My Follower

Jumaat, 25 Januari 2019

TUGAS ANDA SEBAGAI DROPSHIP

Jom kita recap maksud dropship ni. Dropship merupakan sebuah bentuk bisnes mudah tanpa modal atau tanpa modal yang besar yang tidak memerlukan anda untuk menyimpan barang/stok dan melakukan penghantaran.


Mudah kan kerja dropship ni? Segala urusan yang berkaitan barang akan diselesaikan oleh owner atau pembekal produk. Disebabkan oleh hal ini, ramai yang memilih untuk melakukan dropship. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. 

Yang berjaya, mudah je sebab yang membawa kepada kejayaan dia. Dia tahu apa tugas dia sebagai dropship. Yang gagal? Dia tahu tugas sebagai dropship tapi cara pelaksanaannya salah atau dia tak tahu langsung tugas dia sebagai dropship. Jadi, anda termasuk dalam kategori mana?

TUGAS DROPSHIP #1 : PEMASARAN 

Apa yang anda perlu fokuskan adalah melakukan pemasaran sesuai dengan modal yang anda ada. Banyak je teknik pemasaran yang ada dalam dunia ni. Ada yang berbayar. Ada yang percuma. Ada juga yang menggabungkan kedua-dua teknik ni. 

Setakat ni, dah berapa teknik yang anda tahu? Kalau tahu saja tak cukup. Dah berapa teknik yang anda tahu dan pernah apply? Kadang-kadang tu, anda tak perlukan teknik gempak-gempak pun untuk anda berjaya sebagai dropship ni. Mungkin teknik yang paling simple pun dah cukup untuk anda. Apa yang penting adalah, anda tahu cara nak maksimumkan potensi teknik tersebut dan teknik tersebut sesuai dengan produk anda.

TUGAS DROPSHIP #2 : CARA MENJUAL

Ramai dropship yang mengambil mudah bahagian ini. Ramai yang menyangka cukup dengan hanya display produk yang ingin dijual dan orang ramai akan terus contact untuk membeli.

Ramai juga yang post di media sosial dan tulis entah apa-apa yang dia “rasa” prospek dia nak tahu. Nak berniaga ni tak boleh main rasa-rasa. Anda kena tahu apa yang anda buat tu betul atau salah. 

Anda kena ingat satu perkara. Untuk produk tersebut, bukan anda seorang sahaja yang jadi dropship, ejen, stokis dan sebagainya. Ada kemungkinan puluhan lagi, atau ratusan dan mungkin juga ribuan penjual lain yang menjual produk yang sama seperti anda.

Apa sebab orang nak kena beli daripada anda? Special sangat ke anda ni? Haa.. Bila dah timbul persoalan ni, anda wajib baca tugas dropship yang seterusnya.

TUGAS DROPSHIP #3: NILAI 

Nilai atau value merupakan elemen terpenting yang membezakan anda dengan penjual lain yang menjual produk yang sama seperti anda. So, tugas anda yang seterusnya adalah cari satu nilai yang penjual lain tak dapat tiru.

Saya bagi contoh ye. Kalau ada sesiapa yang membeli dengan anda, dia akan dapat satu kad dan satu cop. Cukup 10 cop kat atas kad tu, dia boleh claim hadiah daripada anda. 

Kalau dropship, anda boleh cop sendiri kad tersebut dan update pelanggan anda berapa cop dah dia dapat. Sebabnya, kalau anda nak hantar kad dan cop tu macam susah sangat kecualilah kalau anda ada kedai yang pelanggan boleh walk-in. 

Mudah kan tugas sebagai dropship ni? Kalau anda nak belajar cara yang lagi mudah sebagai dropship, saya cadangkan anda untuk fokus pada platform Shopee. Kalau anda nak tahu lebih lanjut, anda boleh KLIK SINI.




Tiada ulasan: