My Follower

Isnin, 2 September 2019

3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wang...

Saya tak paksa anda untuk bersetuju dengan apa yang saya kogsikan ini, tapi saya tak sanggup untuk biarkan anda berada dalam keadaan sentiasa tertanya-tanya  apa sebenarnya cara nak berjaya mengurus wang dengan betul.


Saya selalu menerima pertanyaan dari orang ramai, yang nak berjaya, yang nak bayar hutang yang nak bawa ibu bapa menunaikan Umrah dan Haji, yang nak berikan pendidikan dan masa hadapan terbaik untuk anak tapi mereka terkongkong oleh beberapa faktor bahawa mereka tak tahu dengan cara apa mereka dapat urus wang dengan betul dan perbaiki hidup.

Kerja makan gaji bertahun-tahun tak membuahkan hasil yang lebih baik untuk jangka panjang. 

Mereka tak tahu nak bermula dari mana, apa lagi nak konsisten buat sesuatu yang boleh beri mereka kepuasan dan kejayaan.

Jadi berikut 3 perkara yang anda perlu tahu sebelum urus wang...

1.Wang, Pendapatan Dan Kekayaan Bukanlah Perkara Yang Sama!

Ramai yang berpendapat wang, pendapatan dan kekayaan adalah perkara yang sama.

Ramai ingat bila ada wang dan pendapatan mereka banyak, maka mereka dah rasa boleh hidup kaya raya.

Sebaliknya urus wang bukan macam tu, bukan berapa banyak yang kita dapat sebaliknya ianya tentang berapa banyak yang kita simpan dan bagaimana kita berbelanja serta menguruskannya! 

2.Urus Wang Bukannya Tentang Wang Semata-mata 

Sebaliknya Ianya Tentang Sikap & Tabiat!

Harus diingat, untuk berjaya dalam pengurusan wang, perkara utama yang perlu diberikan perhatian adalah sikap dan tabiat kita. 

Ini penting bagi memastikan alat kewangan yang ada dapat digunakan bagi membantu kita memperolehi hasil sebagaimana yang kita inginkan.

Jika sekiranya kita tidak memahami sikap dan tabiat pengurusan kewangan kita, maka adalah sukar untuk kita mencapai matlamat kewangan yang telah kita rancang sebelum itu. 

Sebab itulah kita boleh lihat semakin ramai individu yang berhadapan dengan masalah kewangan sebaik mereka mula memperolehi pendapatan yang lebih besar. 

Semakin besar pendapatan, semakin besar pula perbelanjaan dan hutang pinjaman mereka!

3. Urus Wang Adalah Kerja Sepenuh Masa!

Urus Wang sebenarnya bukan setakat membuat bajet bulanan, membayar bil setiap bulan, membuat simpanan, membeli polisi insuran atau pelan takaful, atau melaburkan wang, sebaliknya ianya lebih daripada itu. 

Ramai yang tidak mengambil berat dan bersikap sambil lewa tentang pengurusan kewangan, kesannya kedudukan kewangan mereka akhirnya berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.

Apa yang penting dan harus anda fahami dan ingati selalu, pengurusan wang bukan hanya dilakukan sebulan sekali malahan ianya merupakan tugasan atau kerja yang perlu anda lakukan secara SEPENUH MASA!

Ya, SEPENUH MASA! Tiada PART TIME macam buat kerja atau pun bisnes!

Ini kerana jika anda beranggapan ianya sebagai satu kerja part time, anda tidak akan bersungguh-sungguh untuk melakukannya dan apa yang pasti hasilnya pun tidak seberapa…


Tiada ulasan: