My Follower

Rabu, 22 Mei 2019

8 Jenis item supaya bisnes tidak ada masalah cukai (tax).

Apabila kita mahu membayar cukai dengan kadar yang optimum dan sah di sisi undang-undang negara, perkara penting adalah membekalkan dokumen-dokumen rujukan yang pihak berkuasa perlukan.

Apakah jenis-jenis dokumen dan rekod yang penting untuk bisnes, sewaktu proses pengiraan jumlah cukai yang perlu dibayar?

Berikut adalah contoh senarai rekod yang perlu disimpan. Ia dikongsikan oleh Dr. Choong Kwai Fatt (PhD).

8 Jenis item yang perlu simpan rapi.

  1. Memiliki semua rekod berkaitan barang atau perkhidmatan yang dibekalkan atau diterima bagi tujuan perniagaan.
  2. Invois cukai.
  3. Penyata jualan.
  4. Resit.
  5. Nota debit.
  6. Nota kredit.
  7. Pengisytiharan eksport.
  8. Semua rekod barang yang diimport.

Kita boleh simpan semua rekod ini dalam bentuk fizikal atau digital (dalam bentuk fail komputer). Manfaatkan teknologi semasa, supaya kita dapat simpan rekod-rekod bisnes yang sangat penting ini.






Tiada ulasan: