copywriting vs storytelling
"Apa perbezaan dua ni?"
"Bila sesuai nak guna?"
First of all, fahamkan fungsinya dulu.
Copywriting ialah seni penulisan untuk membuatkan orang membeli produk, sama ada secara lembut (softsell) atau secara direct (hard sell)
Storytelling ialah salah satu jenis copywriting, penulisan dalam bentuk penceritaan untuk buat orang membeli produk tanpa menjual secara direct (hard sell)
Dua teknik penulisan ni dah lama wujud, tetapi dipopularkan melalui kelas dan seminar. Persoalan sebenar ialah, yang mana satu boleh buat sales lebih banyak?
MY POINT OF VIEW
Storytelling yang ditulis dengan betul dan tepat akan menjadikannya viral, dikongsi oleh ramai orang. Dari situ, lebih ramai akan tahu mengenai produk anda.
Copywriting ni orang susah nak share kerana ia berfokus kepada produk yang dijual.
Storytelling berfokus kepada jalan cerita, produk hanya selingan. Jadi fokus belajar mantapkan penulisan storytelling, cuba dan cuba. Penulisan cerita bukan suatu yang mudah, apatah lagi nak kaitkan dengan produk, phewww. Sangat mencabar!
Kalau anda nak belajar buat storytelling dengan cara yang betul, format yang tersusun dan sangat mudah, boleh belajar dari storyteller hebat ni. Serius, dia ni memang power.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan