Berita terbaru datang dari Fesbuk..
Facebook dah update satu lagi policy yg mungkin lepas ni akan menyebabkan ramai pengiklan sakit kepala..
Policy baru tersebut adalah tak boleh “ask direct question” atau “make assumption about user’s personal attribute”..
Policy ini bermaksud, lepas ni anda dah tak boleh gunakan ayat dalam bentuk soalan dgn niat sengaja nak tapis minat audience. Lagi-lagi iklan headline copywriting.. kalau anda biasa nampak iklan yg ada headline macam ni ;
“Anda ada masalah rabun yg menggangu prestasi untuk belajar?”
“Suka makan coklat, tapi susah nak cari yang murah-murah?”
Nampak tak.. kan ayatnya macam nak tapis targeted prospek..Lepasni ayat2 mcm ni kena hati-hati kalau nak guna. Besar kemungkinan iklan anda akan disapproved.
Namun...
Ada satu sisi lain lagi yg saya suka nak kupas tentang masalah ini adalah ;
“Kenapa Facebook boleh sesuka hati update policy & apa kesannya kepada kita?”
Anda kena faham, Facebook mempunyai jutaan #DATABASE pengguna di seluruh dunia. Sebab tu Facebook sentiasa keluar dgn policy2 terbaru utk menjaga database pengguna nya.
Dan kita sebagai peniaga yg sekadar “menumpang”, kemudian terpaksa “membayar” semata-mata utk sampaikan iklan kita kepada database mereka, kenalah akur dgn sebarang peraturan yg ditetapkan..
Makin lama makin mencabar bukan?
Sebab tu lah ... sebagai peniaga online, kita kena ada - WAJIB ada database kita sendiri, yang disimpan dalam sistem autoresponder kita.,
Kalau fesbuk kita nak retargeting kena keluar kos, bayangkan kalau kita ada sejumlah database yang besar, kita tak perlu keluarkan kos 1 sen pun untuk promosi produk kita berkali-kali.
Antara Kelebihan Memiliki Databse
- Anda boleh tanya apa sahaja yg anda nak kepada senarai database anda
- Tak perlu bayar @ keluarkan kos berkali-kali untuk semata-mata utk hubungi database anda tentang promosi atau apa jua jualan yg anda nak buat
- Dah tak perlu risau @ pening kepala dgn masalah policy2 baru yg menyukarkan anda utk beriklan dan sebagainya
Haa.. macam mana?
Dah nampak & dah sedar kepentingan mempunyai database sendiri dalam bisnes?
Ingat, database ini sangat bernilai dalam satu-satu bisnes!
Database adalah ASET kita.
Tak kiralah walau kita buat iklan guna fesbuk ke, google ads ke, youtube ads ke, free organic ke, manual pos ke, what everlah... mesti tarik dan simpan database prospek..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan