My Follower

Ahad, 6 Oktober 2019

MODAL HATI

Banyak orang merasa rendah diri dan terpinggir. Mahu kerja, tahap pendirikan kurang tinggi. Mahu bisnes, modal tiada.


Mari kita lakukan Loncatan Energi.

Sedar dan yakinlah bahawa rezeki dan seluruh isi alam ini Allah yang punya.

Kita usaha di level rohani lebih dulu. Baiki hati, indahkan budi. Luaskan kesedaran, baiki keyakinan.

Kerja dan bisnes bukanlah penentu kadar rezeki kita.

Baby yang baru lahir tiada kerja dan bisnes, tapi Allah siapkan semua keperluannya.

Kucing, burung, dan anjing-anjing di jalanan tiada kerja dan bisnes tapi Allah jamin semua keperluannya.

Selalu dan selalu, ego kita merasa harus ada usaha sendiri, ada kerja pangkat besar biar nampak gah. Padahal rezeki Allah itu sentiasa mencari jalan untuk datang kepada kita melalui orang-orang lain dan makhluk-makhluk lain.

Fikiran dan keyakinan sempit kita saja yang menghalang terjadinya aliran rezeki yang lancar dari Allah.

Cuba kita hidup lebih banyak menggunakan hati dan rasa, akan lebih baik lah keadaan kita.

Bagaimana hidup dengan hati?

Lebih banyak syukur, baiki keyakinan, banyak zikir, tingkatkan sabar, selalu belajar lebih merasa bahagia, simpati pada orang lain, suka memberi dan membantu orang, elakkan mengeluh, dan lain-lain lagi.

Kita usaha di level rohani, tidak perlu ada pendidikan tinggi, tidak perlu pengaruh besar, tidak perlu kenal para YB dan para menteri.

Kita semua ada Hati, itulah modal kita yang paling besar. Dengan mengolah rohani kita mengubungkan diri kepada Tuhan, yang memiliki segala sumber-sumber alam semesta yang melimpah tanpa batas ini.

Tingkatkan harapan anda. Jangan putus asa dan merasa tiada apapa.

... Love no Limit ...

Semoga bermanfaat untuk semua...


Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555(Workbook RMR+KMR) sekarang.

Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang

Ada masalah hutang? baca ni dulu. Langkah nak selesai hutang cepat !



Tiada ulasan: