My Follower

Isnin, 24 Jun 2019

8 Sebab Kenapa Anda Perlu Buat Bisnes Baju Bundle

Dalam ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, nilai matawang RM semakin tidak stabil dulu 1 USD hanya RM3 je sekarang dah RM4. Begitu mencabar dalam meningkatkan kestabilan kewangan keluarga dan diri sendiri. Maka, tak hairanlah ramai antara kita memilih untuk berjimat. 


Salah satu cara berjimat adalah membeli barangan terpakai yang berkualiti dan mampu milik. Barangan bundle mempunyai penggemarnya tersendiri. Masih banyak baju yang kekal dengan kualiti serta jenama walaupun terpakai. Bisnes baju bundle memang ramai yang buat tetapi apakah rahsia mereka sehingga menarik perhatian peniaga baru menceburi bisnes bundle ini?

8 Sebab Kenapa Anda Perlu Buat Bisnes Baju Bundle

Disini, saya akan kongsikan dengan anda beberapa sebab musabab mengapa anda perlu buat bisnes baju bundle.

1. Perniagaan yang sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang

Tidak dinafikan, saya sendiri pun membeli baju bundle. Antara yang selalu saya cari adalah seluar jeans, baju coat dan kasut. Pantang nampak kedai bundle mesti masuk mencari 3 barang ni. Kalau rezeki bagus, jumpa lah yang sesuai dengan saiz badan. Harga tak payah cakap lah, jauh lebih murah daripada harga asal.

2. Orang tidak kisah berbelanja atau berkira-kira untuk membeli

Pernah nampak tak kedai bundle? Pernah nampak tanda harga Buy 1 Free 1, atau Buy 3 RM10? Semua ni memang betul-betul menarik perhatian saya. Kalau kata nak beli baju untuk anak-anak, beli 9 helai pun hanya RM30 ! Cuma cari dekat mall, 9 helai ni dah cecah RM200 kalau yang berjenama sikit.

3. Baju original dan berkualiti tinggi

Peminat bundle memang tahu lah jenama pakaian rare dan vintaj yang ada sekarang ni. Baju-baju ini memang kebanyakkannya original dan berkualiti tinggi. Walaupun digunakan bertahun-tahun tetapi tetap tahan dan boleh dipakai.

4. Mempunyai pengikut pakaian bundle sedia ada

Pakaian bundle ni dah ramai yang suka. Disebabkan pakaian original dan berkualiti, ramai je yang mencari baju yang rare untuk dibeli. Pakaian tersebut memang susah lah kita nak dapat, penggemar bundle ni selalunya direct dengan pembekal bundle untuk dapatkan baju tersebut.

5. Kos modal yang sangat minimum

Anggaran kos modal permulaan untuk bisnes bundle adalah bawah RM1000. Andaikata korang baru nak mula bisnes baju bundle, beli lah 1 guni bundle dahulu dan cuba jual. Kos seguni lebih kurang RM300-RM800. Jumlah pakaian pula lebih kurang 100 helai. Margin keuntungan lebih kurang 50%-60%.

6. Keuntungan berlipat kali ganda

Jika dalam seguni baju bundle baju budak, anggaran harga adalah dalam RM600 dan ada lebih kurang 400-500 helai. Mula-mula anda perlu gredkan helaian tadi kepada 3 bahagian.

Contohnya:-

  • Gred A RM 15 keatas (Bonus) ada 100 helai = RM 15 x 100 helai = RM 1500
  • Gred B RM 10 (Modal) ada 100 helai = RM 10 x 100 helai = RM 1000
  • Gred C RM 5 kebawah (Untung) ada 200 helai = RM 5 x 200 helai = RM 1000

Jumlah ada RM 3500.00 dengan modal RM 600.00 je... untung bersih RM 2900.00 !

Katakan 50% je yang terjual RM 3500.00 / 2 = RM 1750 - modal RM 600.00 = Masih untung lagi RM 1150.00 !

Untung tak??

7. Menjadi pilihan orang tempatan dan warga asing

Sewaktu saya baru habis belajar di IPTA, saya pernah bekerja di sektor pembinaan. Boleh dikatakan, seluar dan baju yang saya gunakan untuk bekerja di site semuanya saya beli di kedai baju bundle. Seluar jenas dan kain yang sangat berkualiti memang sangat sesuai untuk kerja yang mencabar. Jangan kata saya, orang bangla dan indon pun beli baju dan selaur bundle juga. Bukan saja murah, malah lebih tahan. Sayang nak pakai seluar baru masuk site kan?

8. Semua pakaian boleh dijual termasuk buruk dan rosak

Dalam bisnes bundle ni, tiada istilah tak boleh jual. Semua pakaian boleh dijual walaupun buruk dan rosak. Dengan syarat perlu jual dengan harga yang sangat murah, misalnya RM1 sehelai atau beli 3 RM5. Ramai je yang nak beli pakaian ni biarpun ada rosak sedikit. 

Ini adalah 8 sebab utama kenapa anda perlu buat bisnes baju bundle. Saya yakin, ramai yang sependapat dengan saya diluar sana. Bisnes bundle ni memang boleh mengaut keuntungan tinggi dan mudah untuk dilakukan.

Walaubagaimanapun, jika anda baru bercadang nak mulakan bisnes baju bundle, saya cadangkan anda dapatkan Ebook Lubuk Bundle - Panduan Borong Barang Bundle Gred A Di Thailand ini untuk rujukan dan panduan memulakan perniagaan baju bundle nanti.







Tiada ulasan: