My Follower

Jumaat, 29 November 2019

7 Perkara Penting Dalam Pemasaran

Selalunya kita dengar mengenai 4P dalam pemasaran iaitu PRODUK, PRICE, PLACE dan PROMOTION sahaja kan.. ini perkara yang paling asas dalam pemasaran.


Hari ni saya nak share sesuatu yang advance sikit, iaitu 7P pula. mungkin anda dah tahu tapi percayalah,masih ramai yang belum tahu.

Produk - Kenalpasti produk yang boleh menarik perhatian pelanggan termasuklah design, warna, saiz dan sebagainya. Apa kelainan dan USP produk.

Price - Kenalpasti nilai kos dan nilai jualan kepada pelanggan. Adakah berbaloi dan kompetitif.

Place - Kenalpasti lokasi terbaik untuk menjual dan dimana lubuk pelanggan berada sama ada online mahupun offline.

Promotion - Kenalpasti jenis pemasaran nak digunakan dan dimana platform atau channel yang terbaik. Faktor masa juga memainkan peranan penting.

People - Kenalpasti kelompok manusia yang terlibat dalam pemasaran seperti owner sendiri, pekerja, pesaing dan pelanggan. Bagaimana mereka ini bertindak dalam pemasaran yang dipilih.

Process - Kenalpasti apa proses yang terlibat termasuklah kaedah terbaik dalam penghasilan produk dan penyampaian produk.

Physical - Kenalpasti prasana, fasiliti dan aset yang ada untuk kegunaan pemasaran. Jika fokus pada premis, tentukan penampilan dan taktik pemasaran yang sesuai untuk menarik pelanggan.

Banyak pulak kan nak fikir.. takpe, buat permulaan fokus pada 4 yang utama dulu. Nanti yang lain akan kena sentuh juga walaupun sedikit bila sampai masanya.

Ok, saya nak tunjuk anda satu bahan yang boleh bantu dalam pemasaran anda. Bahan ini boleh bantu untuk hasilkan gambar iklan yang lebih padu dan responsif. Ada 900 lebih template yang anda boleh guna terus atau edit guna powerpoint saja.





Tiada ulasan: