My Follower

Isnin, 3 Disember 2018

Seribu Rindu



Bagi Maisarah, cinta pertamanya adalah Airel dan kawan sehidup sematinya adalah Irfan. Dia tak boleh buang Irfan hanya kerana Airel tak suka. Tapi apabila kisah keluarganya memaksa dia dan Airel berpisah, Irfan datang bersama lamaran. Tak disangka rupanya selama ini Irfan mencintainya. 

Menerima Irfan kerana mahu lari dari Airel dan mahu menukar kebiasaan menjadi sebaliknya memang agak sukar. Tapi sesungguhnya cinta itu tak bersyarat. Kesempurnaan seorang Irfan buatkan Maisarah jatuh cinta kali kedua dan dia tutup kisahnya bersama Airel. Namun, mahligai mereka diuji hebat. Saat Irfan hampir putus asa, Airel muncul sebagai doktor yang berjanji untuk menyembuhkan. Tapi di sebalik janji tersebut, ada cagarannya. 

Maisarah jadi keliru, sama ada dia masih kekal bersama Irfan hanya kerana kasih atau kerana kasihan. Rupanya, menjadi kuat itu sangat memenatkan. Adakah Maisarah akan mengalah dan meminta untuk dilepaskan?



Tiada ulasan: