Kenapa bisnes tak menjadi?
Mana database?
Kenapa bisnes tak stable?
Mana database?
Macam mana nak kembangkan bisnes?
Kembangkan database terus menerus. Setiap fasa usahawan databasenya berbeza.
- Fasa 1: Database = Senarai prospek.
- Fasa 2: Database = Senarai agent.
- Fasa 3: Database = Senarai stokis/kedai.
Kembangkan aset berterusan.
- Blog
- Database
- Knowledge
Apabila fokus salah, bisnes tidak akan menjadi. Duit tidak masuk, hidup susah, selalu stress.
Ini punca kenapa dah lama buat bisnes tak menjadi. Duit datang daripada pelanggan / DATABASE.
Jadi mesti fokus kepada pelanggan / database. Terutama fasa 1 yang duit direct daripada pelanggan. Untuk fasa 2 database anda adalah bilangan agent. Kena develop agent start daripada 10-15 kepada 50.
Dekat sini perlu aset knowledge > leadership.
Sebab nak manage agent 2x lebih sukar daripada buat selling.
Kita nak manage motivasi / semangat mereka.
Kita nak manage keyakinan diri mereka.
Kita nak guide cara mereka buat selling.
Kita nak manage konsisten mereka.
Semakin meningkat fasa, semakin banyak kerja. Bukan kerja seperti fasa 1, tetapi kerja mengurus manusia.
Sebab ini mereka yang berjaya ada agent yang banyak. Orang ini akan lebih mudah buat sangat banyak duit.
Pada satu hari nanti sebagai usahawan anda juga akan sampai ke fasa ini, jika sekiranya tapak/aset telah kukuh.
Blog itu juga digunakan sebagai profile, bila cantik, professional, ada value, bukan sahaja untuk trafik, tetapi untuk supaya bakal agent lebih yakin.
Makna anda ada profile yang professional. Jika hanya di Facebook, tak nampak sangat serious.
Jika ada database, ada blog, ada video, ada knowledge, sharing tip-tip menjadi agent secara konsisten.
Baru akan dapat agent-agent yang berkualiti. Selagi konsisten, selagi itu agent akan bertambah.
Fasa 3 anda sudah ada syarikat sendiri, pada masa ini kerja anda jika bisnes SPA perlu buka lagi 50 SPA.
Dengan cara dapatkan investor.. Mereka akan invest duit, kita akan invest masa untuk manage.
Jika bisnes seperti kosmetik, ada stokis, target anda adalah mendapatkan 50 stokis lagi.
Secara ringkas kita cerita supaya ada mindset sampai bila nak duduk dekat fasa 1?
Hari-hari buat selling dekat Facebook, agent xda, database xda, profile tak bina, itu sebab ramai usahawan yang masih tidak berkembang.
Buku juga jarang beli, minda tidak berkembang. Ini sebab mengapa ada orang bertahun-tahun tak berubah.
Ini juga sebab ada orang semakin banyak tahun, dia buat semakin banyak duit, kerana dia faham pentingnya kembangkan database.
Semoga anda belajar sesuatu.
Sekian,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan