Biasanya bila anda dah nekad nak buat dropship, masalah seterusnya yang akan anda alami adalah, macam mana nak cari pembekal dropship. Peratusan kejayaan bisnes dropship anda banyak bergantung pada siapa pembekal dropship anda.
Pembekal yang bagus akan meningkatkan lagi sales anda dan pembekal yang tak berapa bagus pula akan menjadi salah satu daripada punca kegagalan bisnes dropship anda. So, kali ni saya akan kongsikan dengan anda cara macam mana nak pilih pembekal dropship.
Sebelum tu, saya nak ingatkan anda bahawa anda perlu pastikan anda membuat kajian yang terperinci terlebih dahulu untuk memastikan anda mendapat pembekal yang memberikan servis yang terbaik. Jangan ambil mudah pesanan saya ni ye?
Masa penghantaran
Kan dropship ni tak perlukan anda melakukan penghantaran. Pembekal yang akan lakukannya untuk anda. Jadi, anda perlu memeriksa dulu masa yang diambil oleh pembekal tersebut untuk melakukan penghantaran.
Bayangkan segala usaha sebagai seorang dropship telah anda lakukan dengan sebaiknya, tapi spoil kat bahagian penghantaran. Pembekal anda lambat hantar barang kepada pelanggan. Anda tahu tak siapa yang akan dimarah dan menanggung feedback buruk? Pelanggan tak akan salahkan pembekal. Mereka akan salahkan anda.
Background pembekal
Cara termudah untuk anda dapatkan info mengenai background pembekal adalah menerusi dropship yang lain. Ramai pembekal yang cakap tak serupa bikin. Lain yang dijanji, lain yang diberi.
Anda perlu dapatkan feedback daripada seramai mungkin dropship untuk memastikan anda tidak tersilap dalam memilih pembekal. Anda perlukan pembekal yang serius dan komited dalam bisnes mereka. Anda juga perlukan pembekal yang melayan semua orang bawahannya sama penting tanpa mengira anda ni stokis atau dropship.
Polisi pembekal
Polisi yang berkaitan hal-hal seperti pemulangan, kerosakan dan penukaran produk perlu anda titikberatkan. Bukan apa, kalau dari awal lagi anda tak ambil tahu perkara-perkara ini, risau di kemudian harinya anda akan terpaksa menanggung berbagai jenis risiko yang akan merugikan anda.
Tanya siap-siap jika berlaku masalah sekian-sekian, apakah tindakan daripada pembekal. Mudah untuk anda membuat keputusan dan mengambil tindakan jika masalah-masalah tersebut berlaku.
Mana nak cari pembekal?
Bila anda dah tahu kriteria, anda mesti nak tahu kat mana anda boleh cari pembekal kan? Ada beberapa tempat yang anda boleh cuba:
- Google - Contoh : Dropship kasut, dropship baju, dropship (nama produk)
- Media sosial - Facebook/Instagram
Platform apa paling sesuai?
Pemilihan platform untuk anda menjual pun penting sebab ia akan menentukan kejayaan bisnes dropship anda. Kalau saya, saya suka cadangkan bagi anda yang baru bermula dengan bisnes sebagai dropship ni untuk menjual di Shopee.
Shopee ni banyak sangat kelebihannya untuk dropship. Apa kata kalau anda belek satu panduan ni yang memang confirm tak susah nak faham dan memang confirm menjadi. Anda boleh KLIK SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan