My Follower

Sabtu, 30 November 2019

Kisah Ahmad

Pada suatu hari, Ahmad ini seorang ilmuan aliran sufi telah didatangi oleh seorang pakar fizik lulusan luar negeri. Sebab Ahmad ini mengaji metafizik juga.

Pakar itu seorang Muslim namun ilmunya yang terlalu tinggi dan banyak sedikit pun tidak membuatkan beliau hampir dengan Allah SWT, malah makin hari makin jauh. Makin temboh berhala dunia dalam diri iaitu AKU. Pakar itu percaya bahawa Tuhan itu tidak wujud, dan semua kejadian di bumi ini berlaku dengan sendirinya.

Sisa iman pakar itu masih mahu mendengar penjelasan yang dapat memuaskan hatinya yang resah gelisah. Kesian dia, jauh perginya belajar di seberang laut, bahasa melayu pun dah bunyi slang British. Puas dia hadiri kuliah dan ceramah, banyak lembaran kitab sudah disemak, namun hatinya masih belum menyakini kewujudan Tuhan yang mewujudkan seluruh alam.

Kesimpulannya, segala keterangan tentang Tuhan hanyalah untuk mewujudkan semangat spiritual dan moral dalam diri manusia. Bagi dia, Tuhan adalah simbolik penyatuan, bukanlah kuasa yang hakikatnya wujud.

Pakar fizik itu pergilah menemui Ahmad demi melunaskan rasa dahaga, dan ingin jawapan yang boleh memuaskan hatinya.

"Tuan guru, buktikan pada saya Tuhan itu wujud," katanya kepada si Ahmad ini.

'Lihatlah pada dirimu, wahai anak muda. Kewujudan dirimu itu sudah terang lagi nyata membuktikan kewujudan Tuhanmu," balas Ahmad kepada si pakar fizik tadi.

"Ya, itulah jawapan yang saya sering dengar daripada ramai orang. Saya tidak puas hati," balasnya.

"Jika engkau tidak puas hati, sekarang aku bertanya. Buktikan dirimu itu wujud," ucap Ahmad si lelaki sufi tadi.

"Hah? Saya sedang berdiri di hadapanmu. Ini bukti nyata!"

"jadi, engkau mahu bukti wujudnya Tuhan sama seperti wujudnya dirimu?" soal Ahmad lagi.

Si pakar fizik tadi terdiam sebentar, melihat akan dirinya sendiri. Kemudian dia mengeluarkan buku daripada beg dan melukis.

"Tuhan, lihat kertas ini. Kosong. Kemudian saya lukis numbers di atas kertas ini. nah, tadi lukisan ini tidak wujud. Sekarang ia ada dan dapat dilihat, maka ia wujud," terang pakar itu dengan penuh semangat kepada Ahmad.

"Jadi, bagaimana pula dengan kejadian manusia dan alam?" soal Ahmad si budak sufi itu tadi

"Analoginya samalah seperti lukisan ini!" jawab pakar itu.

"Oh, seperti lukisan itu. jadi siapakah yang melukisnya?

Ia terhasil dengan sendiri ka?" Ahmad si budak sufi tersenyum memandang pakar fizik itu dan menepuk bahunya sambil berlalu pergi.

Lelaki pakar fizik itu tertunduk, diam membisu seribu bahasa seolah-olah mengerti maksud yang ingin disampaikan oleh Ahmad si budak sufi itu tadi.

Jom belajar melalui ebook Magnet Rezeki Cara Allah?





Nak tips PERCUMA Magnet Rezeki & pesanan nasihat terus ke hati setiap hari melalui email?



Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Nak ikuti Laporan harian Projek Bahtera ?

👉🏻 https://t.me/ProjekBahtera



Tiada ulasan: