My Follower

Selasa, 2 Julai 2019

101 Soalan Yang Anda Perlu Tanya Peguam Sebelum Beli Hartanah





Buku ini adalah hasil pengalaman kami dalam menjawab pelbagai persoalan yang sering ditanya oleh Client kepada Perunding Hartanah dan Peguam Hartanah Kami menghimpunkan persoalan yang menjadi perbincangan umum dalam transaksi jual beli hartanah

Buku ini juga adalah sebagai panduan asas beberapa proses yang akan dilalui oleh penjual dan pembeli hartanah. Melalui pengalaman kami dalam bidang hartanah, ramai yang ingin membeli atau menjual hartanah mereka. Namun, mereka tidak begitu faham proses transaksi jual beli dan bagaimana perunding hartanah dan peguam berperanan dalam menguruskan semua transaksi jual beli sehingga pembeli dapat memiliki hartanah tersebut dan penjual memperolehi duit keuntungan dari proses jual beli yang dijalankan

Pembeli dan penjual mempunyai andaian dan tanggapan mereka sendiri mengenai proses jual beli hartanah Kebanyakan informasi mereka perolehi dari intemet atau kawan-kawan.

Informasi yang mereka perolehi adalah benar, namun mereka perlukan pihak ketiga seperti Perunding Hartanah dan Peguan Hartanah untuk merungkai persoalan yang tersimpul dibenak fikiran mereka. Tiada istilah standard dalam pengurusan transaksi jual beli. Setiap kes yang berlaku, sudah pasti mempunyai proses dan cabaran yang tersendiri.

Seringkali kita mendengar cerita-cerita ngeri dalam proses jual beli hartanah. Ada kes dimana transaksi jual beli mengambil masa yang bertahun-tahun untuk diselesaikan: 
  • Ada juga kes yang sampai kesudah proses masih belum selesai. 
  • Ada penjual yang menjual hartanah mereka, sehingga kini masih ternanti-nanti untuk mendapat duit keuntungan dari hasil Jualan hartanah mereka. 
  • Ada juga pembeli dan penjual yang ditipu kerana mendapat khidmat nasihat dari individu yang salah atau yang mempunyai agenda tersendiri

Kombinasi Perunding Hartanah dan Peguam Hartanah ini menjadikan adunan yang terbaik dalam penghasilan buku ini. Kami yakin dan percaya, buku ini akan memberikan anakan dan ilmu pengetahuan kepada pembaca mengenai proses jual beli hartanah di Malaysia.

Tiada ulasan: