Musim bulan puasa dan ramadan ini, nampaknya ramai yang mengambil peluang untuk menambah jualan dan pendapatan, ada yang mengusahakan jualan kuih-muih, pakaian, produk kesihatan, produk kecantikan, makan minum dan pelbagai lagi.
Semoga semuanya berjalan lancar.
Kali ini sekadar ingin berkongsi satu perkara yang akan membantu anda menguruskan jualan dalam platform online seperti Facebook. Menggunakan robot untuk membantu anda menguruskan pelanggan yang bertanya mengenai perniagaan anda.
Cuma satu perkara penting, robot ini tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya anda tidak memahami proses jualan perniagaan anda. Jika anda telah mempunyai SOP atau struktur penjualan yang jelas, robot ini akan dapat memudahkan proses jualan untuk anda.
Panduan ini disediakan oleh sifu yang saya telah kenal sejak sekian tahun, andai orang lain yang membuat panduan ini, mungkin saya akan teragak-agak untuk mempromosikannya.
Semenjak mengenali beliau, semua panduan yang disediakan oleh beliau, memang benar-benar untuk membantu sesiapa yang ingin belajar mengenai topik yang disasarkan. Kali ini topik yang akan dikongsikan adalah berkaitan bagaimana menguruskan pelanggan anda menggunakan Facebook Messenger. Robot yang akan dapat menguruskan persoalan untuk anda.
Andai anda telah menggunakan bot untuk menguruskan messenger anda, ini akan memperkemaskan lagi pengurusan robot anda. Saya tak nak bercerita panjang, boleh terus ke halaman jualan panduan ini untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut.
Salah satu perkara menarik, penambahan sehingga 86,000 subscribers dalam tempoh kurang 24 jam. Memang bukan biasa-biasa case study yang dikongsikan dalam panduan kali ini. Video-video pun sentiasa ditambah mengikut keperluan semasa. Berbaloi-baloi.
Boleh terus ke halaman Panduan Messenger Marketing Mastery untuk mendapatkan info lanjut.
Jika anda rasa tidak sesuai, jangan pula pergi membeli panduan ini ya. Ini bukan perkara magik untuk menukarkan proses biasa kepada luar biasa, tetapi ianya akan memudahkan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan