My Follower

Sabtu, 29 Disember 2018

PANTANG LARANG SHOPEE .... JANGAN SESEKALI LANGGAR!

Di Shopee, ada pantang larangnya yang tersendiri. Pantang larang atau peraturan sebegini sangat penting untuk memastikan platform ini dapat terus berjalan dan berfungsi dengan baik serta tidak melanggar sebarang akta. 


Polisi Barang Terlarang 

Memang di Shopee anda boleh jual apa sahaja. Tetapi, ada beberapa perkara yang anda tidak boleh jual disini.

Jika difikirkan logik akal sekalipun, memang tidak patut sekiranya anda terfikir dan menjual barang-barang yang bakal dinyatakan ini. 

Tapi, lebih baik sekiranya anda baca, hadam dan faham kesemuanya yang terdapat didalam polisi ini.

1. Pelanggaran Terma dan Syarat Polisi Barang Terlarang - Bagi setiap pelanggaran polisi, anda berkemungkinan besar dikenakan tindakan berikut:
  • Segala listing anda akan di”delete”
  • Anda akan disekat beberapa hak atau “features” untuk akaun anda
  • Akaun anda akan digantung atau ditamatkan
  • Tindakan undang-undang

2. Senarai Barang Terlarang
  • Produk berasaskan haiwan dan hidupan liar
  • Artifak dan barang antik
  • Wang dan cop palsu
  • Kad kredit dan debit
  • Sebarang jenis wang termasuklah wang digital
  • Dadah dan ubat-ubatan 
  • Peralatan komunikasi yang tidak didaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan peralatan elektronik yang sama seperti TV descrambler, pengesan radar, pengawal signal trafik, alat pengesan panggilan dan alat perakam panggilan
  • Barang yang disekat
  • Senjata api dan senjata seperti semburan serbuk lada, replika, “stun gun” dan lain-lain
  • Barang-barang yang berkaitan dengan kerajaan atau polis seperti pakaian seragam dan juga lencana
  • Barang yang tidak dilabel dengan betul
  • Barang curi
  • Bahan-bahan cetak, buku, filem, video dan permainan video yang tidak mematuhi undang-undang percetakan dan penerbitan 
  • Tobacco atau yang berkaitan dengan tobacco
  • Saham
  • Mesin slot
  • Racun serangga
  • Tiket loteri
  • Alatan untuk “lock-pick”
  • Anggota badan dan organ manusia
  • Makanan terlarang : Untuk keselamatan pengguna, penjual tidak dibenarkan untuk menjual sebarang makanan atau berkaitan dengan makanan seperti berikut:
  1. Makanan yang mendakwa mampu untuk menyembuhkan dengan cara yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan kajian kesihatan dan sains
  2. Beracun atau berisiko untuk memberikan keracunan
  3. Produk tenusu yang tidak dibasmi kuman
  4. Cendawan liar
  5. Makanan yang berisiko untuk membahayakan kesihatan

Banyak sebenarnya barang-barang yang dilarang di Shopee. Sebelum anda menjual, sangatlah digalakkan untuk anda melihat dahulu senarai ini supaya anda tidak akan dikenakan sebarang tindakan daripada pihak Shopee mahupun pihak berkuasa.

Kalau anda tahu apa yang tak boleh dijual tapi tak tahu apa yang terbaik untuk dijual, anda tak akan mampu untuk menjana pendapatan sebanyak mungkin dengan Shopee.

Jadi, cara yang terbaik adalah dapatkan panduan Rahsia Shopee.

Dengan Rahsia Shopee:
  • Anda tak akan terlanggar sebarang peraturan
  • Anda tidak akan meletakkan diri anda dalam masalah
  • Anda akan memaksimumkan potensi anda untuk berjaya
  • Anda akan kurang membuat kesilapan
  • Anda berpeluang untuk mendapat bimbingan daripada pakar dan banyak lagi

Penting untuk anda dapatkan panduan dan bimbingan yang betul jika anda benar-benar mahu berjaya. Jadi, better anda dapatkan panduan ini sekarang juga!




Tiada ulasan: