My Follower

Khamis, 18 Julai 2019

MEE RACUN









Bahan
Mee kuning 1 paket (celur)
Daging batang pinang (agak2 dan hiris nipis)
Tomato 2 biji (belah 2)
Kiub pati ayam 1
Sos tomato 2sb
Sos cili 3sb
Gula perang (agak2)
Garam secukup rasa
Tepung jagung 1sb (bancuh air)


Bahan Kisar
Cili kering 10 tangkai
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 biji
Halia 1 inci
Belacan 1 inci


Bahan Hiasan
Telor rebus
Tauhu goreng
Sawi (celur)
Lada merah
Lada hijau
Bawang goreng
Daun bawang
Daun sup
Limau kasturi


Cara Menyediakan

  1. Hiris daging dan rebus sampai empuk..letak tepi dulu..
  2. Panaskan minyak..tumis bahan kisar sampai betul2 pecah minyak..kemudian masukkan sos cili, sos tomato, kiub ayam dan Air dalam 4 cawan.. biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan daging..gula garam secukup rasa.. buah tomato dan tepung jagung, kacau2 sampai kuah pekat sikit.. jgn pekat sangat k... 
  4. Sedia dihidangkan bersama mee kuning.. dan letak bahan hiasan.. siap








Tiada ulasan: