My Follower

Jumaat, 5 Julai 2019

Jangan Buat 5 Kesilapan Biasa Pelabur Unit Trust Berikut

Pelaburan unit trust adalah satu alat pelaburan yang baik.


Namun, sama seperti apa-apa peralatan yang lain ia perlu diuruskan dengan cara yang betul.

Memandangkan pelaburan adalah cerita tentang masa depan, kita tidak dapat tahu dengan pasti adakah pelaburan unit trust itu pasti untung atau tidak. Dengan mengelakkan dari buat 5 kesilapan ini, kita dapat urus risiko pelaburan dengan lebih baik seterusnya menambah kebarangkalian untuk untung.

Silap #1 Beli Unit Trust Yang Macam Pisang Goreng Panas

“Fund kami beri return 47% pada tahun lepas!”

Barangkali kita pernah terbaca brosur, flyers pelaburan unit trust seperti ini.

Beli fund tersebut tidak salah. Apa yang tidak betul ialah kita beli fund tersebut semata-mata fund tadi DAH buat untung pada tahun lepas. Dan kita ada persepsi yang fund tadi pasti mengulangi keuntungan macam itu juga pada tahun-tahun akan datang.

Ini tandanya kita TAK BACA disclaimer berikut yang ditulis dalam dokumen-dokumen rasmi yang disediakan.

“Past performance is no guarantee of future results.”

Dan ayat yang sama waktu dengannya.

Silap #2 Jual Sebab Harga Unit Trust Tengah Jatuh

Tidak ada orang yang nak pelaburan dia rugi.

Dan apa yang kita perlu faham dalam apa-apa pelaburan, turun naik harga itu adalah perkara yang normal.

Waktu bull market tengah bersemangat, harga memang akan naik cepat. Waktu bear market pula tengah power, harga pasti jatuh dengan cepat. Dalam dunia yang sempurna, kita pasti nak beli pada harga paling rendah dan jual semula pada harga paling tinggi. Malangnya, dunia tersebut tidak wujud.

Jadi kita kena faham, bersedia dengan fenomena turun naik harga ini. Kalau kita “takut” sebab harga jatuh dan terus nak jual maka barangkali sebab …

Silap #3 Beli Unit Trust Yang Tak Sesuai Dengan Diri Sendiri

Secara umumnya unit trust ni ada beberapa jenis.
  • Melabur dalam saham medium to small-cap
  • Melabur dalam saham bluechip
  • Melabur dalam bond / sukuk
  • Beli money market
Kombinasi semua di atas

Ingat kata-kata yang ramai orang sebut ni:

“High risk, high (potential) return”

Unit trust kategori yang fokus beli saham medium to small-cap ini selalunya yang disebut sebagai fund yang mempunyai higher risk berbanding fund yang beli bond / sukuk.

Jadi, kalau untung pun fund dalam kategori ini yang dapat bagi return paling banyak. Dan kalau rugi pun selalunya inilah kategori fund yang bagi rugi paling besar. Fair tak?

Kalau kita bukan pelabur agresif, sebenarnya kita tak sesuai beli fund yang macam itu. Sebab tu tak sanggup tengok ‘kerugian’ yang sedang berlaku.

Masa berbincang, fokus kepada berapa yang kita sanggup rugi dulu dan bukan nak nak kejar untung aje. Sanggup rugi cuma 5% tapi berharap dapat return 30% ?

Berbincang… eh bincang dengan siapa? Baca seterusnya.

Silap #4 Tak Tahu Pilihan ‘Advisor’ Yang Ada

Seterusnya tepuk dada tanya ilmu.

Untuk pelabur yang dah power, maka barangkali dia sesuai beli unit trust secara online. Tak payah guna ejen. Pelabur ini dikenali sebagai pelabur DIY (Do-It-Yourself).

Tapi jika perlukan seseorang untuk membantu maka ini pilihan-pilihan yang ada:

1. Menerusi Ejen

Ada kira-kira 60,000 ejen unit trust di Malaysia.

Ejen ini mewakili syarikat untuk memasarkan produk unit trust kepada bakal pelabur. Oleh sebab ejen ini sangat ramai dan aktif maka ramai pelabur unit trust cuma terdedah untuk melabur melalui ejen sahaja.

Antara sebab lain kenapa pelabur masih pakai ejen juga adalah disebabkan online platform yang ada tak menawarkan fund yang dia nak beli. Jadi kena cari ejen syarikat tersebut juga.

Cara menggunakan ejen ialah cara yang paling mudah untuk bermula dengan modal kecil.

2. Menerusi Licensed Financial Planner

Jumlah Licensed Financial Planner ketika artikel ini ditulis tak sampai 1,000 orang.

Licensed financial planner mewakili klien untuk mencari pelaburan yang terbaik. Setelah membuat official engagement (sudah tentu ada advisory fee), maka licensed financial planner dapat mencari dan seterusnya mencadangkan beberapa pilihan yang bersesuaian tanpa terikat dengan mana-mana syarikat unit trust.

Licensed financial planner mesti ada sijil profesional macam Certified Financial Planner (CFP), Islamic Financial Planner (IFP), Registerd Financial Planner (RFP), Shariah RFP atau Chartered Financial Consultant (ChFC). Tak boleh berhenti setakat ada sijil. Kemudian mesti berlesen bawah Suruhanjaya Sekuriti.

3. Menerusi Asset Management Companies

Fund manager pun boleh bantu pelabur unit trust.

Nak jadi fund manager pun bukan senang. Kebiasaannya mereka yang jadi fund manager ini memang ada ijazah dalam bidang berkaitan kewangan (jadi mereka memang benar-benar minat bidang ni) dan ada exam khas yang wajib lulus menerusi Suruhanjaya Sekuriti.

Pendek cerita, technical knowledge dan competency seorang fund manager ini memang lebih berbanding dengan yang lain. Iyalah, dah itu kerja mereka. Hari-hari buat.

Harus difahami, modal yang diperlukan untuk cara ini adalah lebih tinggi ya, tuan puan.

Silap #5 Tak Urus Bakul Telur Dengan Betul

Asset allocation.
Portfolio management.
Risk management.

Benda-benda macam itulah.

Pelabur DIY dia dah tahu benda-benda ni. Nak jadi pelabur DIY, maka kena lah ada ilmu pelaburan. Tidak ada kena belajar. Baru boleh jadi your own investment advisor.

Kalau bukan jenis pelabur DIY, maka ini ialah intipati perbincangan dengan ‘advisor’ masing-masing. Bukan sekadar jumpa untuk sign form sahaja.

Contohnya, ada RM 100 ribu. Tak kisah lah guna duit KWSP atau tunai. Macam mana rupa bentuk ‘bakul telur’ yang dicadangkan tu? Apa nak buat kalau ada telur ayam tembelang? Telur itik boleh campur tak?

Ya. Benda-benda macam itu!





Tiada ulasan: