depth of Field, dan sebagainya. Semua elemen ini akan bantu korang tangkap gambar yang menarik untuk dipaparkan kat prospek. 

Nak lagi awesome? Korang boleh belajar cipta ayat iklan yang power. Ilmu copywriting jugak dapat membantu. 

Langkah #5: Mulakan bisnes anda 

Tanpa lengahkan masa, mulakan perniagaan korang. 

Kita galakkan korang buat sendiri semua perkara (dari ambil stok, menjual, dan sebagainya) dalam tempoh 3 bulan pertama. 

Ini supaya korang tahu selok-belok bisnes ni, sebelum gajikan orang lain. 

Dan yang paling penting – KENAL PELANGGAN KORANG. Dapatkan testimoni mereka selepas selesai urusan jual beli, dan tanya lebih lanjut tentang barang yang mereka nak dapatkan. 

Sentiasa berusaha untuk buat promosi, tak kira secara fizikal atau digital. Ini penting supaya lebih ramai orang tahu yang anda ada bisnes ini. 

Langkah #6: Stabilkan bisnes bundle anda 

Kalau korang berusaha sambil disulam dengan ilmu yang betul, senang-senang korang nak balik modal dalam tempoh masa 3 bulan. 

Kalau jualan tak berapa memberansangkan, tingkatkan lagi usaha kat pemasaran dan jualan. Pada masa yang sama, baiki segala kelemahan yang korang dapat kenal pasti. 

Bisnes adalah sebuah proses. Jadi, korang kena bersedia dari sudut mental dan fizikal secukupnya. 
Langkah #7: Masa untuk kembangkan bisnes bundle anda 

Kalau korang dah boleh jana pendapatan yang baik dengan bisnes bundle tadi, korang boleh kembangkan bisnes dalam niche pakaian bundle yang lain pulak. 

Contohnya sebelum ni, korang fokus untuk jual pakaian kanak-kanak saja. Lepas dah dapat pulangan dan sustain bisnes tu, korang boleh beralih untuk fokus kat pasaran barang bundle yang rare pulak. 

Dah banyak contoh yang korang boleh tengok untuk perkara ini. Paling senang, korang bahagikan kepada jenis pakaian, seperti: 

  • T-Shirt, 
  • Beg, 
  • Kasut, 
  • Jeans, 
  • Seluar khakis, dan sebagainya. 


Untuk setiap satu akaun Instagram, korang hanya fokus pada satu jenis produk saja. 

Ini akan mudahkan prospek membeli barang kat korang. Dan korang pun tahu, followers korang tepat dengan target market barangan yang korang jual. 

Pada pengamatan kitalah ... bisnes bundle ni memang boleh berjaya gila-gila. Dengan syarat, korang buat dengan ilmu yang betul. 

Yang penting, korang jangan ragu-ragu dengan kebolehan diri korang. Apa yang penting, korang berani ambil tindakan segera. 









Khamis, 27 Jun 2019

Ciri-ciri Isteri Solehah







Buku ini tidak khusus ditujukan kepada anak dara yang hendak bernikah dan ingin menghiasi dirinya dengan sifat-sifat isteri solehah, sekaligus mempersiapkan dirinya untuk merealisasikan serta menyempurnakannya. Buku ini juga bukan dikhususkan untuk wanita yang telah bernikah dan berhasrat mempunyai ciri-ciri isteri solehah yang membantunya untuk di Syurga kelak.

Buku ini sekali lagi tidak juga dikhususkan untuk wanita yang kurang ambil peduli untuk merawat kekurangan diri serta mengingatkan dirinya akan segenap sisi kekurangannya, seterusnya memperbaiki dirinya dan rumah tangganya yang berharga. Akan tetapi ia lebih umum merangkumi kesemua kumpulan ini, bahkan ia merupakan peringatan bagi seorang ayah yang menginginkan anak-anak wanitanya agar membesar dengan baik, hidup dengan kemuliaan dan memasuki alam rumah tangga yang menepati kehendak Allah dan Rasul-Nya SAW.

Juga untuk para ibu kerana kebanyakan anak perempuan membesar dengan akhlak dan sikap yang mereka pelajari daripada si ibu. Bahkan untuk para pendakwah mengambil berat terhadap perkara ini, di samping berusaha menyebarkan sifat-sifat mulia, akhlak-akhlak terpuji serta tatasusila yang diberkati, supaya ia menjadi sifat yang sentiasa dilazimi para wanita dalam masyarakat yang beriman. Lebih-lebih lagi kita hidup sekarang ini pada zaman wanita diperangi dengan perang-perang yang tidak pernah berlaku sebelumnya, melalui medan yang bermacan ragam, saluran yang tidak terhitung banyaknya, kesemuanya bertujuan menghancurkan harga diri, kemuliaan, kesempurnaan, keindahan, keimanan, akhlak serta keistimewaan seorang wanita. Kaca televisyen dan skrin komputer meresapkan segala budaya tidak berakhlak masuk ke dalam akal, buah fikiran serta hati nuraninya tanpa perlu wanita itu keluar rumah sama sekali.

Ajaibnya Sedekah






Perniagaan Bundle Boleh Menguntungkan

Bisnes bundle dilihat tidak begitu eksklusif di mata pengusaha atau peniaga-peniaga besar. Namun perniagaan ini sangat relevan dengan pelanggan daripada orang kebanyakan dan mempunyai pelanggan setianya. Ia boleh mendatangkan keuntungan jika kita tahu cara menjualnya.


Bisnes bundle adalah perniagaan yang menjual barangan terpakai atau reject. Maksud bisnes bundle ini adalah barangan atau produk yang diambil oleh pemborong secara pukal dan mereka menjualnya terus atau kepada peniaga lain. Barangan atau produk yang diambil boleh jadi bukanlah barang baru yang biasanya boleh dijual dengan harga yang mahal. Biasanya barangan sebegini tidak dijual pada harga standard atau dengan harga yang mahal. Biasanya jualan bundle ini terletak pada tawar menawar antara pembeli.

Apa yang dapat dilihat adalah pelanggan barangan bundle ini adalah dari golongan muda atau bujang. Mereka arif menilai sesuatu barang yang dipamerkan. Perlu anda ingat biasanya produk bundle ini adalah dari barangan yang berjenama. Mungkin ini yang menyebabkan ia mempunyai pelanggan setia.

Yang menariknya bisnes bundle ini tidak memerlukan sewa kedai yang besar dan mahal, cukup dengan mempunyai sebuah van sebagai pengangkutan untuk tujuan belian dan jualan. Bisnes bundle ini boleh dimulakan dengan menjual di tepi jalan atau di pasar-pasar malam atau mana-mana program karnival dan pameran perniagaan.

Anda mungkin ada masalah untuk memulakan perniagaan ini untuk mendapatkan barangan tersebut. Ataupun mungkin yang menjadi masalah adalah produk apakah yang boleh dijual untuk tujuan tersebut.

Adalah disarankan beberapa barangan atau produk yang boleh dijual melalui konsep bisnes bundle ini :

  • Menjual barangan berasaskan pakaian seperti baju, seluar, kasut, topi, tali pinggang. 
  • Menjual barangan berasaskan barangan elektrik seperti kipas, televisyen, radio. 
  • Menjual barangan berasaskan patung seperti soft toy. 
  • Menjual barangan berasaskan teknologi komunikasi seperti komputer, telefon. 








Usahawan Bundle Jana Pendapatan Lumayan

Siapa sangka dengan hanya menjual pakaian bundle boleh menghasilkan keuntungan yang sangat lumayan kepada sestengah pihak. Bundle yang dahulunya ibarat suatu benda yang lapuk dan tidak selalu disebut-sebut, tetapi telah menjadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan pada masa kini. Perniagaan bundle jauh lebih berbeza dengan masa sekarang. Bundle pada masa kini sering sahaja menjadi perbualan dan mendapat sambutan yang sangat hebat dalam kalangan masyarakat.


Bundle boleh diertikan dengan pakaian pakaian yang terpakai yang mempunyai kualitinya yang tersendiri. Barang bundle itu sendiri seperti baju, seluar, handbag, kasut dan sebagainya biasanya dijual dengan harga yang murah dan berpatutan.

Barang-barang bundle ini kebanyakkannya adalah daripada barang yang original yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Antara jenama yang sering disebut-sebut ialah Levis, Dockers, Polo, Harley Davidson dan pelbagai lagi. Barang bundle ini kebiasaanya diimpoet dari luar negara seperti US, Jepun dan Korea. 

Kebiasaanya, apabila kita bercerita tentang bundle, apa yang terlintas di minda kita ialah stok bundle ini tidak seperti stok yang berada di butik-butik ternama dipusat membeli- belah. Stok bundle itu sendiri didatangkan dalam sekumpulan guni atau lebih. 

Menurut salah seorang pemuda yang telah berjaya dalam bidang bundle ini, bermula dengan hanya minat dengan pakaian-pakaian seperti ini yang dikatakan mudah didapati dan mempunyai kualitinya yang tersendiri, sekaligus membuatkan aktiviti yang dahulunya hanyalah suka-suka bertukar kepada bisnes yang lebih serius.

Mohd Firdaus bin. Mat, seorang pemuda yang berusia 25 tahun, minatnya mula berputik dalam perniagaan bundle ini adalah bermula dengan melihat rakan beliau yang lain berniaga bundle dengan begitu baik dan dapat menghasilkan sambutan yang sangat menarik daripada ramai pihak.

Bermula dari situ, beliau mula berkecimpung berniaga barang-barang bundle ini secara kecil-kecilan dengan hanya membuka kedai dikaki lima, tepi jalan dan hasilnya sangat mengalakkan.

Berbekalkan kemahiran dan pengetahuan tentang bundle ini, Mohd Firdaus bin. Mat bertekad untuk membuka sebuah kedai daripada hasil yang begitu memberangsangkan tentang jualan beliau. Dengan hasil usaha gigih dirinya sendiri, beliau telah berjaya membuka sebuah kedai diatas namanya sendiri yang diberi nama sebagai STYLO BUNDLE di daerah Parit Buntar, Perak. Kedai ini beroperasi dari 10 pagi hinggalah 7 petang.

Daripada hasil kedai yang telah ditubuhkan itu, beliau mendapat keuntungan yang sangat lumayan antara RM5000-RM6000 sebulan. Sambutan yang diberikan oleh orang ramai yang betul-betul minat terhadap bundle ini sangat menggalakkan. Selain perniagaan yang beroperasi di kedai, beliau juga selalu mengadakan event bundle seperti festival bundle dan sebagainya untuk memperkenalkan lagi kedai beliau kepada orang ramai.

Menurut beliau lagi, matlamat utama beliau untuk lebih serius dalam perniagaan bundle selain daripada menambahkan pendapat ialah untuk mengubah persepsi segelintir masyarakat yang menganggap bundle itu sebagai barang yang tiada nilai. Seperti yang diketahui, tidak semua orang suka dengan pakaian bundle ini, malah ada yang menganggap barang bundle ini barang kotor dan buruk.

Bagi Mohd Firdaus Bin. Mat, bundle mempunyai nilainya yang tersendiri dan beliau pernah berkata ‘ jika kita pergi ke kedai makan , kita tidak kisah cawan dengan pinggan itu adalah bekas orang guna, mengapa kita hendak kisah tentang pakaian juga’. Baginya bundle adalah sama dengan pakaian-pakaian yang lain. Hanya yang betul-betul memahaminya sahaja yang dapat menilai barang bundle itu sendiri. 

Dengan tidak langsung, perniagaan bundle pada masa sekarang sedikit sebanyak telah mengubah persepsi masyarakat berbanding dahulu. Perniagaan telah berkembang lebih maju searus dengan teknologi yang membangun di negara kita. Bundle nampak biasa, tetapi hasilnya sangat luar biasa.








Selasa, 25 Jun 2019

8 Tempat Borong Bundle Terbaik Thailand

Nak borong dari China jauh sangat. Nak borong dekat Thailand tak tahu tempat borong pulak? Itulah nasib peniaga yang baru nak start berniaga. Nak cari lubuk bundle pun perlu bayar orang untuk dapatkan maklumat tu je. Bukan semua orang nak kongsi Free kalau taka da bayarannya kan hehe..


Kenapa bundle Thailand?

Thailand adalah negara yang paling hampir dengan Malaysia (Semenanjung Malaysia). Boleh guna kereta je masuk Thailand, kalau ada bajet banyak sikit boleh naik Flight ke sana. Kenapa mesti bundle Thailand? Bundle Singapura tak ada ke? Atau bundle Indonesia? 

Ini semua kerana nilai mata wang!

Berapa duit Thai Baht berbanding ringgit Malaysia?

Ketika artikel ini ditulis, nilai 1 Baht bersamaan dengan RM 0.13 .... So, kalau 10 Baht duit kita baru RM 1.30 wow.. 

Lokasi atau Tempat Borong Murah Di Thailand 

Sebenarnya boleh je korang beli borong bundle tanpa pergi ke Thailand. Asalkan korang tahu siapa agent yang boleh dipercayai boleh bawa masuk barang bundle dalam kargo. Kalau tak memang habis barang di tahan pihak Kastam di kargo nanti. 

Jika korang bercadang untuk memborong barang bundle dari Thailand, dibawah ini adalah 8 tempat borong paling popular di Thailand: 

1. Pratunam Market Bangkok, Thailand

Pasar Pratunam adalah salah satu pasar utama Bangkok, dan merupakan pasaran pakaian terbesar di Thailand. Nama Pratunam bermaksud "pintu air". 

2. Rong Kluea Market, Aranyaprathet, Thailand

Pasar Rong Kluea , juga dikenali sebagai Pasar Klong Luek di Thailand , yang bermaksud Pasaran Gudang Salut. Ia terletak di Daerah Aranyaprathet , Wilayah Sa Kaeo 250 kilometer dari Bangkok . Terdapat 1380 kedai, kebanyakannya dari pihak Kemboja . Di pasaran ini terdapat banyak produk seperti tembaga yang digilap, lama dan baru. Porcelain pinggan mangkuk, pakaian, elektronik murah, bakul ikan, dan banyak lagi. Menjual beg fesyen, beg tangan, dan lain-lain.' 

3. Old Rong Kluea Market, Thailand

Fokus pada Produk Kedua dan Produk Borong. 

4. Dayt Thai Market, Thailand

Kebanyakan produk adalah kasut, fesyen, tentera walaupun lama dan baru atau diperbaiki.

5. Bayn-ja wan Market, Thailand

Penuh dengan produk baru dengan harga kilang, seperti beg, kain dan kasut.

6. Chatuchak Market, Thailand

Pasar Weekend Chatuchak, di Jalan Kamphaeng Phet 2, Chatuchak, Bangkok, adalah pasaran terbesar di Thailand. Juga dikenali sebagai Pasar JJ, ia mempunyai lebih daripada 15,000 gerai dan 11,505 vendor, dibahagikan kepada 27 bahagian. 

7. Bobae Market, Bangkok, Thailand

Bobae , adalah sebuah pasar yang terkenal untuk pakaian murah dan murah. Kawasan pasaran menawarkan dua tempat membeli-belah besar di pasar Bobae Market dan Menara Bobae, yang merupakan gedung besar.

Pasar Bobae diasaskan sekitar tahun 1927 oleh kumpulan Thai-Chinese yang berkumpul untuk menjual produk tempatan seperti air kelapa , teh , kopi , atau pelbagai produk pertanian. Sebelum bertukar kepada jualan barang atau barang bekas semasa Perang Dunia II dengan menjual gerai. Pada mulanya, pakaian yang dijual adalah orang yang mati dalam perang. Kemudian, apabila pasaran lebih makmur dan terkenal. Ia telah berkembang sebagai kedai runcit hari ini. Tetapi elang jalanan masih tetap unik. 

Pasar dibuka dari pukul 6:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari, Kemudian pada waktu malam, akan ada penjual lain untuk mewarisi dan akan menjual seperti ini hingga subuh hari yang lain. Terutama pada waktu malam, ini adalah pasaran yang sangat sibuk 

8. Khlong Ngae @ Krongek, Thailand

Orang Malaysia selalu panggil pasar Khlong Ngae sebagai Krongek. Pasar Krongek atau Nat Krongek atau Bundle Krongek merupakan salah satu tempat bagi peminat-peminat bundle yang ingin membeli barangan ini dengan harga yang lebih murah berbanding harga yang dipasarkan di Malaysia. Kedudukan kawasan ini terletak di wilayah Sadao, Songkhla Thailand dimana jarak diantara Padang Besar ke Khlong Ngae adalah 31.3KM manakala jika melalui pos imigresen Bukit Kayu Hitam jaraknya adalah 32.5KM. Boleh dikatakan 90% adalah barangan bundle sama ada kasut, baju, seluar, 

Semoga membantu. 









CONTEST SAYA NAK DUIT RAYA



Assalamualaikum semua dan salam sejahtera .... okey hari nie adda ada terjumppa satu contest .... agak lama jugalah adda dah lama tak join ... sebab x de sape nak ajak kita ... hihihih .... gurau je

Hari nie adda x lah sihat sangat .... tapi kuat kan jua nak terjah blog kawan semua ... 


adda nak ajak korang semua join contest nie ... bagi meriah sikit .... 









Isnin, 24 Jun 2019

8 Sebab Kenapa Anda Perlu Buat Bisnes Baju Bundle

Dalam ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, nilai matawang RM semakin tidak stabil dulu 1 USD hanya RM3 je sekarang dah RM4. Begitu mencabar dalam meningkatkan kestabilan kewangan keluarga dan diri sendiri. Maka, tak hairanlah ramai antara kita memilih untuk berjimat. 


Salah satu cara berjimat adalah membeli barangan terpakai yang berkualiti dan mampu milik. Barangan bundle mempunyai penggemarnya tersendiri. Masih banyak baju yang kekal dengan kualiti serta jenama walaupun terpakai. Bisnes baju bundle memang ramai yang buat tetapi apakah rahsia mereka sehingga menarik perhatian peniaga baru menceburi bisnes bundle ini?

8 Sebab Kenapa Anda Perlu Buat Bisnes Baju Bundle

Disini, saya akan kongsikan dengan anda beberapa sebab musabab mengapa anda perlu buat bisnes baju bundle.

1. Perniagaan yang sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang

Tidak dinafikan, saya sendiri pun membeli baju bundle. Antara yang selalu saya cari adalah seluar jeans, baju coat dan kasut. Pantang nampak kedai bundle mesti masuk mencari 3 barang ni. Kalau rezeki bagus, jumpa lah yang sesuai dengan saiz badan. Harga tak payah cakap lah, jauh lebih murah daripada harga asal.

2. Orang tidak kisah berbelanja atau berkira-kira untuk membeli

Pernah nampak tak kedai bundle? Pernah nampak tanda harga Buy 1 Free 1, atau Buy 3 RM10? Semua ni memang betul-betul menarik perhatian saya. Kalau kata nak beli baju untuk anak-anak, beli 9 helai pun hanya RM30 ! Cuma cari dekat mall, 9 helai ni dah cecah RM200 kalau yang berjenama sikit.

3. Baju original dan berkualiti tinggi

Peminat bundle memang tahu lah jenama pakaian rare dan vintaj yang ada sekarang ni. Baju-baju ini memang kebanyakkannya original dan berkualiti tinggi. Walaupun digunakan bertahun-tahun tetapi tetap tahan dan boleh dipakai.

4. Mempunyai pengikut pakaian bundle sedia ada

Pakaian bundle ni dah ramai yang suka. Disebabkan pakaian original dan berkualiti, ramai je yang mencari baju yang rare untuk dibeli. Pakaian tersebut memang susah lah kita nak dapat, penggemar bundle ni selalunya direct dengan pembekal bundle untuk dapatkan baju tersebut.

5. Kos modal yang sangat minimum

Anggaran kos modal permulaan untuk bisnes bundle adalah bawah RM1000. Andaikata korang baru nak mula bisnes baju bundle, beli lah 1 guni bundle dahulu dan cuba jual. Kos seguni lebih kurang RM300-RM800. Jumlah pakaian pula lebih kurang 100 helai. Margin keuntungan lebih kurang 50%-60%.

6. Keuntungan berlipat kali ganda

Jika dalam seguni baju bundle baju budak, anggaran harga adalah dalam RM600 dan ada lebih kurang 400-500 helai. Mula-mula anda perlu gredkan helaian tadi kepada 3 bahagian.

Contohnya:-

  • Gred A RM 15 keatas (Bonus) ada 100 helai = RM 15 x 100 helai = RM 1500
  • Gred B RM 10 (Modal) ada 100 helai = RM 10 x 100 helai = RM 1000
  • Gred C RM 5 kebawah (Untung) ada 200 helai = RM 5 x 200 helai = RM 1000

Jumlah ada RM 3500.00 dengan modal RM 600.00 je... untung bersih RM 2900.00 !

Katakan 50% je yang terjual RM 3500.00 / 2 = RM 1750 - modal RM 600.00 = Masih untung lagi RM 1150.00 !

Untung tak??

7. Menjadi pilihan orang tempatan dan warga asing

Sewaktu saya baru habis belajar di IPTA, saya pernah bekerja di sektor pembinaan. Boleh dikatakan, seluar dan baju yang saya gunakan untuk bekerja di site semuanya saya beli di kedai baju bundle. Seluar jenas dan kain yang sangat berkualiti memang sangat sesuai untuk kerja yang mencabar. Jangan kata saya, orang bangla dan indon pun beli baju dan selaur bundle juga. Bukan saja murah, malah lebih tahan. Sayang nak pakai seluar baru masuk site kan?

8. Semua pakaian boleh dijual termasuk buruk dan rosak

Dalam bisnes bundle ni, tiada istilah tak boleh jual. Semua pakaian boleh dijual walaupun buruk dan rosak. Dengan syarat perlu jual dengan harga yang sangat murah, misalnya RM1 sehelai atau beli 3 RM5. Ramai je yang nak beli pakaian ni biarpun ada rosak sedikit. 

Ini adalah 8 sebab utama kenapa anda perlu buat bisnes baju bundle. Saya yakin, ramai yang sependapat dengan saya diluar sana. Bisnes bundle ni memang boleh mengaut keuntungan tinggi dan mudah untuk dilakukan.

Walaubagaimanapun, jika anda baru bercadang nak mulakan bisnes baju bundle, saya cadangkan anda dapatkan Ebook Lubuk Bundle - Panduan Borong Barang Bundle Gred A Di Thailand ini untuk rujukan dan panduan memulakan perniagaan baju bundle nanti.







Hari terbuka Sekolah 2019


Alhamdulillah selesai juga program Hari terbuka Sekolah ... jenuh jugak kita naik tangga turun tangga .... 

Dari pukul 9 pagi sampai pukul 11 pagi baru selesai .... bukan satu kelas tau ... tapi 5 kelas ... huhuh ... penat melayan karenah budak bujang ... tapi best tengok dia punya teruja nak jumpa cikgu dan kawan2.



Nie je lah yang kita boleh tayang gambar sempena program Hari terbuka Sekolah.... 

Tips Memulakan Bisnes bundle



Kaji dahulu market sebelum memulakan perniagaan jangan mulakan dengan membuta tuli, nanti anda merana :) seelok-eloknya mula secara kecil kecilan seperti berniaga di rumah atau online..

Pilih guni yang semua orang pakai,contoh t shirt dan jeans adalah target setiap kedai bundle

Pilih lokasi kedai yang strategik ini adalah teramat penting 

Dapatkan ilmu bundle daripada pakar2 bundle atau peniaga bundle..








Ahad, 23 Jun 2019

Mobile Copywriting Generator

Anda seorang usahawan? Online atau ofline?

Selalu stuck nak buat ayat power?



Tingkatkan mutu copywriting anda dengan Mobile Copywriting Generator ni !






Sabtu, 22 Jun 2019

Ini ilmu wajib buat peniaga!

Ini khas buat anda yang menjalankan perniagaan, sama ada secara online atau pun offline. Ataupun bagi anda yang baru berniat untuk mulakan bisnes. 


Selain ilmu tentang marketing & sales.. Ada satu ilmu yang wajib dipelajari jika nak run bisnes untuk tempoh jangan masa panjang, iaitu tentang percukaian.

Sebagai peniaga, kita memang tak dapat lari dari membayar cukai. Saya recommend untuk anda belajar ilmu bijak cukai di sini.

Semoga ia membantu! 









Tudung Kanak-kanak Marshmallow Elle














Tudung Kanak-kanak Marshmallow Elle adalah tudung sedondon ibu dan anak istimewa dari TudungSiComel yang dijahit menggunakan material Moss Crepe Istimewa serta dihias dengan reben ceria yang mampu membuatkan Puan dan Si Comel puan tampak lebih comel.



RM2k untuk belajar ilmu ini!

Setiap orang kena ada ilmu pasal cukai ni.


Awal tahun lepas, sahabat saya bayar hampir RM2,000 semata-mata untuk hadir ke satu seminar yang ajar pasal cukai.

Sebab, dengan cukai ni kita boleh dapat lebih banyak faedah dari bank. Tapi jika anda nak lebih jimat, anda tak perlu laburkan hingga RM2,000..

Saya rekemenkan ebook Tuan Khairul Amal Hashim yang dah hampir 20 tahun pengalaman dalam bidang cukai.

Ini saya nak bagi senarai MASALAH CUKAI yang sering kita hadapi:
  • Tidak tahu bagaimana cukai dikira
  • Membayar cukai lebih dari sepatutnya
  • Dokumen transaksi perniagaan tidak disimpan dan rekod tak lengkap.
  • Bukti pelepasan yang dituntut hilang.
  • Tidak faham bagaimana pelepasan boleh dituntut.
  • Tidak pernah didedahkan dengan pengecualian dan galakan cukai.
  • Sering dikenakan penalti dan kompaun. 


Semua tu berlaku sebab kita buat tanpa ilmu cukai yang betul.

Fahami strategi kurangkan cukai dan dapat pula manfaat daripada cukai yang kita bayar.






Jumaat, 21 Jun 2019

Contoh alat tulis yang selalu digunakan terjual di ebay

Ramai yang pening tidak tahu nak jual barang apa di Ebay. Untuk penjual baru mungkin boleh ambil idea dari artikel ini. Startegi untuk menjual alat tulis ni adalah volume. Untung sedikit tetapi dijual dalam kuantiti yang banyak. Sudah tentu kalau 2 ataupun 3 jenis alat tulis sahaja yang dijual memang untungnya sedikit.

Salah satu cara untuk menjual alat tulis adalah dengan banyak adalah berunding dengan supplier. Minta kebenaran dengan supplier untuk mengambil gambar dahulu kemudian jual di ebay. Beritahu sahaja supplier itu yang nak jual barang secara dalam talian. Skil berunding dengan supplier ni biasanya dari pengalaman ataupun dengan belajar dengan orang yang berpengalaman.

Jika supplier itu memberi kerjasama yang baik, anda akan diberitahu barang mana yang tengah ada diskaun. Barang mana yang sudah tiada stok lagi selepas ini. Informasi ini yang penting.

Jika tidak jumpa supplier jangan risau. Shopee kan ada. Untuk permulaan jadikan Shopee sebagai sumber supplier. Selepas sudah lama dan keyakinan sudah tinggi disebabkan barang sudah banyak terjual, cari supplier. Ini adalah salah satu faktor untuk bertahan lama di Ebay.

Sekarang mari lihat alat tulis yang sudah terjual di ebay dan ianya dijual oleh penjual dari Malaysia. Anda boleh cari barang ini di Shopee ataupun di kedai alat tulis yang berhampiran. Contoh disini marker Stabilo Boss yang laku di ebay dan boleh dibeli di Shopee






Stabilo Swing Cool juga laku di ebay. Boleh lihat harga yang laku di ebay dan berapa harga yang boleh dibeli di Shopee







Gam UHU pun laku juga di ebay. Mana nak beli ni macam biasa lah. Boleh beli di Shopee 










Sudah dapat idea barang apa yang nak dijual kan. Barang ini boleh dihantar menggunakan khidmat Pos Malaysia. Boleh beli secara dalam talian. Jual barang online, beli barang pun online juga.

Untuk dapatkan ilmu tentang cara-cara menjual di ebay dengan lebih advance sila klik link di sini.


Sumber