Rasanya ramai yang dah pernah dengar dan tahu apa itu dropship. Sekarang pun makin banyak tawaran untuk menjadi dropship bagi sesebuah produk. Lagi best, ada tawaran yang berani claim akan dapat sekian-sekian angka jualan dalam sekian-sekian masa.
Anda pun apa lagi, rasa excited nak cuba disebabkan oleh claim tersebut. Tapi realitinya, tawaran tersebut tak beritahu pun sebenarnya laluan yang anda kena tempuh untuk dapatkan pulangan lumayan tu.
Semua cerita benda manis-manis je. Perit susah dropship, tak pernah pulak orang nak cerita. Kalau betul mudah, kenapa dropship anda boleh gagal? Kalau dikaji balik, peluang untuk anda berjaya dengan dropship ni lagi tinggi dari peluang untuk anda gagal.
Kat bawah ni saya akan share dengan anda beberapa sebab kenapa dropship anda boleh gagal.
1. Teknik menjual yang salah
Ramai yang menggunakan platform media sosial untuk terus menjual. Platform tu dah nice. Tapi cara anda yang tak nice. Anda terus menjual tanpa mengkaji dulu samada friends/followers anda sesuai ke tak dengan produk tersebut. Hasilnya? Segala post anda akan krik krik. Awal-awal mungkin ada ramai yang klik, tapi bila dah lama-lama, orang pun dah mula meluat dan ignore post anda.
Copywriting atau cara anda menulis manfaat produk pun perlu ditulis dengan ilmu, bukan main rasa sedap sendiri je. Sebab tu kalau anda tanya saya, saya akan recommend platform lain untuk anda menjual seperti di Shopee sebabnya anda tak perlukan kemahiran copywriting yang tinggi tapi anda boleh terus buat sales dengan banyak.
2. Zero product knowledge
Product knowledge atau pengetahuan anda mengenai produk yang anda jual pun sangat-sangat penting kalau anda nak buat sales lebih banyak. Anda sendiri tak pernah tengok, tak pernah guna dan tak pernah pegang produk tersebut. Jadi, macam mana anda nak cerita kebaikan produk tersebut kepada orang lain?
Satu, cara paling mudah adalah anda beli dan guna dulu produk yang anda nak jual tu. Tu cara terbaik dan terpantas untuk anda belajar mengenai produk anda. Dua, cara lain yang saya boleh kongsi dengan anda adalah, tengok testimoni. Biasanya owner produk atau pembekal pasti akan berikan anda testimoni dan bahan-bahan lain sebagai marketing tool. Gunakan testimoni tersebut untuk tambahkan product knowledge anda.
3. Anda ambil mudah mengenai bisnes
Ramai yang anggap berbisnes ni mudah. Kalau jual online, anda menganggapnya semudah post di media sosial dan orang akan terus contact anda untuk membeli. Kalau jual offline, anda ingat buka kedai dan orang akan terus datang.
Bukan macam tu. Kalau semudah tu, ramai dah yang berjaya. Tapi, ia tidaklah sesusah yang anda sangkakan. Ia akan jadi mudah kalau anda ada ilmu dan panduan yang betul.
Kalau saya, saya lagi prefer buat dropship di Shopee berbanding platform lain sebabnya saya cuma perlu kuasai beberapa basic skills sahaja dan ia tidaklah terlalu rumit dan susah macam skil-skil di platform lain.
Kalau anda nak belajar macam mana nak buat dropship paling mudah di Shopee, anda boleh KLIK SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan