Kali ni saya nak kongsikan 5 tips untuk kerah ejen-ejen yang berkualiti tinggi. Tips ni adalah hasil pemerhatian dan perkongsian bersama tauke-tauke produk yang pernah berkolaborasi.
1 - Matlamat Kena JELAS
Anda kena share matlamat bisnes, misi dan misi bisnes sejelasnya. Ini untuk elakkan mereka sesat dengan halatuju bisnes dan tak nampak bagaimana anda dan bisnes anda mampu bantu mereka.
2 - Tetapkan Sasaran
Tetapkan sasaran kepada ejen anda. Ia mungkin sasaran jualan/leads atau apa saja yang mampu ejen anda capai. Kemudian kena bantu mereka capai sasaran tu kerana tanpa sasaran, mereka mungkin tak akan bergerak..
3 - Tetapkan Rules
Ramai yang buat silap kerana tak setup rules atau do's & dont's yang jelas. Ini kena tetapkan awal dan pantau selalu. Perkara penting yang perlu ditetapkan adalah seperti peraturan harga, bahan promosi, pembahagian kawasan, dan sebagainya.
4 - Insentif dan Imbuhan
Ejen anda perlukan sesuatu untuk jadi sumber inspirasi dan motivasi mereka untuk bertindak. Berikannya mengikut tahap pencapaian mereka. Contohnya seperti bonus, hadiah, sponsor umrah dan sebagainya supaya mereka lebih jelas dengan target yang nak dicapai.
5 - Bimbingan
Jangan biarkan ejen anda bersendiri tanpa bimbingan. Berikan mereka ilmu yang sewajarnya. Anda boleh guide mereka dalam wasap, telegram, fb live dan sebagainya. Kalau takde masa, upah orang atau hantar saja mereka ke kelas/bengkel yang berkaitan.
Kena set dalam kepala, kalau sales ejen anda tinggi, sales anda akan turut meningkat bukan?
Bukan mudah nak bina ejen yang ad kualiti dan mampu gandakan sales anda. Banyak kerja anda sebenarnya!
Saya rekemen anda hadam panduan FSE ini. Saya juga sedang belajar dari panduan ni, dan saya nampak ia boleh beri impak besar dalam bisnes anda.
Saya bukan saja-saja rekemen, sebab ia memang HIGH VALUE FOR MONEY dan sangat berkualiti. Tambahan lagi ia dihasilkan oleh dua rakan saya yang memang industry player dalam melatih ejen-ejen dan team sales.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan