My Follower

Rabu, 23 Oktober 2019

KUNCI KEWANGAN KESYUKURAN DAN KEJAYAAN

Kisah benar ini berlaku ketika saya berada di Brunei suatu ketika dulu atas urusan kerja beberapa tahun lalu. Hikmah ceritanya ialah saya berjaya mencapai apa yang saya ada pada hari ini dengan izin Allah. Ketika itu saya ke Brunei bersama seorang mentor, juga merangkap rakan niaga.


Beliau nie adalah mentor yang kelihatan paling selekeh walaupun berstatus jutawan. Kisahnya begini saya membeli ubat gigi berharga RM2. Semasa berada di bilik hotel saya membuang resit ubat gigi itu ke dalam tong sampah dan berkata di hati saya, inilah yang saya terlepas pandang.

“Alah, RM2 ringgit sahaja, tidak mengapa pun kalau tidak catat.”

Mentor saya mengambil balik resit tersebut di dalam tong sampah, dan mencatat perbelanjaan RM2 tersebut di dalam buku perbelanjaan syarikat. Beliau berpesan,

“Hans, wang ringgit adalah satu amanah besar dianugerahkan Allah kepada kamu untuk diuruskan dengan baik. Walaupun harga barang itu hanya RM2, kita perlu tunjukkan dan buktikan kepada Yang Maha Kuasa bahawa kita menguruskan setiap sen anugerahNya itu dengan amanah, jujur dan disertakan rasa syukur.”

Tambahnya lagi,

“Jika kita pandang RM2 itu dengan nilai yang kecil, maka kecillah kita akan dapat. Jika kita pandang RM2 itu dengan nilai yang sangat besar disertakan rasa kesyukuran yang tinggi maka besarlah kita akan dapat.” Mungkin kita pernah lihat sebilangan individu atau syarikat yang sudah mencapai ‘wang besar’. Kemudian hilang balik apa yang dimiliki dalam sekelip mata atau sedikit demi sedikit. Mungkin juga kita sendiri pernah alami situasi ini.

MENSYUKURI NIKMAT YANG KECIL AKAN MEMBAWA NIKMAT YANG BESAR

Pesan beliau,

Setinggi mana pun tahap kita sekarang, menghargai dan mensyukuri sekecil-kecil nikmat membantu kita mencapai lebih banyak rezeki luar jangka secara terus menerus.

Elok juga kita pasakkan di minda kita dan disemat di sanubari firman Allah swt ini :

”Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku lagi kepadamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”.

(Surah Ibrahim 14:7)

Jika sebaliknya,

kita boleh hilang apa yang dimiliki sekarang dan tidak mustahil jatuh miskin kerana kita seolah-olah membuktikan kepada pencipta bahawa kita tidak layak menguruskan rezeki milikNya.

Andai kita tidak tahu bersyukur dengan yang sedikit, pastinya tidak akan tahu bersyukur dengan yang banyak.

Allah Maha Mengetahui sejauh mana hati kita, kalau yang sedikit pun tak tahu bersyukur, mengeluh sana sini, kalau yang banyak pasti lalai dan lupa diri lupa Tuhan jadinya.

Tuan-tuan dan cikpuan-cikpuan yang mulia hatinya, pengurusan mantap kewangan individu atau syarikat adalah salah satu bukti kukuh kita kepada Maha pencipta, bahawa kita layak memegang amanahNya.

Amalan bersedekah dan berzakat yang ada diabadikan dalam SOP Buku 555 juga adalah salah satu bukti kukuh kita kepada Maha Pencipta, bahawa kita layak atau memegang amanahNya Yang Maha Kaya. Sebelum kita kaya harta, perlu kaya Jiwa. Nak kaya Jiwa kena BERANI HIDUP MEMBERI.

Seterusnya layak untuk dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah selama hidup kita di dunia. Setiap sen itu juga akan di- hitung di akhirat sana.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555(Workbook RMR+KMR sekarang.



Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini 

Share Share n Share


Nak ikuti Laporan harian Projek Bahtera ?







Tiada ulasan: